Pages

30 May 2011

Harapan dan Kematian

Hari Khamis lepas merupakan hari terakhir aku berada di unit Wad Farmasi. Seperti yang pernah aku tulis, berada di hospital telah membuat aku lebih menghargai kehidupan dan nyawa. Begitu banyak kerenah dan keadaan pesakit yang mengajar aku bukan sahaja mengenai ubatan malah juga mengajar aku supaya lebih berhati-hati dalam meniti titian dunia yang di bawahnya terdapat longkang besar yang busuk dan kotor disebabkan perbuatan manusia itu sendiri. Ada dua insiden yang berlaku pagi tadi semasa ward-round di wad perempuan yang menyedarkan aku bahawa alam ini adalah milik Nya.


*********************************************

Pada hari itu aku telah belajar untuk menghargai orang disekeliling aku. Ada seorang pesakit DM yang dimasukkan ke hospital kerana FBS beliau menunjukkan bacaan 27.4 (kalau tak silap la tapi yg pasti 20++). Ketika kami membuat ward-round pagi tadi, nurse memberitahu bahawa FBS beliau pagi ini menunjukkan bacaan 10++ setelah menerima rawatan Insulin. Oleh itu, beliau dibenarkan untuk pulang dan berikut merupakan respon pesakit tersebut.

Doktor : Mok cik boleh balik doh petang ning.
(Mak cik dah boleh balik petang ni)

Pesakit : Mok cik nok balik esok lah. Nok tunggu anok mok cik mari tengok dulu. Tak dok orang lagi mari tengok mok cik masuk spita ning.
(Mak cik nak balik esok lah. Nak tunggu anak mak cik datang melawat. Takde sesape pun lagi datang melawat mak cik kat hospital ni.)

*********************************************

Dalam wad yang sama tapi pada waktu yang berbeza aku juga telah belajar untuk lebih menghargai nyawa yang dikurnia. Seorang pesakit telah collapse dalam wad tersebut. Setelah membuat bantuan CPR dan memberi injection Atropine sebanyak dua kali serta injection Adrenaline sebanyak 4 kali, 15 minit kemudian medical team menngesahkan bahawa beliau telah tiada. Cardiac dan respiratory monitor tidak lagi memberi apa-apa bacaan ketika itu. Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Penyayang. Lima minit kemudian, tiba-tiba cardiac dan respiratory monitor mengeluarkan bacaan. MasyaALLAH, pesakit itu masih hidup. Masih panjang umur beliau. Semoga beliau dan keluarga dirahmati dan diberkati ALLAH. Aku berdoa semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan sebagai manusia yang sihat dan menjadi ibu yang solehah.


Hargailah apa yang kita miliki. Kehilangannya tidak mungkin dapat kita ganti. Ianya bukanlah seperti laptop yang mempunyai waranty. Jika laptop itu rosak maka kita boleh minta baiki.


KRONIK!!!



p/s: Beclofen bukanlah Ibuprofen

27 May 2011

Pulanglah.......

Today is my first time being alone di rumah di kampung, melawat Masjid Kristal yang terletak di belakang rumah aku sahaja, melihat aktiviti car drifting yang sangat cool serta first time aku solat Maghrib di pasaraya di Kuala Terengganu. Kenapa????........Semuanya kerana MEREKA!!!!!!



*Tak perlu tengok sampai habis.....buat sakit telinga je*
(Berdekatan dengan kampung aku)


Aku keluar dari rumah lebih kurang pukul 5.10 petang. Oh, aku pergi Masjid Kristal pagi tadi dengan sepupu aku. Biarlah cerita Masjid Kristal habis di sini. Malas nak taip. Sekarang berbalik kepada kejadian petang tadi. Aku berhajat untuk mencari barang dapur (instant je) memandangkan aku bakal bersendirian untuk beberapa hari. Start enjin kereta dan aku terus menuju ke kedai Pak Din (Mydin). Masuk sahaja kedai Pak Din, aku terus bertukar fikiran apabila melihat keadaan di dalam kedai tersebut yang penuh dengan hamba-hamba ALLAH. Jadi aku buat keputusan untuk ke Pesta Buku Teerengganu di Terengganu Trade Centre (TTC) yang terletak di belakang kedai Pak Din. Agak lama aku di sana sehingga aku tidak sedar jam telah menunjukkan pukul 6.40 petang. Ya ALLAH!!!......Macam mana nak balik ni?

