21 July 2010

Ra...ra...ra...rak....

Hari ini aku berjaya membeli sebuah perabot untuk kediaman baru aku. Hebat kan?. Terasa seperti membeli satu set sofa lengkap dengan TV beserta almarinya. Sebenarnya, aku telah membeli 'seketul' rak 3 tingkat, tetapi hati ku ini begitu gumbira seperti membeli perabot-perabot di atas. Harga rak itu agak mahal, RM29. Tetapi umi aku cakap, "standard lah tu, barang Kolumpo". Aku rasa, mungkin aku ini terlalu kuat berangan sehinggakan aku membayangkan seperti aku hidup di zaman 80-an. Bayangkanlah, aku pergi ke kedai untuk membeli sebatang penyapu dengan hanya berbekalkan duit sebanyak RM2. Malunya.

Berbalik pada cerita 'seketul' rak yang aku beli tadi. Rak itu dibeli di kedai perabot berhampiran dengan Plaza Rah. Sampai sahaja di rumah, aku terus mengambil screw driver dan memasang 'seketul' rak tersebut. Dengan jayanya aku berjaya memasang rak itu tanpa bantuan sesiapa melainkan ilham dari ALLAH swt.Alhamdulillah. Tahniah wahai aku. Sekali lagi aku menjadi hero dalam blog aku sendiri. Sekian, terima kaseh.

19 July 2010

Statistik dan Durian

Baru sahaja selesai menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah Statistik untuk Farmasi (NFNF3053). Agak seronok juga belajar statistik ni. Akan tetapi, ini baru pengenalan jadi bolehlah aku kata subjek ini menyeronokkan. Kebanyakkan daripada topik-topik dalam subjek ini telah aku pelajari semasa tingkatan 4 dalam subjek Add-Math-Tambah. Oleh yang demikian, aku mula teringat akan kenangan silam ketika di bangku sekolah dahulu.

Semasa kami belajar statistik dalam subjek Add-Math-Tambah yang diajar oleh Cg Sharifah Kamariah, ada satu data yang perlu ada untuk membina histogram ialah kekerapan longgokan. Masih aku ingat, ketika itu adalah musim durian di Kuala Terengganu. Apabila Cg Sharifah menyebut kekerapan longgokan,kawan baik aku yang duduk disebelah aku dalam kelas 4 Abu Darda' terus terbayangkan durian-durian dipasar. Ini kerana, pakcik-pakcik yang jual durian tu sering kali menjerit-jerit ayat ini ;

"Duriang-duriang. Spuloh inggit slonggok. Meh-meh pakak beli duriang."
(Durian-durian. Sepuluh ringgit satu longgok. Mari-mari pakat beli durian.)



p/s: Durian sangat mahal sekarang. RM5/kg.......huk3

18 July 2010

3rd Year

Sudah lama tidak aku menulis di belog aku ini. Nak kata bz tidaklah sangat. Mungkin aku terasa malas untuk menulis. Terlalu banyak yang ingin aku kongsi dengan korang semua. Malangnya, masa dan keringat telah membataskan.

Sekarang aku sudah memasuki alam 3rd year. Bermakna hanya tinggal satu tahun lagi untuk aku menimba ilmu di UKM kampus KL yang tercinta ini. Aku sekarang tinggal di plaza rah yang sewanya amat mahal. Yuran aku juga telah mencecah RM2,000++. Tahun ini sudah tidak boleh berfoya-foya. No more sweet 20 or whatever. Aku akan berusaha untuk terus MARA kehadapan bersama-sama kawan-kawan serta sahabat-sahabat aku yang lain. Doakan yang terbaik untuk aku.

Lagi satu, speed untuk Celcom broadband di plaza rah ini tersangatlah slow. Nyut.Nyut. Letih nnya aku menunggu untuk suatu website itu memaparkan page nya. Maka aku berhajat untuk bertukat kepada Maxis or Digi atau mungkin juga aku akan mendaftar TM Streamyx untuk rumah ku ini. Tapi perlulah aku berbincang dengan housemat-housemat aku yang cute-cute ini. Itu sahaja untuk kali ini. Doakan kejayan aku disini.


p/s: Malasnya nak turun makan........