Pages

28 December 2012

Terkesima

Satu hari di kaunter pendispensan.

Pesakit : Doc, boleh cepat sikit?
Aku : Kenapa?
Pesakit : Bas sudah sampai, aku mau pulang.

Terkesima aku ketika itu kerana beliau sedang mendukung anak beliau yang baru sahaja lahir semalam. 

KRONIK!!!



p/s: Rindu Malaya~~~~

03 December 2012

Takut

Pagi tadi, di OPD.

Kawan A : Weh Kecik, kenapa ko?
Aku : Huh??
Kawan B : Asma, bakpo ni? Sapo ore pelik tu?
Aku : Huuuaarrghhh!!!!!!!!
*sesungguhnya tidaklah aku mengeluarkan suara sebegitu


KRONIK!!!


p/s: Ade gambo yang chantek tapi malas nak upload =p

30 November 2012

Jer-Nie

Hari ke-3 aku berada di Sabah tapi baru hari ke-2 aku ke Hospital Likas dan hari ke-1 aku mula kerja. Alhamdulillah segalanya lancar walaupun maghrib tadi aku hampir-hampir menitiskan air mata. Dapat rumah sewa dengan housemate yang awesome. Walaupun kecik tapi cukup lah untuk kami berdua. Rumah berdekatan dengan hospital (15minit menaiki kereta). Tapi aku kene naik bas. 30 minit JER, dekat NIE. 

KRONIK!!!


p/s: Tetibe rindu ngan kate-kate "Ape-ape JER lah you NIE"

08 November 2012

Berbeza tapi Sama

Anda

Ayang

Anjang
KRONIK!!!


p/s: pening gak jd haoswaif ni...pening pk menu 6x sehari...huhuhu

25 October 2012

Graduation

Dua tiga hari ini, laman Facebook aku penuh dengan gambar konvo rakan-rakan aku. Tidak kiralah dari UKM mahupun UTP. UTM juga baru sahaja selesai majlis konvokesyen mereke pada minggu lepas. Sebenarnya aku tertanya-tanya, "What's so special about graduation?". Lepas aku tengok gambar-gambar aku berkonvo baru aku sedar, sebenarnya bukan majlis konvokesyen itu yang istimewa tetapi perasaan selepas berkonvo dan kejadian-kejadian sebelum serta selepas berkonvo, itu yang lebih bermakna.

Sehari sebelum majlis konvo

Darwish senyuuuuuum ~


'Terkois'


Baju WAKIL ni xble tunjuk penuh sbb x nak org tiru design =p
KRONIK!!!



p/s: Esok Raya Aidiladha....ERK!!!

06 October 2012

Hilang

Hari ini baru aku tahu macam mana perasaan orang putus cinta. Terlalu sakit rasanya. Tapi menangis pun tiada guna. Jika itu sudah takdir-Nya.

"Ya Allah, jika ia masih milikku Engkau kembalikanlah. Jika tidak, Engkau gantikan dengan yang lebih baik darinya"

KRONIK!!!



p/s: bila sesuatu itu hilang dari genggaman, baru kita sedar akan kehadirannya. Q _Q

01 October 2012

Ketemu

Terima Kasih Ya Allah kerana menemukan ku dengan dirinya. Semoga beliau akan sentiasa bersama dalam perjalanan ini. Dunia & Akhirat. Amiin.

Enggan berpisah
KRONIK!!!



p/s: Hari yang meletihkan....pengsan @_@

25 September 2012

Menghitung Hari

"Kite tepoh catering je la"
"Umi larat lagi nok masok"

The Big Day is coming. Esok, 4 gerombolan akan tiba. Lagi 2 gerombolan akan pulang pada hari Khamis. DUA HARI kemudian perlu ucapkan SELAMAT TINGGAL.

Terowong Putra LRT aka Kelana Jaya Line
KRONIK!!!




p/s: Sibuk cari barang sampai lupa nak mendaftar...haaaiiishh!!!!!!!