Kebiasaannya, setiap petang Jumaat lebih kurang pukul 6.30 petang, budak-budak motor yang tidak matang fikiran mereka itu akan keluar dan menguasai jalan raya. Mereka akan berkeliaran di sekitar bandar Kuala Terengganu terutamanya kawasan kampung aku sebelum berkumpul di traffic light yang terpilih pada minggu tersebut. Aku juga tidak tahu kenapa mereka berkelakuan seperti itu memandangkan aku bukanlah salah seorang dari manusia dalam video di atas (Alhamdulillah). Mungkin mereka bertazkirah sebelum Maghrib. Itulah pendapat aku. Tak elok buruk sangka kepada orang lain. Apa yang pasti, aku agak takut untuk pulang ke rumah kerana aku bersendirian. Jadi, lebih baik aku pulang selepas Maghrib. Alhamdulillah aku selamat sampai ke rumah dan mampu untuk menulis entri ini.


Buat anak-anak Melayu terutamanya yang beragama Islam yang terlibat dengan aktiviti seperti dalam video di atas, aku doakan semoga anda semua mendapat hidayah ALLAH sebelum nyawa anda di angkat untuk bertemu Nya.


KRONIK!!!



p/s: Puas hati membeli buku hari ini!!!!!!!



24 May 2011

Dunia Ini....

Hari ini merupakan hari ketiga aku berada di unit Wad Farmasi di hospital. Unit ini sangat mencabar bagi aku. Selain daripada menjalankan tugas sebagai pharmacotherapy team, kami juga bertindak selaku a part of medical team yang mana kami perlu memberi nasihat kepada doktor dalam membuat keputusan mengenai ubat-ubatan. Sepanjang tiga hari aku di unit ini, begitu banyak perkara yang aku pelajari. Bukan setakat ilmu akademi sahaja yang aku dapat tetapi aku juga telah belajar untuk lebih menghargai kehidupan yang dikurniakan ALLAH ini. Begitu banyak perkara dan pengajaran yang aku dapat di hospital ini. Antaranya adalah kejadian yang berlaku pagi tadi.

Seorang pesakit bakal menerima rawatan Insulin pen, oleh itu sebagai Pegawai Farmasi kami perlu memberi kaunseling kepada pesakit mengenai cara-cara penggunaan pen tersebut dan juga precaution step yang perlu di ambil perhatian oleh pesakit tersebut. Pegawai yang bertanggungjawab untuk memberi kaunseling kepada pesakit tersebut adalah PRP Raj. Seperti yang kita tahu, beliau bukanlah orang melayu (beliau adalah indian) dan seperti yang anda semua tidak tahu beliau bukanlah berasal dari Terengganu. Jadi komunikasi merupakan satu halangan buat beliau. Sebagai PRP yang bertanggungjawab, beliau tetap juga menjalankan tugas beliau dengan bantuan kami berempat (budak-budak Terengganu). Bagi memastikan kefahaman pesakit tersebut berada di tahap maksima, Raj telah menggunakan Bahasa Melayu hampir sepenuhnya dan se-simple-nya. Antara perbualan mereka yang memberi pengajaran kepada aku adalah.....


Perbualan pertama

Raj : Mak cik 'screw'-kan jarum ni kat hujung pen.

(Mak cik itu nampak konpius dengan perkataan 'screw-kan' jadi kami membantu Raj untuk meng-translate ke loghat Terengganu )

Kami : Mok cik pulah jarung tu kat ujung pen,deh.

Mak cik : Hooo...senang ngak. Bereh-bereh.


Perbualan kedua

Raj : Mak cik bersenam tak kat rumah?

(Mak cik itu juga kelihatan konpius dan Raj meminta bantuan kami)

Kami: Mok cik exercise dok dumoh?

