Pages

13 June 2011

Piala FA lagi


ANTARA kain rentang yang menggunakan bahasa dialek mewakili Terengganu (kiri) dan Kelantan digantung  di Stadium Putra bukit Jalil, malam kelmarin.


Selain perlawanan yang menghiburkan oleh kedua-dua pasukan pada malam itu, ada sesuatu yang menarik yang mungkin tidak ramai yang sedar mengenainya iaitu penggunaan dialek atau loghat percakapan oleh kedua-dua penyokong pasukan.

Suasana mula gamat apabila bermulanya detik sepak mula perlawanan akhir itu dengan penyokong Terengganu mula melaungkan kata-kata seperti ‘Terengganu nelang lening (Terengganu hebat sekarang), Kelatang dok rok cettong (Kelantan bukan hebat sangat), guane gamok pasukang kite? (macam mana pasukan kita) dan Tranung nok bahang blake piala tahung ning (Terengganu nak dapatkan semua piala tahun ini).

Penggunaan dialek berubah agak kasar ketika kedua-dua pasukan sering berbalas serangan dan hampir menjaringkan gol... ramai penyokong Terengganu meluahkan perkataan seperti ‘celakak’ (celaka); ‘bodo ketok’ (bodoh sangat); ‘lagu tu pung dok gol’ (macam itu pun tidak boleh gol) dan ‘dok tahu starang guanne dok bulih masuk tuh’ (tak tahu macam mana tidak boleh jaringkan gol) dan ‘paler colok’ (tandukan yang tidak menepati sasaran).

Penonton juga dilihat turut mencarut dan memaki hamun pengadil kerana tidak puas hati . Antara ungkapan yang diluahkan mereka adalah ‘menatang anak harang’ (binatang anak haram); dan mung nok kena enjja ke pengadil? (kau nak kena terajang ke pengadil?)

Terdapat juga penggunaan dialek yang memberi kesan positif kepada pemain Terengganu terutama selepas jaringan penyamaan dan kemenangan pasukan itu. Antara kata pemberi semangat ialah ‘jeng doh Kelatang tuh’ (moral pemain Kelantan sudah turun), wi sutir lagi boh (jaringkan satu gol lagi), bahang piala doh kite malang nih (Kita akan dapat piala malam ini) dan Kelatang bulih balik kappung doh (Kelantan sudah boleh balik). Sebaik saja wisel penamat ditiup, penyokong Terengganu akhirnya bergembira dan ada yang sujud syukur kerana menjadi juara. [BHarian]



Komen: Aku suke bace loghat ning tapi ade gok hok tok betul maksuk ye. Saloh eje pong ade gok. Hok aku dok stuju cume bahagiang carrut makki tu lah.


Nie lagi satu kesalahan ejaan

KRONIK!!!


p/s: Ngattuk doh boh...tido ah lu