18 September 2012

Hujan

Petang tadi hujan. Jadi dua orang budak kecik itu terpaksa melepak dalam rumah sahaja. Bagi mengurangkan kebosanan mereka aku ajaklah mereka main masak-masak dengan aku. Kami buat triffle. Enyel sangat semangat menyusun semua lapisan-lapisan kek dalam bekas. Sayang sangat dengan triffle beliau. Siap pesan kat mama supaya berhati-hati menyimpan triffle beliau dalam peti ais. Hakim pula, belum buat apa-apa sudah habis semua kek dan cocktail dalam bekas beliau.



Triffle buatan Enyel

KRONIK!!!



p/s: Prepare resepi utk esok. In case........

17 September 2012

Kurus

Adam : Tambohlah nasik tu, Afiq. Kuruh kering mu ning.
Aku : Makang banyok sket Afiq.
Adam : Dok payoh kate ke orang lah Cik Anjang, awok pon same je.

Underweight vs Overweight (obese dah kot)

KRONIK!!!


p/s: sunyi rumah tanpa Enyel n Akim n Helmi

13 September 2012

Curi

Ada kes pecah rumah di kampung aku pagi tadi. To be exact, di rumah sebelah rumah aku atau jiran aku. Pencuri berjaya diberkas dengan bantuan jiran-jiran aku tanpa sebarang bergelutan atau adegan pukul- memukul.

"Budok ning bukang setuh kulit kite pong. Ye curi barang kite, kite curi kebebasang ye"

Inilah prinsip salah seorang jiran aku. Tapi sebenarnya, pencuri itu juga telah mencuri kebebasan aku untuk membuka tingkap bilik dan ruang TV tingkat atas serta kebebasan untuk berasa selamat.


Saje je letak gambar berwarna-warni ni

KRONIK!!!



p/s: Selesai perisi durian 14kg untuk buat tempoyak (0.o)

05 September 2012

Terkena

Gurau senda di meja makan malam ini.

Tok : Malaslah makan ubat malam ni.

Aku : Patut lah sakit pagi tadi. Malas makan ubat rupanya.

Tok : Yang ni ubat cair darah bukan ubat tahan sakit.


Menara Masjid Shah Alam (aku lupa nama sebenar masjid tu)


KRONIK!!!



p/s: Jangan halang BELIAU untuk berbakti kepada ibu beliau...pesanan untuk diri sendiri juga



01 September 2012

KEMBAR

Tugas seorang pharmacist dan doctor sangat berbeza tapi mereka mempunyai satu matlamat yang boleh dikembarkan bersama; menyelamatkan nyawa. Tok (nenek) aku boleh memegang kedua-dua jawatan ini pada masa yang sama.

(Doctor - decision making ability)
" Jatung Tok molek doh, dok payoh makang lah ubak jatung (isosorbide dinitrate)"

(Pharmacist - knowledge on drugs)
"Ubak daroh tinggi (furosemide) ning dok leh makang mase nok gie jalang sebak kekgie Tok nok kecing sokmo"

But of course, when you're doing something that you don't know much it can cause you trouble. Semalam Tok aku mengadu sakit dada sampai tak mampu nak gerakkan tangan dan leher. Alhamdulillah GTN masih dalam simpanan.

Mereka bukan kembar atau adik beradik

KRONIK!!!



p/s: simpan jangan sampai terbiar

27 August 2012

Lama

Orang lama
Tinggal sorang-sorang
Di rumah lama
Diajak ke mari
Direnung nya lama
Semuanya kerana
Memori & kenangan lama



















KRONIK!!!




p/s: Ayyad kene febrile seizure lagi =(

23 August 2012

Ready, Get Set, GO!!!!!!

Aku rasa aku masih belum bersedia untuk melangkah ke step seterusnya dalam fasa kehidupan aku. Aku juga belum bersedia untuk berpisah dengan mereka. Hari Sabtu ini rumah nenek akan mula kekurangan ahli. Semua orang sudah mula kembali ke pejabat dan aku juga perlu menyelesaikan segala tanggungjawab aku yang baru sahaja aku terima semalam. Anyway, aku ingin mengucapkan TAHNIAH wahai AKU atas tawaran tersebut.


