Pages

27 June 2011

Driver

Hari ini almost seharian aku berada di luar rumah. Seawal jam 9 pagi kami bertiga meninggalkan rumah menuju ke Pusat Bandar. Lebih kurang 6 jam kami diluar bagi menguruskan segala benda yang berkaitan dengan perjalanan umrah parents aku nanti. Alhamdulillah segalanya selesai dalam masa 6 jam itu. Niat dihati ingin melawat incik Akif tapi masa lebih mencemburui kami. Jadi pulut lepa (pulut panggang) SEDAP itu telah menjadi santapan aku. Maaflah, tiada rezeki anda wahai cik Nunu dan incik Adam. Dalam perjalanan pulang, umi berkira-kira dengan bak mengenai tarikh mereka mengerjakan umrah dan aku juga turut mencelah. Tetibe satu CADANGAN bernas dari bak aku muncul apabila aku bertanyakan soalan kepada mereka.

Umi : Umi balik sminggu lepah raye ni...

Aku : Owh yeke? Doh orang nok raye nge piyye kekgi?

Umi : Raye kolumpo je la

Bak : Dok pom awok kawin la sbelum pose nie. Kekgi bule raye dumoh mok ttue.


Beg dari Rayhar


Lif di pejabat Rayhar ada tingkat (-1)


Kerusi lambang KeluangMan di klinik


Pulut lepa SEDAP


Tempat buat passport


KRONIK!!!




p/s: saya lapar dan saya makan roti bluberi

15 June 2011

Hari berDarah

Pada suatu hari
-
-
-
Seorang isteri meng-calling adiknya
-
-
-
Bercerita perihal abang ipar
-
-
-
Abang ipar membasuh kereta
-
-
-
Tiba-tiba jari abang ipar terluka
-
-
-
Abang ipar melihat jari beliau
-
-
-
Si isteri melihat si abang ipar
-
-
-
ABAAAAANGG!!!!!


"SELAMAT HARI DARAH SEDUNIA"

KRONIK!!!





p/s: 2,3 titik darah boleh menumbangkan seorang lelaki sebesar abang ipar aku =p


Suatu Hari di Hospital

Pandangan Depan



Pandangan Sisi



Terima Kasih Buat Beliau!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

KRONIK!!!



p/s: Mungkinkah bisa dimaafkan???

13 June 2011

Piala FA lagi


ANTARA kain rentang yang menggunakan bahasa dialek mewakili Terengganu (kiri) dan Kelantan digantung  di Stadium Putra bukit Jalil, malam kelmarin.


Selain perlawanan yang menghiburkan oleh kedua-dua pasukan pada malam itu, ada sesuatu yang menarik yang mungkin tidak ramai yang sedar mengenainya iaitu penggunaan dialek atau loghat percakapan oleh kedua-dua penyokong pasukan.

Suasana mula gamat apabila bermulanya detik sepak mula perlawanan akhir itu dengan penyokong Terengganu mula melaungkan kata-kata seperti ‘Terengganu nelang lening (Terengganu hebat sekarang), Kelatang dok rok cettong (Kelantan bukan hebat sangat), guane gamok pasukang kite? (macam mana pasukan kita) dan Tranung nok bahang blake piala tahung ning (Terengganu nak dapatkan semua piala tahun ini).

Penggunaan dialek berubah agak kasar ketika kedua-dua pasukan sering berbalas serangan dan hampir menjaringkan gol... ramai penyokong Terengganu meluahkan perkataan seperti ‘celakak’ (celaka); ‘bodo ketok’ (bodoh sangat); ‘lagu tu pung dok gol’ (macam itu pun tidak boleh gol) dan ‘dok tahu starang guanne dok bulih masuk tuh’ (tak tahu macam mana tidak boleh jaringkan gol) dan ‘paler colok’ (tandukan yang tidak menepati sasaran).

Penonton juga dilihat turut mencarut dan memaki hamun pengadil kerana tidak puas hati . Antara ungkapan yang diluahkan mereka adalah ‘menatang anak harang’ (binatang anak haram); dan mung nok kena enjja ke pengadil? (kau nak kena terajang ke pengadil?)

Terdapat juga penggunaan dialek yang memberi kesan positif kepada pemain Terengganu terutama selepas jaringan penyamaan dan kemenangan pasukan itu. Antara kata pemberi semangat ialah ‘jeng doh Kelatang tuh’ (moral pemain Kelantan sudah turun), wi sutir lagi boh (jaringkan satu gol lagi), bahang piala doh kite malang nih (Kita akan dapat piala malam ini) dan Kelatang bulih balik kappung doh (Kelantan sudah boleh balik). Sebaik saja wisel penamat ditiup, penyokong Terengganu akhirnya bergembira dan ada yang sujud syukur kerana menjadi juara. [BHarian]



Komen: Aku suke bace loghat ning tapi ade gok hok tok betul maksuk ye. Saloh eje pong ade gok. Hok aku dok stuju cume bahagiang carrut makki tu lah.


