Pages

29 March 2010

WARNING!!!!!!!!!!!!!

Cerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang baru sahaja lepas seronok bershopping di MidVally MegaMall.

"Owh indah sungguh hari ini kerna aku berjaya menghabiskan duit mak bapak aku dengan bershopping.....Owh terharunya!!!"

Ketika beliau menghampiri keretanya untuk pulang, beliau sangat terkejut melihat tayar keretanya telah pancit.

"Ya ALLAH, tayar aku!!!!!".
(Sebenarnya beliau tidak mempunyai tayar dan 'tayar' yang dimaksudkan adalah tayar kereta beliau)

Dengan perasaan geram,sedih dan blurr (diye tak tahu camne nak tukar tayar pancit) beliau terus mengeluarkan jack dari butt keretanya dengan harapan untuk menukar tayar yang pancit itu. Tetiba ada seorang lelaki yang lengkap dengan pakaian pejabat sambil membimbit briefcasetelah menawarkan pertolongan.

"Iskh3 pancit ke tayar nye tu??"

"Eh taklah, tadi boring takde keje so, saya buang lah angin tayar ni", jawab wanita itu dengan nada sinis.

"Nak saya tolong? Saya ni bukanlah pandai sangat bab-bab kereta ni tapi klu stakat nak tukar tayar tu rasa nya boleh lagi lah"

Selesai sahaja menukar tayar, lelaki itu memasukkan jack kembali ke dalam butt kereta besertabriefcase nya. Beliau bertanya bolehkah wanita tersebut menumpangkannya ke kereta beliau yang berada di seberang sana. Wanita itu mula berasa curiga dan memberitahu dia terlupa untuk membeli sesuatu dan perlu masuk kembali ke mall. Wanita itu meminta lelaki tersebut untuk menunggu beliau di tepi keretanya. Dengan segera wanita itu melaporkan kejadian tadi kepada abang guard.

"Abang guard, abang guard, tolong ada orang psychic telah mengganggu saya"

"Owh yeke? Tunjukkan pada saya biar saya tangkap diya", kata abang guard dengan penuh berkobar-kobar.

Malangnya apabila mereka sampai di kereta wanita tadi, lelaki itu telah tiada. Mereka menghantar briefcase yang ditinggalkan kepada pihak polis.

"Tunggu apa lagi abang polis, bukak lah beg tu", kata wanita tersebut dengan penuh bersungguh-sungguh.

"Sabar lah. Tengah figure out password ni", kata abang polis dengan nada bengang.

Sebaik sahaja briefcase itu berjaya dibuka, mereka sangat terkejut seperti baru terkena kejutan elektrik. (buzzzzzzz)

"Apa ni?? Pisau, tali dan duct tape? Orang ni kerja rompak orang ke?", kata abang polis dengan nada terkejut.

Wanita itu sangat bersyukur kerana dia telah terselamat dari di apa-apakan oleh lelaki itu dan beliau telah berjanji,

"Aku takkan habiskan duit mak bapak aku lagi pasni".



p/s: semua dialog adalah rekaan semata-mata tetapi jalan cerita tetap sama. Kepada wanita-wanita diluar sana berhati-hatilah anda dan marilah kita sesama meminta pertolongan dari ALLAH untuk melindungi kita semua.

28 March 2010

Sambutan Earth Hour bertukar menjadi Rush Hour

Sabtu, Kolej Tun Syed Nasir- Sebuah rumah Felo di blok H telah dilaporkan terbakar. Kejadian tersebut berlaku pada jam 1130 mlm waktu tempatan, ketika kebanyakan pelajar sedang mengulangkaji pelajaran dan tidak kurang juga yang sudah tidur dan ada sesetengah daripada mereka sedang melepak-lepak di cafe. Menurut saksi kejadian, seorang daripada mereka terhidu bau asap dari bawah bilik mereka (pelajar tersebut tinggal di tingkat 2 blok H) ketika keluar dari bilik. Sebaik sahaja mereka melihat kebawah, api telah pun marak. Kerana terlalu nervous, mereka terus mencapai tudung dan turun berlari mendapatkan bantuan abang cafe. Menurut saksi lain pula (akak cafe), beliau sedang seronok-seronok menyapu di cafe ketika terdengar orang menjerit meminta tolong. Sebaik sahaja menoleh ke rumah Felo tersebut, beliau melihat api telah marak. Tanpa berlengah, beliau meminta pertolongan dari semua pelajar yang berada di situ. Dengan pantas abang cafe dan seorang pelajar senior bergegas ke rumah tersebut dan menerajang pintu rumah tersebut malangnya tidak berjaya. Mereka memecahkan cermin tingkap untuk memeriksa keadaan didalam rumah. Setelah menyedari ada pintu dari sebelah dalam blok H, mereka terus memecah masuk kedalam rumah melalui pintu tersebut dan memadamkan api.

Sementara itu, pelajar- pelajar lain terus bergegas ke blok masing-masing untuk menyelamatkan rakan-rakan mereka. Para pelajar yang berada di bawah menjerit-jerit supaya pelajar tingkat atas turun sebelum api merebak ke tingkat atas.