MEREKA!!!!!!


Irshad Darwish tanpa baju raya


Baju Enyel ni aku yang jahit..BANGGAnye =p


KRONIK!!!


p/s: Alhamdulillah it is official but my heart is still not ready for that

21 August 2012

Berkenalan

Cuti raya ini aku membawa anak-anak saudara aku pergi jalan-jalan explore kawasan rumah atuk mereka. Mereka tersangatlah happy sebab first time tengok jantung pisang secara live, sentuh buah terung direct dari pokok, makan buah rambutan yang dipetik sendiri dan merasa buah 'setor' yang sangat sedap jika dijeruk. Sedang kami seronok ber-explorasi tetiba, Muayyad Naufal menjerit agar kami beredar.

Ayyad : Anjang lari-lari ada katak hijau. Besaaar!!!!
Aku : Mana-mana???!!!! (Risau gak sebab kate orang, air kencing katak pisang ni bahaya)
Ayyad : Tu kat pokok tu! Banyaaak!!!! Besaaar!! (sambil tunujk ke arah pokok betik)
Aku : Ni buah betik la bukan katak. (Adeeeh)
Ayyad : Bukan betik warna kuning ke??
Aku : Yang ni putik lagi.
Ayyad : Hah?!! (konpius kot sebab tak pernah tengok betik putik)

Jeritan Muayyad Naufal memang mengejutkan kami tapi tetap tidak mematahkan semangat mereka yang tinggal di luar Terengganu ni. Sekarang ni tiap-tiap hari nak pergi explore kawasan rumah atuk sebab nak petik buah rambutan dan Izz Humaidi nak tengok ayam. Kesian.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN


KRONIK!!!


p/s: Tepon aku kene culik so, xde gambo utk post ini..........

01 August 2012

Alhamdulillah

Status Daftar : Konvokesyen/Tamat Pengajian

Syukur.Terima kasih buat semua yang menyokong & mendoakan aku terutamanya UMI & BAK. Sekarang aku menjadi supir sepenuh masa untuk mereka.


"Kejadian memalukan pada malam itu"

KRONIK!!!



p/s: Bangganya dapat pakai baju jahitan sendiri raya tahun ini =p


30 July 2012

Lambat

Setelah sekian lama aku sekali lagi dapat merasakan yang masa itu begitu lambat berlalu ketika aku berada di kampung. Sebab aku tidak lagi terikat dengan bilangan hari untuk aku menghabiskan masa di kampung. Owh sungguh indah perasaan ini.

Dua orang hero yang suka usik moyang mereka

KRONIK!!!



p/s: Tersalah pilihan.................................................... o_O

12 July 2012

Owh~~

Setiap kali aku ingin melangkah masuk ke Pavillion, aku pasti teringat akan kenangan bersama mereka. Miss you guys soooooo much.


KRONIK!!!



p/s: On the way menghabiskan degree ku

06 July 2012

Selesai......

Sudah selesai temuduga dengan SPA dan selesai menghabiskan novel yang menghantui hidup aku selama 4 hari. Sebenarnya sudah lama aku beli buku ni cuma aku baru start baca 4 hari lepas. Buku murah yang berharga RM8.00 beli di Big Bad Wolf dengan rakan-rakan Cyclonians. Interview, menarik dan berjaya memberi perasaan cemas dan nebes pada aku. Alhamdulillah, semuanya ok dan selesai.




26 June 2012

Hari Ini....

Hari ini nak pergi ke satu tempat yang tidak menarik tapi hasilnya InsyaAllah mampu menenangkan hati.
Hari ini ada paper. 
Hari ini paper habis pukul 530 petang. 
Hari ini tidak dapat menonton Dong Yi.


Tinggal lagi tiga minggu sebelum scene ini ditinggalkan. InsyaAllah.


KRONIK!!!



p/s: Mau makan laksa.......

