Pages

04 May 2010

Peraturan dibuat untuk dilanggar

Pagi tadi dalam pukul 930 aku memecut kereta untuk ke stesen bas Kuala Terengganu untuk menghantar Cik Simzasama dan Cik Mariah menaiki bas untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan aku ke stesen bas yang agak makmur itu, berbagai ragam pemandu dan penunggang yang aku jumpa.

1. Ada seorang pakcik ni, beliau memandu di lorong kanan dengan kelajuan 60km/j kerana beliau berhajat untuk membelok ke kanan dimana simpang tersebut terletak lebih kurang 3km dihadapan.

2. Terima kasih kepada akak penunggang motosikal yang menunggang di tengah-tengah jalan raya dengan kelajuan 40km/j dan menghalang kereta di belakang anda (kereta aku la tuh) untuk memotong anda

3. Abang Myvi seorang nih pulak, potong aku dari sebelah kiri sedangkan aku sudah memberi signal untuk meembelok ke kiri. Nasib baik aku nampak kereta beliau yang oren tu, kalau tidak....

Inilah cara orang Kuala Terengganu memandu kereta dan menunggang motosikal. Aku tidak pernah memandu lebih daripada 90km/j dalam kawasan Kuala Terengganu kerana semua orang akan memandu 60-80 km/j tidak kira di lorong kiri mahupun kanan.