Nie lagi satu kesalahan ejaan

KRONIK!!!


p/s: Ngattuk doh boh...tido ah lu



Sek kite ganah lening

Mari kita bercerita tentang kehangatan sukan di negeri Terengganu tercinta sekarang. Terengganu menang Piala FA 2011 dan juga menjadi juara untuk SUKMA ke-14 dengan 30 emas. Aku sangat berbangga dengan pencapaian sukan negeri aku sekarang. Tapi perlu juga beringat, jangan terlalu yakin dengan kejuaraan ini. Lagi satu, buat atlit-atlit negeri Terengganu khususnya, tolong jaga penampilan anda. Jangan terlalu menjolok mata. Kalau boleh pakailah pakaian sukan yang memenuhi syara'. Mungkin agak mustahil untuk merekanya tapi at least tutuplah aurat anda tidak kira lelaki atau perempuan.

"Majulah sukan untuk TERENGGANU..hehe"



Aku rakam ketika terserempak dengan mereka masa OTW balik rumah



KRONIK!!




p/s: Ari Ahad ni cuti tapi aku tak berkaitan la.

12 June 2011

Aktiviti di Malam Hari

Ada seorang rakan se-LI aku bercerita tentang pendapat beberapa orang PRP mengenai tempat untuk posting selepas PRP nanti. Ada yang ingin apply di HSNZ, ada yang ingin minta di KK di dearah berdekatan dengan kampung mereka dan ada juga yang ingin minta tempat posting di Kolumpo bagi yang berbangsa Cina. Rakan aku itu bertanya kepada PRP tersebut yang berbangsa Cina.

Rakan Aku : Bakpe L tak boh stay kat ssining?

En L : Sebab kat Ganung tak dok night-life.

Rakan Aku : Kalu nok night-life wat je r night shift.




KRONIK!!!


p/s: Terlepas peluang untuk wat night shift...huhuhu =(

05 June 2011

Tulang Empuk

Hari ini ada kenduri kahwin di rumah saudara aku. Aku ditugaskan untuk membantu di dapur. Jadi, seawal jam 6.30 pagi aku telah bertolak dari rumah dan lebih kurang jam 6.55 pagi kami tiba di sana (dekat je). Bertemankan umi dan bak aku serta jiran depan rumah aku, kami memulakan operasi memasak gulai daging dahulu kerana Abang Macho masih belum tiba ketika itu. Menu untuk majlis ini adalah nasi minyak, gulai daging, ayam masak merah, acar dan sayur nangka masak lemak. Ketika itu hanya beberapa orang wakil tuan rumah yang datang membantu. Biasalah anak-anak muda masih tidur agaknya, fikir aku sendirian. Tidak lama kemudian, Abang Macho tiba. Sudah lama aku tidak berjumpa dengan Abang Macho. Aku dan Abang Macho ditugaskan untuk menanak nasi. 7 periuk nasi minyak dan 1 periuk nasi putih kami sediakan siang tadi. Aku dan Abang Macho ada juga membantu memasak gulai. Kami masak 1 periuk gulai siang tadi. Lagi 4 periuk, orang lain yang masak. Ketika aku dan Abang Macho menumis bahan-bahan untuk menanak nasi (aku tak ingat periuk ke berapa), tetiba seorang pak cik menegur gulai yang kami masak itu.


Pak Cik : Doh gane ni chef mude massok, tulang dok pok ning!!!!
(Macam mane chef mude nie memasak, tulang tak empuk lagi ni!!!)

Apalagi, terasa seperti terkena heart attack aku ketika itu. Lalu Abang Macho pergi memeriksa gulai daging tersebut.

Abang Macho : Eh, ok je daging tulang ni.

Pak Cik : Daging tulang memang pok doh, tulang hok dok pok agi.
(Daging tulang memang dah empuk p tulang yang tak empuk lagi)

Kami : Adoiiiyaa...Terkena!!!


KRONIK!!!



p/s: Siapa yang boleh masak tulang sampai empuk memang sangat hebat!!!!....Tanak nasi 7 periuk lagi cepat masak dari menggulai 2 periuk. HUH!