Mak Cik: Mok cik exercise sambil wak-wak keje rumoh gitu lah.

(Raj kelihatan sangat konpius dan kagum ketika itu)


Pengajaran dari kejadian di atas adalah, kita perlu belajar untuk membiasakan diri dengan keadaan persekitaran. Selain itu, kita harus bertanggungjawab dalam menjalankan tugas kita dan mengetepikan segala halangan. Paling utama, kita harus berani untuk mencuba sesuatu yang baru kerana ianya akan membuat dunia kita dipenuhi dengan warna-warna kehidupan.

19 May 2011

Pelajar Prihatin

Baru-baru ini seluruh Malaysia telah menyambut sambutan HARI CIKGU iaitu pada 16 Mei. Masih ingat akan suasana sambutan hari cikgu di sekolah aku setiap tahun. Ketika di bangku sekolah yang diperbuat dari kayu (skoloh rendoh), biasanya aku akan bawakan hadiah untuk cikgu-cikgu terpilih manakala sewaktu zaman aku menduduki kerusi plastik pula, aku biasanya hanya akan sediakan kad ucapan buat cikigu-cikgu aku. Kebiasannya, cikgu kelas merupakan cikgu yang mendapat hadiah paling terbanyak. Pada tarikh keramat 17hb Mei 2011, kami medapat berita dari kakak ipar aku yang memegang jawatan cikgu biasa di sekolah beliau. Ini adalah kandungan SMS beliau.

" Adam bowok mug gi skoloh mareng. Bajet nok wi kat cikgu kelas ye tapi ye dop wi kat cikgu kelas ye. Adam bagi kat guru beso. Ye kate, sian guru beso tak dop org wi adioh ke ye"


Owh sungguh prihatin anak saudaraku itu. Tapi betul juga kata beliau, mana ada orang bagi hadiah kepada guru besar. Kalau ada pon, jarang-jarang-jarang sangat. Di kesempitan masa ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI CIKGU kepada semua cikgu-cikgu di Malaysia.

Dedicated specially to:

Cikgu Mokhtar bin Salleh
Teacher Baei
Cikgu Junaidah
Cikgu Juhaida
Cikgu Juliana

&

Semua Cikgu di:
Tadika Bawah Surau
Tadika Yayasan Islam (caw. Setiu)
SK Pusat Chabang Tiga
SMKA Sheikh Abdul Malek
Fakulti Farmasi, UKM


KRONIK!!!


p/s: Hari ini balik awal =)

17 May 2011

Cacing lagi

Pagi tadi aku pergi melawat sepupuku di Kemaman. Ada ketumbuhan di bahagian dalam telinga beliau dan ia memberi kesan pada bahagian otak beliau di sebelah kiri. InsyaALLAH 2hb Jun ini beliau akan ke Damansara intuk rawatan lanjut. Semoga incik Ikmal Saufi sihat dan selamat.

Jadi, tengah hari tadi kami makan di rumah Cu Ani. Dengan lauk sotong masak merah, gulai ikan kering dan nanas, ikan cencaru panggang, budu, ulam kangkung, telur masin dan sambal belacan membuatkan aku tidak berhenti makan. Ditambah pula dengan kemeriahan makan beramai-ramai (Ayah De dan family juga ada tadi), lagilah bertambah selera makan aku. Sehingga satu tahap, sepupu aku menegur.....

"Budok ning ade cacing gamoknye dallang peruk. Makang stambung tapi dok gemok pong"

Ini kali kedua aku mendengar perkataan 'cacing dalam perut' apabila soal makanan diketengahkan kepada aku.


p/s: Dapat beli dua keping Hot Ticket hari ini.....owh bangganya

15 May 2011

FAHAM!!!!!!!!!!!

Aku tak FAHAM apa yang di-FAHAM-i oleh seseorang yang bertanyakan soalan.....

" Anda semua FAHAM tak apa yang saya cakap tadi?"