05 June 2012

Alhamdulillah

Tengah hari tadi aku mendapat satu panggilan dari kakak aku. Umi dan bak accident. Kereta terbalik empat kali then tercampak dalam longkang. Alhamdulillah, umi dan bak selamat cuma tangan umi je yang luka.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya ALLAH kerana masih memberi aku peluang untuk mendengar suara mereka. Can't imagine a world without them.




p/s: nape lah ayat last tu tak letak kat depan?

02 June 2012

Zaman Dulu Kala

I'm used to be like this


KRONIK!!!





p/s: eye glo yg mampu menutup malu............

01 June 2012

Kuliah Nutrisi

Hari ini adalah hari terakhir kelas untuk semester terakhir ini (InsyaAllah). Kelas nutrisi kanak-kanak dan tetiba aku teringat akan kisah yang berlaku suatu ketika dahulu. Ketika itu aku membawa Enyel untuk vaksinasi sebab mama beliau kurang sihat waktu itu.

Nurse : Peluk budak ni leklok tau dan bagi susu tu skali.

Aku : Baik (aku ikut la arahan nurse tu sbb aku x penah bwk budak g vaccination)

Tengah si Enyel tu syiok minum susu, terus cik nurse inject beliau. Apalagi, menangis la budak tu. Lepas tu, terus Enyel tak mahu minum susu yang aku bagi mungkin sebab beliau rasa dikhianati kot. Kesian Enyel. Dan aku juga. Aku tidak bersalah.




KRONIK!!!





p/s: 'Awok je yang x dop'..........

29 May 2012

Celaru

Hidup aku makin kronik sekarang. Aku perlu pulang berjumpa mereka untuk mengembalikan semangat yang kian rapuh.




KRONIK!!!



p/s: Perkhabaran yang semakin dekat itu ...... >--->>>>>> (~_~)"

20 May 2012

Bahagia

Petang tadi keluar dengan family Teacher Baei. Sekian lama tidak bersua dengan bintang-bintang hati, of course la aku happy. Plan mahu cuba resepi dari Cik Mayo tidak menjadi hari ini. Esok sajalah aku cuba kekuatan tangan aku ini. 




Amna: Jom la tido rumah kak amna =(
Aku : Cik Anjang nak study la. Cik Anjang da nak pekse.
Amna: Ala~~ Pekse tu bukan penting pon. 
Mama: Patut la awak tak bace buku kalu nak pekse,yer?
Amna: Hmmmm....Entah lah

Bahagianya hidup si kerinting ni

KRONIK!!!


p/s: nape perlu buat sesuatu yang memerlukan maklumat yang tidak wujud dalam realiti????............ "_"



13 May 2012

Left alone

Let's recap what happened along the days this blog had been abandoned


Dinner last di Fakulti Farmasi UKM 


 Rx Awareness


 Buat esaimen sambil bersosial


Cuci mate di pizza hut....hihhi

KRONIK!!!



p/s: Tuan Mimi kenakan aku di fb mlm ni...huh!!!

20 April 2012

Senyum


Asyik tersenyum melihat nota ini....heh!!

KRONIK!!!



p/s: tetibe teringat pada beliau.................

11 April 2012

Keliru sudah!!!!

Aku : Cantik nyer baju. Sape punye??

Izz: Jumedi nye.

Aku: Jam ni sape punye?

Izz: Appa.

Aku: Handset nie?

Izz: Amma.

Erk, anak saudara aku ni Melayu ke tak??



'Aby Ba ulat', kata Jumedi yang tak reti sebut nama Darwisyh.

KRONIK!!!



p/s: Ada orang tak jadi balik so, kene balik senirik dan berjaya dapat tiket bas SINGLE SEAT!!!

26 March 2012

Hati Emak

Semalam kakak aku call minta tolong aku orderkan pizza. Umi dan bak aku tidak ada selera tetapi teringin nak makan Tuna Temptation, katanya. Jadi aku mula mengorder. Nak dijadikan cerita, aku tersalah order pula. Tuna Temptation - regular. Memandangkan keadaan tidak mengizinkan jadi umi aku hanya makan satu slice sahaja.  Sebagai ganti, aku buatkan beliau 'kek triple' (kata beliau). Alhamdulillah, beliau tidak ambil hati. Sebesar mana pun kesalahan kita, mereka akan tetap maafkan kita sebab hati mereka yang paling rapat dengan hati kita.



