Pages

05 June 2011

Tulang Empuk

Hari ini ada kenduri kahwin di rumah saudara aku. Aku ditugaskan untuk membantu di dapur. Jadi, seawal jam 6.30 pagi aku telah bertolak dari rumah dan lebih kurang jam 6.55 pagi kami tiba di sana (dekat je). Bertemankan umi dan bak aku serta jiran depan rumah aku, kami memulakan operasi memasak gulai daging dahulu kerana Abang Macho masih belum tiba ketika itu. Menu untuk majlis ini adalah nasi minyak, gulai daging, ayam masak merah, acar dan sayur nangka masak lemak. Ketika itu hanya beberapa orang wakil tuan rumah yang datang membantu. Biasalah anak-anak muda masih tidur agaknya, fikir aku sendirian. Tidak lama kemudian, Abang Macho tiba. Sudah lama aku tidak berjumpa dengan Abang Macho. Aku dan Abang Macho ditugaskan untuk menanak nasi. 7 periuk nasi minyak dan 1 periuk nasi putih kami sediakan siang tadi. Aku dan Abang Macho ada juga membantu memasak gulai. Kami masak 1 periuk gulai siang tadi. Lagi 4 periuk, orang lain yang masak. Ketika aku dan Abang Macho menumis bahan-bahan untuk menanak nasi (aku tak ingat periuk ke berapa), tetiba seorang pak cik menegur gulai yang kami masak itu.


Pak Cik : Doh gane ni chef mude massok, tulang dok pok ning!!!!
(Macam mane chef mude nie memasak, tulang tak empuk lagi ni!!!)

Apalagi, terasa seperti terkena heart attack aku ketika itu. Lalu Abang Macho pergi memeriksa gulai daging tersebut.

Abang Macho : Eh, ok je daging tulang ni.

Pak Cik : Daging tulang memang pok doh, tulang hok dok pok agi.
(Daging tulang memang dah empuk p tulang yang tak empuk lagi)

Kami : Adoiiiyaa...Terkena!!!


KRONIK!!!



p/s: Siapa yang boleh masak tulang sampai empuk memang sangat hebat!!!!....Tanak nasi 7 periuk lagi cepat masak dari menggulai 2 periuk. HUH!