Pages

23 December 2010

Wonder Why???

Apa yang sedang berlaku???....itulah aku....seperti biasa sentiasa bluurr....haaaaaaiiiisshhh!!!!!


p/s: Boring so dengar lagu =p

Hotel vs Dewan

Aku sedang berusaha untuk menyiapkan segala tugasanku secepat mungkin. Antara kewajipan yang perlu digalas pada sem ini adalah mencari tempat dimana Annual Dinner Faculty akan dijalankan. Agak pening dan rumit juga perkara ini. Mari kita lihat yang mana lebih baik antara hotel dan dewan biasa.

Hotel (kebaikan) :
1-Makanan yang ala-ala international
2-Nampak lebih grand (sebab buat kat hotel)
3-Sebut harga termasuk makanan dan ballroom serta keperluan asas

Dewan (Kebaikan) :
1-Besar dan cantik serta sangat selesa
2-Tiada extra charge untuk menggunakan dewan sebelum hari kejadian
3-Sebut harga termasuk makanan dan ballroom serta keperluan asas
4-VVIP serta semua lecturer akan diserve
5-Parking rate murah

Hotel (keburukan) :
1-Ballroom kecil serta kurang selesa
2-Segala benda akan di charge
3-Extra fees for extra time
4-Parking rate mahal

Dewan (keburukan) :
1-Makanan ala-ala tradisional Melayu (tapi boleh tukar kepada international)


Hmmmmmm.....agaknya yang mana satu akan dipilih oleh MT organisasi dinner ini yea???...Kalau ikut aku, semestinya aku memilih dewan tersebut atau adakah aku terlalu bias?


p/s: Buat kenduri kawen lagi relax dari uruskan dinner ni (@_@)

22 December 2010

Teguran seorang anak kecil

Memang fitrah manusia agaknya bahawa mereka yang dewasa akan lebih tergerak hatinya apabila ditegur oleh seorang anak kecil. Apabila seseorang yang sebaya dengannya menegur,maka tidak lain hanya perasaan marah dan dendam yang akan menjalar jiwa. Jadi, disini aku ingin berkongsi pengalaman aku ditegur oleh anak-anak kecil.

Perkara ini berlaku pada minggu lepas ketika aku berada di kampung yang disayangi dan dikasihi. Kewujudan rumah ibu bapa aku di kampung itu membuatkan aku untuk menyayangi kampung itu dengan perasaan yang tiada belah bahagi. Berbalik kepada cerita asal. Sedang seronok aku menangkap gambar anak-anak kecil dihadapanku yang sedang bermain, tetiba mereka mengerumuni aku dan membuat bulatan mengadap aku. Sememangnya aku mula merasa hairan akan tetapi hanya aku diamkan diri aku.

Salah seorang daripada mereka mula bersuara dan mengeluarkan kata-kata yang tidak pernah aku bayangkan bahawa mereka akan terfikir akan kata-kata itu.......

"Cik anjang, nape cik anjang balik kali ni, CIK ANJANG MACAM TAK BEST?"

Tersentak aku mendengar kata-kata itu. Memang aku akui bahawa aku kurang melayan mereka sepanjang kepulangan aku ini tetapi tidak aku sangka mereka menyedari perkara itu. Maafkan Cik Anjang wahai anak-anak ku. Sesungguhnya Cik Anjang sendiri tidak mengetahui jawapan untuk soalan mu itu.

16 December 2010

Kenduri

Esok ada kenduri potong jambul dan aqiqah kat rumah aku. Malam ini agak bising dan riuh rendah suasana kat rumah aku. KIDS!!!!



p/s: Lauk esok agak klasik...bessssss

15 December 2010

Khas untuk Beliau

Hari ini aku menulis dari ruang tamu rumah aku. Yea, rumah aku!. Rumah aku di Kg Paloh Sg Kiat. Sangat merindui kampung ini setelah berminggu-minggu tidak aku pulang ke kampung halaman. Aku sangat berterima kasih kepada cik Miss Saya kerana memberi peluang untuk aku pulang ke kampung. Mungkin beliau merasakan pengorbanan beliau dengan mengucapkan perkataan YEA! itu tidak sebesar mana. Tetapi bagi aku yang telah sekian lama tidak pulang ke kampung dan merindui family aku di kampung, ianya adalah satu penghargaan terbaik dalam hidup aku.

TERIMA KASIH WANI!!!!


p/s: Post ini khas untuk beliau......

14 December 2010

Hadiah dan Tempat #1

Pada hari Selasa yang lepas, abang ku yang kedua dan family beliau serta family Iqbal telah datang melawat aku dan kami bergerak ke SOGO kerna mereka ingin mencari barang. Sebagai penumpang,aku hanya mengikut tanpa mempunyai alasan untuk ke sana. Sampai di SOGO, kami berpecah mengikut haluan masing-masing. Apabila tiba waktu yang dijanjikan, kami berkumpul disuatu tempat dan di sinilah perbualan antara kakak aku dan Adam bermula.