Apabila aku cakap aku tidak FAHAM, beliau mula naik angin. Aku memang tidak FAHAM dengan maklumat yang cuba di-FAHAM-kan oleh orang yang berusaha meng-FAHAM-kan kami itu. Semua orang di situ juga tidak FAHAM dengan apa yang beliau FAHAM dan kami semua sudah tersalah FAHAM dengan fakta yang beliau FAHAM itu. Aku lagi tidak FAHAM apabila beliau boleh salah FAHAM dengan cara pemakaian aku yang tidak perlu di-FAHAM-i itu. Apakah yang anda FAHAM dengan penampilan seorang perempuan yang menghadiri mesyuarat dengan memakai telekung sembahyang kerana beliau baru pulang dari surau??


Aku menjadi kurang ajar kerana aku bengang orang salah FAHAM dengan cara penampilan aku


KRONIK!!!



p/s: Saya pergi ke surau sebab SAYA ORANG ISLAM!!!!

12 May 2011

.....Hari Ini......

Hari ini fisrt time :

- Aku dengar IV Insulin Infusion 1.5mL/hour
- Aku dengar orang wish Selamat Hari Jururawat kepada pharmacist
- Aku tolak 2 biji kereta seorang diri (MyVi dan Kancil)
- Aku tidak pergi punch card waktu balik
- Ayah aku tanya "Awak tu bila lagi nak KAWEN?"


p/s: Budak Rx UiTM 2,3 tahun lepas boleh wat LI kat kilang sardin....hebatnya!!!

Saya yang KUAT!!

Hari ini aku dibenarkan pulang pada jam 3.30petang. Alhamdulillah, boleh balik awal tapi aku tidak terasa seperti ingin pulang awal hari ini kerana keadaan di Rx Satelit 4 agak sibuk. Lebih kurang pukul 4.40 petang baru aku menuju ke kereta dan aku lupa untuk pergi punch card. Owh ruginya sebab itu boleh dikira sebagai OT. Bajet rajin. Sesampai sahaja aku di hadapan kereta, aku sedar bahawa kereta aku di block oleh dua buah kereta iaitu kereta MyVi dan Kancil. Aku pandang kiri kanan, tetapi kelibat Pak Guard tidak kelihatan. Tolak sajalahdan aku berjaya. Owh bangganya.

Itu sahaja untuk hari ini. ESOK CUTI!!!!!


KRONIK!!!

09 May 2011

Erk!!....Kenapa dia??

Hari ini merupakan hari ke-2 aku LI. Pagi-pagi lagi selepas aku selesai parking kereta, aku mendapat SMS dari cik Mimi Loren yang berbunyi lebih kurang macam ni....

"Selamat berkhidmat untok negeri ko"

Trimas cik Mimi Loren. Hari ini agak seronok walaupun aku hanya lunch dengan roti telur yang aku masak pada pukul 5 pagi tadi. Hari ini aku masih di bahagian Pengeluaran. Bahagian itu terdiri dari dua unit iaitu aseptik dan non-aseptik. Semalam aku belajar beberapa perkara di unit aseptik. DI HSNZ, mereka menyediakan perkhidmatan Total Parenteral Nutrition (TPN) dan Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR) di unit aseptik. Seronok ber-LI di unit ini kerana aku boleh tengok macam mana mereka menyediakan TPN dan CDR. Tetapi aku tidak dibenarkan masuk ke dalam clean room. Just observe dari luar. Keseronokan itu timbul apabila kami tidak mengetahui apakah yang berlaku di dalam clean room tersebut dan bahan apakah yang mereka gunakan. Aku dan Qilah akan mula berteka-teki dan merepek serta merapu di dalam bilik itu. Harap-harap mereka tidak mendengari kami.

Hari ini pula aku diletakkan di unit non-aseptik dimana product gelenikal dihasilkan. Mesin compounding krim mereka rosak hari ini. Jadi, aku hanya boleh meng-re-pack methyl salicylate cream ke dalam bekas 15g. Seronok berada di unit ini kerana semua orang sangat ramah dan aku dapat belajar tentang clinical pharmacology dari seorang PPF di sini. Aku sangat kagum dengan beliau kerana beliau sangat suka membaca walaupun umur beliau sudah menghampiri umur untuk pencen. Lagi satu yang senorok ialah, aku disergah oleh seorang akak PPF yang menyangka aku sebagai senior aku yang satu batch dengan Farid Saroni. Dan akak tersebut mengenali Farid Saroni dan Due. Owh, sungguh tidak boleh blah.........



