Pages

28 March 2010

Sambutan Earth Hour bertukar menjadi Rush Hour

Sabtu, Kolej Tun Syed Nasir- Sebuah rumah Felo di blok H telah dilaporkan terbakar. Kejadian tersebut berlaku pada jam 1130 mlm waktu tempatan, ketika kebanyakan pelajar sedang mengulangkaji pelajaran dan tidak kurang juga yang sudah tidur dan ada sesetengah daripada mereka sedang melepak-lepak di cafe. Menurut saksi kejadian, seorang daripada mereka terhidu bau asap dari bawah bilik mereka (pelajar tersebut tinggal di tingkat 2 blok H) ketika keluar dari bilik. Sebaik sahaja mereka melihat kebawah, api telah pun marak. Kerana terlalu nervous, mereka terus mencapai tudung dan turun berlari mendapatkan bantuan abang cafe. Menurut saksi lain pula (akak cafe), beliau sedang seronok-seronok menyapu di cafe ketika terdengar orang menjerit meminta tolong. Sebaik sahaja menoleh ke rumah Felo tersebut, beliau melihat api telah marak. Tanpa berlengah, beliau meminta pertolongan dari semua pelajar yang berada di situ. Dengan pantas abang cafe dan seorang pelajar senior bergegas ke rumah tersebut dan menerajang pintu rumah tersebut malangnya tidak berjaya. Mereka memecahkan cermin tingkap untuk memeriksa keadaan didalam rumah. Setelah menyedari ada pintu dari sebelah dalam blok H, mereka terus memecah masuk kedalam rumah melalui pintu tersebut dan memadamkan api.

Sementara itu, pelajar- pelajar lain terus bergegas ke blok masing-masing untuk menyelamatkan rakan-rakan mereka. Para pelajar yang berada di bawah menjerit-jerit supaya pelajar tingkat atas turun sebelum api merebak ke tingkat atas.

"woi orang kat atas, cepat turun selematkan diri korg. Rumah Felo kat bawah ni dah terbakar"

Tetiba kedengaran suara dari tepi orang yang menjerit itu,

"saya la orang yang tingkat atas tu"

Rupa-rupanya pelajar-pelajar tingkat atas telah pun mengosongkan bilik mereka.

Dalam usaha mengarahkan pelajar lain untuk mengosongkan bilik, salah seorang dairpada pelajar yang diarahkan untuk mengosongkan bilik berkata,

"sabar-sabar, ini hanya latihan fire drill".

Dalam keadaan bengang, pelajar yang bertanggungjawab mengetok bilik itu menjawab di dalam hati,

"fire drill pale otak ko, blok da nak terbakar da nih. Ati aku pun da nak terbakar skali".

Suasana di depan rumah Felo tersebut sangat kecoh dengan kehadiran pelajar-pelajar. Selang beberapa minit kemudian, kelihatan En Ali dan Timbalan Pengetua 2 serta Pengetua tiba di tempat kejadian. Para pelajar diminta untuk berkumpul di car park sebelah cafe mengikut blok masing-masing. Tidak lama kemudian pasukan bomba tiba dan siasatan mendapati, sebuah meja telah musnah dalam kebakaran tersebut dan di-assume akibat lilin yang ditinggalkan setelah dinyalakan sempena Earth Hour. Api telah berjaya dipadamkan oleh mereka-mereka yang berani termasuk abang cafe sebelum pasukan bomba tiba dengan menggunakan kain dan fire extinguisher. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan hanya tekanan jiwa yang dialami oleh zati dan wani telah dikenal pasti.





















p/s: Semua dialog telah diubah cara penyampaiannya tetapi maksud yang ingin disampaikan adalah sama.