29 February 2012

Kosong

Minda yang kosong
-
-
-
Hasilnya
-
.
.
.






KRONIK!!!



p/s: terasa ingin ke Bagan Lalang lah....

27 February 2012

Jauuuuuuuhhh~~~

Beberapa hari sebelum hari ini.....

Beliau : Kitorang balik kampung. Jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhh sangat

Cikgu : Owh, yeke??


Petang tadi.....

Beliau : Mama, abah mana?

Mama : Abah pergi kerja. Jauuuuuhhh~~

Beliau : Oooo...abah balik kampung ye??


Budak 4 tahun ni ingat Jepun tu 'sejauh' kampung beliau di Terengganu kot.


Budak 4 tahun yang selalu risau akan abahnya


Budak-budak-budak sibuk nak buat tart jugak


Inilah hasilnya....agak tidak menyelerakan


Budak 1 tahun 3 bulan yang makin encem

KRONIK!!!



p/s: 2358 yang merisaukan =(

23 February 2012

Sakit Tekak

Hari ini aku tidak menghadirkan diri ke kelas. Sakit tekak punya pasal. Tidak larat untuk berada di dalam bilik ber-aircond itu selama 6 jam. Ia akan menyebabkan tekak aku ini bertambah bengkak. Tetiba aku terasa seperti ingin membuat sesuatu. Sesuatu yang telah lama ingin aku buat (sejak sem lepas lagi). Lantaklah kau, wahai sakit tekak. Aku nak makan. Jadi, aku buat lempeng cicah sambal tumis ikan bilis.


Klu tambah daun pudina, musti nampak cam hidangan hotel


KRONIK!!!




p/s: rasa nak makan pengat pisang la.........

18 February 2012

Sekolah


Suatu pagi di hari persekolahan......

Mama : Kalau kakak malas pergi sekolah, kakak nak jadi ape? Nak jadi bibik?

Beliau : Biarlah jadi bibik pun tapi bibik yang ADA RUMAH BESAR lah!!!!


'Cap ibu & anak'

KRONIK!!!




p/s: Gloomy day sebab sekolah bakal bermula tidak lama lagi =(




15 February 2012

Fokus!!!!

Hanya mampu fokus menggunakan kamera


Hidup dibuang mati dicari



Raja tanpa permaisuri



Konpius



Tanpa hujan



Hilang titik fokus

Kronik!!!




p/s: Masih mencari alat untuk membuka kotak

14 February 2012

Serupa tapi Tak Sama

Si kecil yang masih tidak bernama

Sang abang yang kuat merajuk dengan emaknya

Sepupu yang suka menjerit


KRONIK!!!




p/s: Bachelor party sampai pukul 3 pagi @_@

13 February 2012

Mengantuk betul!!!!

120212 (0030)

Tak boleh nak tido. So, tengok movie sampai rasa mengantuk tapi sampai pukul 0430 aku masih tidak mengantuk.

120212 (0430)

"Kak '0', turun jap. Kak Alin sakit"

"OK, umi"

120212 (0530)

Tidur jap.

120212 (0630)

Iqbal Danish terjaga dan tidak mahu tidur. Jadi, aku terpaksa berjaga sama.

120212 (1030)

Kring, kring

"Iqbal dah jadi abang. Adik laki"

"Alhamdulillah"

120212 (2020)

"Anjang, baby Ba dah alek"
(Terjemahan bahasa Jerman Enye)

120212 (0030)

Akhirnya, boleh juga tidur @_@

130212 (0900)

"Cik, cik! Bangun!!!"
(Sambil mencuit bahu aku menggunakan majalah yang digulung)


Tidak cukup tidur punya pasal, aku tidur dalam flight sepanjang penerbangan dan tidak sedarkan diri. Abang sebelah aku terpaksa kejutkan aku menggunakan majalah apabila flight attendant tidak mampu mengejutkan aku.


'Beraya Haji seorang diri tahun ini'

KRONIK!!!


p/s: Sudah jumpa 'kotak' itu tapi tiada alat untuk buka