02 February 2010

.:Black Out dan SHAMS:.


Sampe jer dpn lif BSH3, aku terkejut tgk ramai dak2 Rx duk lpak kat lua n mase 2 lam kul 745. Since klas stat kul 8, so agak pelik la dak2 nie duk kat lua jejantas 2. Aku ternmpak pija duk syok landing kat sbelah incik dinding n aku menyapa nye. Dgn tenang pija gtau aku yg klas black out. Patut r dorg nie duk kat lua, lam klas glap n panas upe nye. Tanpa mghiraukan nasihat pija, aku terus menuju ke BSH3 dan dalam perjlanan aku terserempak ngan 'kak' ayu yg conok menatap notes lam gelap. Hati ku mula berfikir, ayu nih ade mate cam superman ke??..hehe. Kerna laluan ke BSH3 terlalu gelap, si mira ble je jln tepi aku n x pasan aku tegur diye. Adakah kgelapan mempengaruhi pendengaran?...haa itu yg kite x tahu...

Masuk jer klas, sume org nampak cam pau pns coz e-cond tak bfungsi. Tak sampai 5minit aku duk lam BSH3, bkalan elektrik diwujudkan kembali. Tapi, ec0nd, desktop n projector still tak bfungsi. Nasib bek ade kipas, epa mencapai butang kipas dan meng-on-kan kipas dgn bantuan zila. Tetiba aku teringat zaman skolah menengah dulu-dulu. Mase aku form5, kipas kat klas ktorg mmg tak ble gune sampai ktorg abes blaja. Kire nye spanjang taun tu kipas syiling mmg tak ble gune kecuali yg blakang satu tu jer. Untuk mengelakkan kepanasan tahap melampau, kami buat inisiatif sndiri; bwk 2biji kipas kaki yg pendek kaki nya dari umah dan pasang kat klas. Since org tgh(me n d gang-termasuk najwa) n org dpn (dak2 laki) tak dpt merasai nikmat kipas syiling, so kitorg letak kipas2 kaki 2 kat tgh2(antara org tgh n dpn). Dak2 laki sgt la nakal, dorg suke-suki jerr buat kipas 2 still kat dorg jer dan ktorg kat blakang ni da berpeluh-peluh cam kena bkar lam oven. Kerna darjah kepanasan yg agak melampau, kami bukak lengan baju(skolah agama kene pakai baju lengan berkancing) dan sorok tangan bawah laci utk elakkan dak2 laki dan cg nmpak. Masalah nya, klu da letak bwh laci meja, of course la tak kena angin dan panas jugak. Adoiyya!!



Tersegam indah metropolitan ilmu
dikelilingi flora nan menghijau
Menjadi kebanggaan negeri Terengganu
Lambang keutuhan Islam

Engkau lah SHAMS yang kami cintai
Disinilah perjuangan kami
Tempat kami menabur jasa dan bakti
Semoga kau kan kekal abadi

[Chorus]
Hidup berdisplin menjadi amalan
Tampilkan imej serta persepsi diri
Berteraskan iqra',usjud, iktarib
Lambang pegangan madrasah ini

Dirimu tidak akan lenyap dijiwa
Selagi hayat dikandung badan
Kami takkan berputih mata
SHAMS takkan luput di ingatan...






p/s: korg patut rase bersyukur kerna kipas kaki 2 dah membantu korg semasa e0cond tak bfungsi utk sketika. Tapi aku tak tahan ngan klajuan kipas tu...sejuuuuukkk~~~

01 February 2010

~kePULANGan~

Kala semua insan sedang nyenyak tidur
Seorang anak muda kelihatan gelisah
Ditemani lampu florescence dan kipas Panasonic
Menanti 'saat' itu tiba

Dari tingkat atas ke tingkat bawah
Seluruh pelusok rumah dia jelajah
Ke sana ke mari mengemas barang-barang nya
Mencari,menyelongkar dan mencampak semua barang milik nya

Dari jauh kedengaran enjin motor
Tentu nya si bapa telah pulang dari masjid
Si anak dan ibu terus mencapai pakian mereka
Dengan gegas mereka menuju ke meja makan
Untuk bersarapan

Deruman enjin kereta kedengaran
Si ayah memandu kereta dengan tenang
Menuju ke lapangan terbang
Untuk menghantar anak nya pulang

Tangan dihulur amanat disambut
Pintu pelepasan sedia menunggu
Selamat tinggal duhai bak dan umi ku...