KRONIK!!!!!


p/s: Belajarlah walaupun anda hanya seorang pencacai tahi

05 May 2011

Malam oh Malam

Baru sahaja selesai menyiapkan tugas terbaru aku selain bersiap-sedia untuk menghadapi LI di HSNZ. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Esok sambung buat kerja lagi. Iyalah, sudah menjadi tanggungjawab, mahu atau tidak terpaksa aku jalankan. Tinggal codding and labeling sahaja lagi. Lepas siap, mintak persetujuan majikan dan maintaining. Semoga aku mampu lakukan semua ini. Amiin.



"Ya Allah, Tuhan yang memiliki segala di langit dan di bumi, Engkau permudahkanlah urusan kami"



Selamat malam.


p/s: Apabila yang diingini tidak dapat dikecapi. Mampukah aku mencari??

02 May 2011

Failed

Betul kata orang, anak merupakan salah satu ujian dan dugaan dari Allah. Seriusly, aku baru sahaja diuji dengan dugaan ini semalam. Memang sangaaaaaaat mencabar kesabaran dan jiwa kacau aku yang memang sedia kacau ini. Aku masih ingat kata-kata cik Mashi ketika melihat gambar aku bersama anak-anak kecil dan rasanya semua sangkaan cik Mashi sangat salah.


"ececy! asma da bole kawen. complete!"



Semalam, kakak aku mintak tolong jagakan Iqbal Danish atas alasan beliau ingin mencari rezeki. MasyaAllah, Allah sahaja yang tahu bagaimana si Iqbal itu menangis sepanjang ketiadaan mak beliau. Sudahlah beliau hanya mahu berdukung dengan aku sahaja. Terasa seperti bertambah-tambah muscle lengan aku ini (kalaulah betul ~_~). Siyesli, terasa seperti mahu menjerit sahaja tetapi entah mengapa tidak terkeluar pula suara aku. Mungkin aku marah bukan sebab geram tapi aku marah sebab beliau sudah seperti mahu pengsan. Sampai dengan aku sekali terasa ingin menangis. Alhamdulillah, Iqbal berhenti juga menangis selepas terasa letih dan bukanlah kerana aku pandai memujuk beliau.

Pada sebelah malamnya pula, lebih kurang pukul 11.30malam, abang ipar aku dan kak long aku terpaksa keluar untuk mengambil kereta. Oleh itu, aku terpaksa menjaga Izz Humaidi kerana anak kecil berambut kerinting itu telah terjaga dari tidur. Lagi sekali, kesabaran dan keteguhan kalis bunyi telinga aku teruji. Menangis pula budak kecil ini. Puas aku memujuk tapi masih juga beliau ingin mengeluarkan suara beliau yang halus dan sopan itu. Lastnya, berhenti juga Izz dari menangis setelah aku memasang cerita Karate Kid dan lagi sekali aku tidak memujuk.

Kemudian, lebih kurang pukul 1245 pagi, aku terasa mengantuk dan ingin masuk tidur. Oleh itu, aku perlulah mengejutkan Amna Zahira dan Maisarahasya untuk tidur bersama dengan aku. OK!!. Si Amna start menangis pulak sebab ingin tidur bersama mama beliau. Sampai dalam bilik beliau masih lagi menangis. Alhamdulillah beliau berhenti menangis setelah aku buat-buat tidur. Aku rasa itu bukanlah teknik memujuk tetapi bagi aku itu merupakan teknik malas nak layan.