Peminat baru BB. Beliau akan habiskan 2 buah buku BB sebelum tidur, SETIAP MALAM


KRONIK!!!



p/s: Maafkan saya wahai abang Polis sebab paksa anda patah balik untuk ambilkan 'kek triple' untuk umi saya ini.....huhuhu =(

22 March 2012

Air dan Udara



Pergi ke Asian Water Sport bersama 24 orang rakan yang lain. Memang mencabar fizikal dan tahap tenaga aku. Kali pertama aku berada di dalam air tanpa memijak dasar. Sangat mencabar dan aku agak panik. Alhamdulillah semuanya selamat. Kemudian kami pergi pula ke Festival Belon Udara Panas di Putrajaya. Sangat tidak puas hati kerana aku tidak berjaya menaiki belon-belon yang menarik itu. Balik rumah badan terus sakit-sakit dan rasa macam nak jadi mumia yang dibalut dengan plaster methyl salicylate je. Anyway, it's a very fun and challenging day for me.





KRONIK!!!






p/s: asyek nantuk je dua tiga menjak ni.....huhuhu =(

16 March 2012

Kaget

Aku : Umi ngan bak gie wat haji bile?

Bak : Lepas raya pose, InsyaAllah.......

Aku : Owh!!

dan terus terasa kosong...........................................sempat tak yer???



KRONIK!!!





p/s: malu gak upenye beli 'benda' tu....hahahaha

29 February 2012

Kosong

Minda yang kosong
-
-
-
Hasilnya
-
.
.
.






KRONIK!!!



p/s: terasa ingin ke Bagan Lalang lah....

27 February 2012

Jauuuuuuuhhh~~~

Beberapa hari sebelum hari ini.....

Beliau : Kitorang balik kampung. Jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhh sangat

Cikgu : Owh, yeke??


Petang tadi.....

Beliau : Mama, abah mana?

Mama : Abah pergi kerja. Jauuuuuhhh~~

Beliau : Oooo...abah balik kampung ye??


Budak 4 tahun ni ingat Jepun tu 'sejauh' kampung beliau di Terengganu kot.


Budak 4 tahun yang selalu risau akan abahnya


Budak-budak-budak sibuk nak buat tart jugak


Inilah hasilnya....agak tidak menyelerakan


Budak 1 tahun 3 bulan yang makin encem

KRONIK!!!



p/s: 2358 yang merisaukan =(

23 February 2012

Sakit Tekak

Hari ini aku tidak menghadirkan diri ke kelas. Sakit tekak punya pasal. Tidak larat untuk berada di dalam bilik ber-aircond itu selama 6 jam. Ia akan menyebabkan tekak aku ini bertambah bengkak. Tetiba aku terasa seperti ingin membuat sesuatu. Sesuatu yang telah lama ingin aku buat (sejak sem lepas lagi). Lantaklah kau, wahai sakit tekak. Aku nak makan. Jadi, aku buat lempeng cicah sambal tumis ikan bilis.


Klu tambah daun pudina, musti nampak cam hidangan hotel


KRONIK!!!




p/s: rasa nak makan pengat pisang la.........

18 February 2012

Sekolah


Suatu pagi di hari persekolahan......

Mama : Kalau kakak malas pergi sekolah, kakak nak jadi ape? Nak jadi bibik?

Beliau : Biarlah jadi bibik pun tapi bibik yang ADA RUMAH BESAR lah!!!!


'Cap ibu & anak'

KRONIK!!!




p/s: Gloomy day sebab sekolah bakal bermula tidak lama lagi =(




15 February 2012

Fokus!!!!

Hanya mampu fokus menggunakan kamera


Hidup dibuang mati dicari



Raja tanpa permaisuri



Konpius



Tanpa hujan



Hilang titik fokus

Kronik!!!




p/s: Masih mencari alat untuk membuka kotak