Pages

21 July 2010

Ra...ra...ra...rak....

Hari ini aku berjaya membeli sebuah perabot untuk kediaman baru aku. Hebat kan?. Terasa seperti membeli satu set sofa lengkap dengan TV beserta almarinya. Sebenarnya, aku telah membeli 'seketul' rak 3 tingkat, tetapi hati ku ini begitu gumbira seperti membeli perabot-perabot di atas. Harga rak itu agak mahal, RM29. Tetapi umi aku cakap, "standard lah tu, barang Kolumpo". Aku rasa, mungkin aku ini terlalu kuat berangan sehinggakan aku membayangkan seperti aku hidup di zaman 80-an. Bayangkanlah, aku pergi ke kedai untuk membeli sebatang penyapu dengan hanya berbekalkan duit sebanyak RM2. Malunya.

Berbalik pada cerita 'seketul' rak yang aku beli tadi. Rak itu dibeli di kedai perabot berhampiran dengan Plaza Rah. Sampai sahaja di rumah, aku terus mengambil screw driver dan memasang 'seketul' rak tersebut. Dengan jayanya aku berjaya memasang rak itu tanpa bantuan sesiapa melainkan ilham dari ALLAH swt.Alhamdulillah. Tahniah wahai aku. Sekali lagi aku menjadi hero dalam blog aku sendiri. Sekian, terima kaseh.