Adam : Tengoklah jam mainan Adam nie. Hebat kan?

Cik Lin : Fuyyyooo!!...Hebat gila. Camne nak main nie?

Adam : Jam je pun. Ane boleh main-main. Orang pakai je laa~...Apelah Cik Lin nie. Nak tau tak, ni hadiah yang abah beli untuk Adam sebab Adam dapat nombor dua tapi untuk kakak abah belikan dua hadiah sebab kakak dapat nombor satu.

Cik Lin : Adam kene usaha lagi lah pasni.

Adam : Adam tak paham r. Kenapa kakak dapat dua hadiah sedangkan kakak dapat nombor satu. Sepatutnya, Adam r dapat 2 hadiah sebab Adam dapat nombor dua.

Habislah abahnya kalau si Adam ni dapat nombor 30....huhuhu

11 December 2010

Ujian ALLAH

Pada suatu hari, seorang pemuda yang macho tetapi tidaklah begitu gagah perkasa telah datang untuk berkenalan dengan aku. Tanpa aku sedari dan aku ketahui, beliau rupa-rupanya telah jatuh hati pada aku. Diriku yang lemah ini tidak mampu menghalangnya dan aku telah menjadi mangsa cinta beliau selama 3 hari. Selepas 3 hari, beliau mengucapkan selamat tinggal kepadaku. Alhamdulillah, aku panjatkan syukur kehadrat Ilahi atas pemergian beliau dari hidupku. Akan tetapi, sangkaan aku meleset apabila beliau telah berjaya mempengaruhi rakan beliau yang gagah perkasa untuk mendekati aku. Sekali lagi aku lemah dan terus dikuasai pemuda yang gagah itu. Selang beberapa hari, seorang lagi pemuda telah hadir dalam hidupku yang aku rasakan dapat membantu aku untuk keluar dari ujian ALLAH ini dan aku mula berkawan dengan beliau. Malang tidak berbau. Rupa-rupanya, beliau juga sama seperti mereka-mereka diatas malah lebih buruk lagi apabila aku mengetahui bahawa beliau sudah bertunang. Tunang beliau sering menyerang aku dikala malam hari. Dua tiga menjak ni, tunang beliau semakin berani untuk menyerang aku pada siang hari. Ya ALLAH, aku memohon kepada mu, kau sembuhkanlah aku dari penyakit demam, selesema, batuk dan asthma yang sedang mendekati aku sekarang. Engkau kurniakanlah aku kesihatan yang berpanjangan untuk terus berjuang demi agamaMu, Ya ALLAH



p/s:Pemuda pertama- demam, pemuda kedua-selesema, pemuda ketiga- batuk, tunang pemuda ketiga- asthma

07 December 2010

Trip to Melaka

Baru balik dari Melaka pada 24 Nov yang lalu. Sangat seronok berada disana terutamanya bila tiba waktu makan. Saya sangat suka apabila waktu breakfast tiba sebab ada banyak makanan sampai saya tidak mampu untuk habiskannya.

Melaka merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan budaya baba dan nyonya serta Portugis. Apa yang dapat saya simpulkan dari lawatan 3 hari 2 malam saya bersama Cyclonians adalah, Melaka memang sebuah negeri yang penuh dengan nostalgia dan paling penting ianya sebuah negeri yang 'boleh menyebabkan orang demam'...

ENJOY THE PICs







p/s: Byk je cite yg aku nk tulis p tetibe rase malas lak nk menaip...kih3

.:. Sehari bersama Enye .:.

Sepatutnya post ni aku tulis beberapa minggu yang lalu tetapi ke-bz-an yang dibuat-buat menghalang aku untuk menge-post post ini. Title untuk post ini adalah sempena hasil aku bersama Enye aka Mohammad Haris Danial sepanjang perjalanan kami ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu. Perjalanan selama 7 jam itu aku rasakan agak panjang apabila Enye mula buat hal dan meracau di dalam kereta. Bagi mengurangkan keganasan beliau, aku menyuruh beliau posing untuk meng-capture gambar beliau. Inilah hasilnya.....


"Saya sangat sayang bear saya"



Enye bajet cute


Lesung pipit sebelah je cam abah ye



"Saya adalah Enye dan bear saya adalah Haris Danial"



Muka boring =(



Abang Enye n Adik Akim



Setelah penat mengejar burung


Setelah sekian lama, baru aku tersedar bahawa si Enye ni sudah terkonpius dengan nama beliau. Beliau mengaku diri beliau sebagai Enye manakala Haris Danial adalah bear kesayangan beliau. Addooyyyaii!!!!