Pages

29 March 2010

WARNING!!!!!!!!!!!!!

Cerita ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang baru sahaja lepas seronok bershopping di MidVally MegaMall.

"Owh indah sungguh hari ini kerna aku berjaya menghabiskan duit mak bapak aku dengan bershopping.....Owh terharunya!!!"

Ketika beliau menghampiri keretanya untuk pulang, beliau sangat terkejut melihat tayar keretanya telah pancit.

"Ya ALLAH, tayar aku!!!!!".
(Sebenarnya beliau tidak mempunyai tayar dan 'tayar' yang dimaksudkan adalah tayar kereta beliau)

Dengan perasaan geram,sedih dan blurr (diye tak tahu camne nak tukar tayar pancit) beliau terus mengeluarkan jack dari butt keretanya dengan harapan untuk menukar tayar yang pancit itu. Tetiba ada seorang lelaki yang lengkap dengan pakaian pejabat sambil membimbit briefcasetelah menawarkan pertolongan.

"Iskh3 pancit ke tayar nye tu??"

"Eh taklah, tadi boring takde keje so, saya buang lah angin tayar ni", jawab wanita itu dengan nada sinis.

"Nak saya tolong? Saya ni bukanlah pandai sangat bab-bab kereta ni tapi klu stakat nak tukar tayar tu rasa nya boleh lagi lah"

Selesai sahaja menukar tayar, lelaki itu memasukkan jack kembali ke dalam butt kereta besertabriefcase nya. Beliau bertanya bolehkah wanita tersebut menumpangkannya ke kereta beliau yang berada di seberang sana. Wanita itu mula berasa curiga dan memberitahu dia terlupa untuk membeli sesuatu dan perlu masuk kembali ke mall. Wanita itu meminta lelaki tersebut untuk menunggu beliau di tepi keretanya. Dengan segera wanita itu melaporkan kejadian tadi kepada abang guard.

"Abang guard, abang guard, tolong ada orang psychic telah mengganggu saya"

"Owh yeke? Tunjukkan pada saya biar saya tangkap diya", kata abang guard dengan penuh berkobar-kobar.

Malangnya apabila mereka sampai di kereta wanita tadi, lelaki itu telah tiada. Mereka menghantar briefcase yang ditinggalkan kepada pihak polis.

"Tunggu apa lagi abang polis, bukak lah beg tu", kata wanita tersebut dengan penuh bersungguh-sungguh.

"Sabar lah. Tengah figure out password ni", kata abang polis dengan nada bengang.

Sebaik sahaja briefcase itu berjaya dibuka, mereka sangat terkejut seperti baru terkena kejutan elektrik. (buzzzzzzz)

"Apa ni?? Pisau, tali dan duct tape? Orang ni kerja rompak orang ke?", kata abang polis dengan nada terkejut.

Wanita itu sangat bersyukur kerana dia telah terselamat dari di apa-apakan oleh lelaki itu dan beliau telah berjanji,

"Aku takkan habiskan duit mak bapak aku lagi pasni".



p/s: semua dialog adalah rekaan semata-mata tetapi jalan cerita tetap sama. Kepada wanita-wanita diluar sana berhati-hatilah anda dan marilah kita sesama meminta pertolongan dari ALLAH untuk melindungi kita semua.