Pages

25 September 2012

Menghitung Hari

"Kite tepoh catering je la"
"Umi larat lagi nok masok"

The Big Day is coming. Esok, 4 gerombolan akan tiba. Lagi 2 gerombolan akan pulang pada hari Khamis. DUA HARI kemudian perlu ucapkan SELAMAT TINGGAL.

Terowong Putra LRT aka Kelana Jaya Line
KRONIK!!!




p/s: Sibuk cari barang sampai lupa nak mendaftar...haaaiiishh!!!!!!!

18 September 2012

Hujan

Petang tadi hujan. Jadi dua orang budak kecik itu terpaksa melepak dalam rumah sahaja. Bagi mengurangkan kebosanan mereka aku ajaklah mereka main masak-masak dengan aku. Kami buat triffle. Enyel sangat semangat menyusun semua lapisan-lapisan kek dalam bekas. Sayang sangat dengan triffle beliau. Siap pesan kat mama supaya berhati-hati menyimpan triffle beliau dalam peti ais. Hakim pula, belum buat apa-apa sudah habis semua kek dan cocktail dalam bekas beliau.



Triffle buatan Enyel

KRONIK!!!



p/s: Prepare resepi utk esok. In case........

17 September 2012

Kurus

Adam : Tambohlah nasik tu, Afiq. Kuruh kering mu ning.
Aku : Makang banyok sket Afiq.
Adam : Dok payoh kate ke orang lah Cik Anjang, awok pon same je.

Underweight vs Overweight (obese dah kot)

KRONIK!!!


p/s: sunyi rumah tanpa Enyel n Akim n Helmi

13 September 2012

Curi

Ada kes pecah rumah di kampung aku pagi tadi. To be exact, di rumah sebelah rumah aku atau jiran aku. Pencuri berjaya diberkas dengan bantuan jiran-jiran aku tanpa sebarang bergelutan atau adegan pukul- memukul.

"Budok ning bukang setuh kulit kite pong. Ye curi barang kite, kite curi kebebasang ye"

Inilah prinsip salah seorang jiran aku. Tapi sebenarnya, pencuri itu juga telah mencuri kebebasan aku untuk membuka tingkap bilik dan ruang TV tingkat atas serta kebebasan untuk berasa selamat.


Saje je letak gambar berwarna-warni ni

KRONIK!!!



p/s: Selesai perisi durian 14kg untuk buat tempoyak (0.o)

05 September 2012

Terkena

Gurau senda di meja makan malam ini.

Tok : Malaslah makan ubat malam ni.

Aku : Patut lah sakit pagi tadi. Malas makan ubat rupanya.

Tok : Yang ni ubat cair darah bukan ubat tahan sakit.


Menara Masjid Shah Alam (aku lupa nama sebenar masjid tu)


KRONIK!!!



p/s: Jangan halang BELIAU untuk berbakti kepada ibu beliau...pesanan untuk diri sendiri juga



01 September 2012

KEMBAR

Tugas seorang pharmacist dan doctor sangat berbeza tapi mereka mempunyai satu matlamat yang boleh dikembarkan bersama; menyelamatkan nyawa. Tok (nenek) aku boleh memegang kedua-dua jawatan ini pada masa yang sama.

(Doctor - decision making ability)
" Jatung Tok molek doh, dok payoh makang lah ubak jatung (isosorbide dinitrate)"

(Pharmacist - knowledge on drugs)
"Ubak daroh tinggi (furosemide) ning dok leh makang mase nok gie jalang sebak kekgie Tok nok kecing sokmo"

But of course, when you're doing something that you don't know much it can cause you trouble. Semalam Tok aku mengadu sakit dada sampai tak mampu nak gerakkan tangan dan leher. Alhamdulillah GTN masih dalam simpanan.

Mereka bukan kembar atau adik beradik

KRONIK!!!



p/s: simpan jangan sampai terbiar