04 June 2011

Cerita Budak pergi Kenduri

Hari ini aku membawa budak-budak-budak pergi kenduri jiran sebelah rumah aku. Agak banyak makanan yang tersedia untuk para tetamu. Menu yang paling mengiurkan aku adalah KERABU PERUT!!! Memandangkan pihak lelaki masih belum sampai ketika itu, maka aku hanya mampu menyeduk satu senduk kerabu perut sahaja. Kita mesti sentiasa ingat akan orang belakang, itulah pesan bak aku selama ini. Maka, demi menjaga maruah jiran aku serta menjaga perut pihak lelaki, jadi aku menahan nafsu makan aku. Selesai makan, aku tunggu si Afiq selesai makan. Semua menu yang terhidang dirasa oleh beliau. Selasai makan nasi, beliau santap pula bubur pulut hitam kemudian beliau makan pula beberapa keping agar-agar merah. Afiq berhenti rehat seketika manakala Adam masih lagi menatap bubur beliau. Perlahan sahaja beliau menghirup bubur itu. Lalu aku menegur Adam....

Cik Anjang: Adam nie makan nasi baru laju, kan?

Adam: Mesti lah, nasi kan kegemaran Adam.

*****************************************************************

Selesai sahaja Adam makan, budak-budak itu minta izin untuk pulang. Tetiba Afiq ternampak sesuatu yang menarik nafsu makan beliau.


Afiq: Wow!! Tape
(Wow!! Tapai)

Adam: Nape oo Afiq??
(Apa nie, Afiq)

Afiq:Ni la makanan yang boleh buat kite mabuk.
(Makanan ni boleh buat kita mabuk)

Adam: Erk!! Heh!!

*****************************************************************
Di rumah

Afiq: Umi, boleh dok angoh nok makang butir kicci ni.
(Umi, boleh tak angah nak makan kuaci ni?)

Umi Afiq: Makan je lah. Bakpe angoh tanye?
(Makan je lah. Nape angah tanya?)

Afiq: Tadi angoh makang tape,takut mabuk pulok makang butir kicci ni.
(Tadi angah makan tapai, takut mabuk lak nanti)


KRONIK!!!



p/s: Jemaah kolesterol........hahaha

Kahwin dan Kenduri

Hari ini jiran sebelah rumah aku mengadakan majlis kenduri kahwin anak beliau yang ketiga. Hari ini juga rumah aku ada kenduri kahwin secara tidak langsung. Ini kerana ada seorang pelanggan umi aku yang menempah nasi minyak sempena perkahwinan anak beliau. Hari ini jalan di sekitar Kuala Terengganu jem yang teramat. Seolah-olah seluruh rakyat Kuala Terengganu keluar untuk menghadiri kenduri. Dari rumah aku untuk ke Manir biasanya akan mengambil masa selama 5-7 minit sahaja tetapi pada hari ini, ia mengambil masa sehingga 20-25 minit. Hebat bukan?? Itu masih belum dikira segala penunjuk arah yang mengahalang lampu isyarat lagi. Di persimpangan Manir, para tetamu perlu berhenti seketika untuk melihat senarai majlis kenduri yang diadakan di sekitar mukim tersebut. Aku tidak berkesempatan merakam suasana itu. Niat dihati ingin keluar ronda-ronda kawasan kampung malam ini tetapi terasa malas pula kerana budak-budak-budak-budak-budak telah pulang ke rumah masing-masing. Jadi, aku hanya mampu menulis entri ini di rumah ditemani nyamuk kerana aku sekarang sedang lepak di atas bumbung rumah aku. Kalau aku rajin, aku akan upload gambar di sini.

"SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SEMUA PENGANTIN BARU DAN BAKAL PENGANTIN BARU"


KRONIK!!!




p/s: Langit dipenuhi bintang malam ini

02 June 2011

Main Masak-Masak

Ada tiga orang chef lelaki baru di rumah umi aku hari ini. Habis dapur dikerja mereka. Petang tadi kami beramai-ramai masuk dapur untuk membuat kuih puteri mandi. Apalagi, si budak-budak-budak itu mulalah mahu menyibuk sama. Malas mahu melarang, biarlah mereka belajar masak-masak. Ini adalah hasil kerja tangan mereka.

Sebelum


Selepas

Aku bercadang ingin mengambil gambar hasil kuih puteri mandi yang budak-budak-budak itu buat tapi malangnya, tiada satu biji kuih yang terhasil. Hanya penat mengemas yang dapat aku rakamkan. Tapi tidak mengapa kerana aku seronok melihat mereka bermain-main di dapur. Biarlah penat sedikit, tidak mengapa asalkan anak-anak itu gembira. Habis sudah kuih puteri mandi. Kalau rajin, esok nak makan donat pula. Beli sajalah, malas nak uli tepung.......


KRONIK!!!




p/s: Sedih sebab LI dah nak habis......huhuhu =(