Apa yang dapat aku pelajari dengan insiden di atas?..Aku memang fail memujuk dan menjaga anak-anak kecil. Nampak gayanya aku memang tidak layak untuk berkahwin apatah lagi mempunyai anak....kih3


KRONIK!!!



p/s: Nak cari GUiT tapi masih belum berjaya =(

01 May 2011

New ZzZ-land

Aku baru sahaja mendaftarkan diri aku keluar dari rumah 14-8 pada jam 930 pagi tadi dan aku tertinggal al-Quran aku di rumah yang sentiasa dikunjungi bunyi blow-an motor dari mat-mat rempit yang sempit itu. Memandangkan semester II Tahun 3 ini telah tamat, aku akan mula ber-praktikal di HSNZ kemudian meneruskan perjalanan sebagai pelajar biasa yang sentiasa membaca Yahoo! News serta Google Reader beliau.

Oleh itu, aku akan banyak bercerita mengenai kehidupan aku di kampung serta aktiviti yang aku lakukan sepanjang LI dalam belog aku ini. Kemudian, catatan aktiviti digital aku ini akan berkisar tentang kehidupan aku sepanjang menyiapkan thesis yang sangat menyeronokkan itu. Terasa seperti ingin berguling atas karpet sambil meniru gaya ular menyusur tiap kali aku memikirkan perihal LI serta thesis ini. Semoga aku berjaya menghadapinya dengan penuh keseriusan disamping memenuhi perut aku dengan makanan.

Kesian. Sekian.


KRONIK!!!


p/s: Masih memikirkan tarikh yang sesuai untuk menjejakkan kaki ke Kg Paloh

Putus Tunang

Pagi semalam aku ke PJ bersama cik Mayo untuk memutuskan pertunangan aku dan tunang aku. Dengan berbekalkan keazaman dan kesungguhan en Taj, kami berjaya sampai ke bangunan Green Packet tersebut dengan selamat dan jayanya (tak sesat). Alhamdulillah. Malangnya, dek kerana ketidaksetiaan aku terhadap tunang aku yang tidak bernyawa itu, aku telah didenda untuk membayar RM299 termasuk bil bulanan. Memandangkan aku ini merupakan insan yang tidak begitu kaya, maka aku perlu meminta pertolongan dari umi untuk mendepositkan sedikit duit ke dalam akaun bank aku. Umi bersetuju untuk menolong aku (Alhamdulillah) tetapi hanya selepas pukul 11 pagi dan ketika itu jam aku menampakkan pukul 1030 pagi. Terpaksalah aku dan cik Mayo menanti saat yang dijanjikan itu.

Bagi memenuhi keperluan syarat yang ditetapkan, aku dan cik Mayo bercadang untuk ke Midvalley. Sebelum itu, aku singgah sebentar di BHP (aku tak jumpa Petronas disaat itu) dan dengan bangganya aku mengangkat pump minyak tanpa membuat bayaran terlebih dahulu. Owh malu dan blurr betul aku ketika itu. Kemudian kami menuju ke arah Midvalley. Satu masalah juga bila sudah sampai di Midvalley itu. Aku tidak tahu dimana tempat parking motor di sana. Yelah, fisrt time kot aku ke Midvalley dengan en Taj. Maka, aku end-up dengan memeningkan kepala aku dan memalukan cik Mayo di sekitar tempat parking kereta. Terima kasih buat abang jaga kerana mengembalikan kami ke pangkal jalan.

Selesai makan di KFC, kami meneruskan perjalanan ke Green Packet untuk selesaikan kes pertunangan aku ini. Setelah menunggu beberapa belas atau puluhan minit, nombor aku dipanggil 'sekali'. Lagi sekali aku ulang 'sekali'. Sudahlah aku blurr ketika itu, maka dengan mudahnya aku terlepas nombor. Jadi, aku menghadap para juri dan hakim yang bakal mendengar kes aku ini bagi menuntuk keadilan diatas ke-ter-lepas-an nombor aku yang dipanggil senyak 'sekali' itu. Setelah selesai mengisi borang sebanyak dua kali dan menyerahkan wang denda, segalanya selesai dengan tandangan aku yang agak unik itu. Maka, terputuslah sudah tunangan aku dengan P1Wimax pada hari Jumaat bertarikh 29 April 2011. Sekian.

KRONIK!!


p/s: Dapat diskaun dari akak P1 sebanyak RM99