"woi orang kat atas, cepat turun selematkan diri korg. Rumah Felo kat bawah ni dah terbakar"

Tetiba kedengaran suara dari tepi orang yang menjerit itu,

"saya la orang yang tingkat atas tu"

Rupa-rupanya pelajar-pelajar tingkat atas telah pun mengosongkan bilik mereka.

Dalam usaha mengarahkan pelajar lain untuk mengosongkan bilik, salah seorang dairpada pelajar yang diarahkan untuk mengosongkan bilik berkata,

"sabar-sabar, ini hanya latihan fire drill".

Dalam keadaan bengang, pelajar yang bertanggungjawab mengetok bilik itu menjawab di dalam hati,

"fire drill pale otak ko, blok da nak terbakar da nih. Ati aku pun da nak terbakar skali".

Suasana di depan rumah Felo tersebut sangat kecoh dengan kehadiran pelajar-pelajar. Selang beberapa minit kemudian, kelihatan En Ali dan Timbalan Pengetua 2 serta Pengetua tiba di tempat kejadian. Para pelajar diminta untuk berkumpul di car park sebelah cafe mengikut blok masing-masing. Tidak lama kemudian pasukan bomba tiba dan siasatan mendapati, sebuah meja telah musnah dalam kebakaran tersebut dan di-assume akibat lilin yang ditinggalkan setelah dinyalakan sempena Earth Hour. Api telah berjaya dipadamkan oleh mereka-mereka yang berani termasuk abang cafe sebelum pasukan bomba tiba dengan menggunakan kain dan fire extinguisher. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan hanya tekanan jiwa yang dialami oleh zati dan wani telah dikenal pasti.





















p/s: Semua dialog telah diubah cara penyampaiannya tetapi maksud yang ingin disampaikan adalah sama.

Pharmaceutical Commercial

pharmaceutical commercials

26 March 2010

Untitled

Aku tahu masa itu emas
Jangan bazirkan harta karun dengan bermain-main
Jangan cuba halang aku
Aku bukan budak-budak
Dan aku tahu apa yang aku inginkan
Jangan minta sesuatu yang aku tak miliki

Semua yang aku mahu,aku dapat dengan usaha sendiri
Aku ada cara sendiri jadi biarlah aku bebas
Aku mahu main over and over
Aku mahu ruang sendiri
Jangan tanya aku kenapa...

Dewasa itu aset aku
Ceria sampai tahap maksimas
Mari bersama aku
Jangan cakap aku 'kronik' sebelum kenal

Letak beg ke tepi
Letak kerja rumah ke tepi
Aku tahu apa aku buat
Korang patut tahu jugak
Hidup ini mesti bebas
Tak kira apa jua
Inilah kehendak utama aku
Tapi........

Kahwin, ada anak, pertemuan dan perpisahan......
Itu semua boleh terjadi berkali-kali
Tapi alam persekolahan datang hanya sekali
Tidak kira hebat atau tidak
Itulah memori pahit manis yang akan kekal
BUAT SELAMANYA!!!!!!!!!





p/s: Missing dayah,syatul,mella,nadia and sema sooooo000oo0o0o much....LOVE U GUYS!!!

25 March 2010

~Buku Kanak-Kanak~

Pada tanggal 24 March, aku dan mereka-mereka yang berkaitan telah berkunjung ke Pesta buku yang diadakan di PWTC yang besar tu. Agak banyak la duit aku habis tapi aku rasa sangat berbaloi dan puas hati. Percaya atau tak, aku beli novel melayu yang sesuai untuk dbaca oleh budak-budak 13-15 tahun(maybe darjah 6 ble bace gak kot). Even buku ni lawak-lawak tapi sgt banyak moral value yang boleh di ambil dari buku-buku nie. Seperti biasa, GempakStarz adalah booth yang wajib aku pergi. Paling penting dan paling membuatkan hati aku lagi berbunga-bunga, aku berjaya mengganti buku Ubat Hati (penulis:Ustz CT Nor Bahyah) yang telah aku hilangkan dulu. Ini adalah buku-buku yang aku beli.......



Lawak Kampus : Teamwork




O.T.A.I


Misteri Luqman


Under 18 : End of Fear

Ubat Hati

01 March 2010

.:Masa Itu Ibarat Pedang:.

Rase nye sudah tersangat lama diri ini tidak menjenguk dan menulis blog ni. Minta maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Kalau ada org bertanya aku tentang hari/minggu yang paling anda 'mess-up', minggu ni adalah top-of-the-list. Sangat bz dengan Festival 1Malaysia, program motivasi anjuran PMFar dan dinner kolej. Not to mention all of the assignment and lab report yang masih belum dijamah.

Memang benarlah apa yang disabdakan oleh Baginda, lapang sebelum sempit. Memang diakui bahawa diri ini tergolong dalam pencuri masa dan bila masa yang dicuri itu dirampas, mula lah nak menggelabah sampai tak cukup oxygen nak bernafas. Bagi mereka yang suka mencuri waktu, janganlah diamalkan sangat kerana ianya akan membawa kemudharatan dan kesulitan kepada anda.

'MASA ITU IBARAT PEDANG, JIKA KAMU TIDAK MEMOTONGNYA MAKA IA AKAN MEMOTONG KAMU'

Sekadar renungan dan peringatan. Sekian