Pages

30 May 2011

Harapan dan Kematian

Hari Khamis lepas merupakan hari terakhir aku berada di unit Wad Farmasi. Seperti yang pernah aku tulis, berada di hospital telah membuat aku lebih menghargai kehidupan dan nyawa. Begitu banyak kerenah dan keadaan pesakit yang mengajar aku bukan sahaja mengenai ubatan malah juga mengajar aku supaya lebih berhati-hati dalam meniti titian dunia yang di bawahnya terdapat longkang besar yang busuk dan kotor disebabkan perbuatan manusia itu sendiri. Ada dua insiden yang berlaku pagi tadi semasa ward-round di wad perempuan yang menyedarkan aku bahawa alam ini adalah milik Nya.


*********************************************

Pada hari itu aku telah belajar untuk menghargai orang disekeliling aku. Ada seorang pesakit DM yang dimasukkan ke hospital kerana FBS beliau menunjukkan bacaan 27.4 (kalau tak silap la tapi yg pasti 20++). Ketika kami membuat ward-round pagi tadi, nurse memberitahu bahawa FBS beliau pagi ini menunjukkan bacaan 10++ setelah menerima rawatan Insulin. Oleh itu, beliau dibenarkan untuk pulang dan berikut merupakan respon pesakit tersebut.

Doktor : Mok cik boleh balik doh petang ning.
(Mak cik dah boleh balik petang ni)

Pesakit : Mok cik nok balik esok lah. Nok tunggu anok mok cik mari tengok dulu. Tak dok orang lagi mari tengok mok cik masuk spita ning.
(Mak cik nak balik esok lah. Nak tunggu anak mak cik datang melawat. Takde sesape pun lagi datang melawat mak cik kat hospital ni.)

*********************************************

Dalam wad yang sama tapi pada waktu yang berbeza aku juga telah belajar untuk lebih menghargai nyawa yang dikurnia. Seorang pesakit telah collapse dalam wad tersebut. Setelah membuat bantuan CPR dan memberi injection Atropine sebanyak dua kali serta injection Adrenaline sebanyak 4 kali, 15 minit kemudian medical team menngesahkan bahawa beliau telah tiada. Cardiac dan respiratory monitor tidak lagi memberi apa-apa bacaan ketika itu. Allah itu Maha Bijaksana dan Maha Penyayang. Lima minit kemudian, tiba-tiba cardiac dan respiratory monitor mengeluarkan bacaan. MasyaALLAH, pesakit itu masih hidup. Masih panjang umur beliau. Semoga beliau dan keluarga dirahmati dan diberkati ALLAH. Aku berdoa semoga beliau cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan sebagai manusia yang sihat dan menjadi ibu yang solehah.


Hargailah apa yang kita miliki. Kehilangannya tidak mungkin dapat kita ganti. Ianya bukanlah seperti laptop yang mempunyai waranty. Jika laptop itu rosak maka kita boleh minta baiki.


KRONIK!!!



p/s: Beclofen bukanlah Ibuprofen