Pages

04 June 2011

Cerita Budak pergi Kenduri

Hari ini aku membawa budak-budak-budak pergi kenduri jiran sebelah rumah aku. Agak banyak makanan yang tersedia untuk para tetamu. Menu yang paling mengiurkan aku adalah KERABU PERUT!!! Memandangkan pihak lelaki masih belum sampai ketika itu, maka aku hanya mampu menyeduk satu senduk kerabu perut sahaja. Kita mesti sentiasa ingat akan orang belakang, itulah pesan bak aku selama ini. Maka, demi menjaga maruah jiran aku serta menjaga perut pihak lelaki, jadi aku menahan nafsu makan aku. Selesai makan, aku tunggu si Afiq selesai makan. Semua menu yang terhidang dirasa oleh beliau. Selasai makan nasi, beliau santap pula bubur pulut hitam kemudian beliau makan pula beberapa keping agar-agar merah. Afiq berhenti rehat seketika manakala Adam masih lagi menatap bubur beliau. Perlahan sahaja beliau menghirup bubur itu. Lalu aku menegur Adam....

Cik Anjang: Adam nie makan nasi baru laju, kan?

Adam: Mesti lah, nasi kan kegemaran Adam.

*****************************************************************

Selesai sahaja Adam makan, budak-budak itu minta izin untuk pulang. Tetiba Afiq ternampak sesuatu yang menarik nafsu makan beliau.


Afiq: Wow!! Tape
(Wow!! Tapai)

Adam: Nape oo Afiq??
(Apa nie, Afiq)

Afiq:Ni la makanan yang boleh buat kite mabuk.
(Makanan ni boleh buat kita mabuk)

Adam: Erk!! Heh!!

*****************************************************************
Di rumah

Afiq: Umi, boleh dok angoh nok makang butir kicci ni.
(Umi, boleh tak angah nak makan kuaci ni?)

Umi Afiq: Makan je lah. Bakpe angoh tanye?
(Makan je lah. Nape angah tanya?)

Afiq: Tadi angoh makang tape,takut mabuk pulok makang butir kicci ni.
(Tadi angah makan tapai, takut mabuk lak nanti)


KRONIK!!!



p/s: Jemaah kolesterol........hahaha