Pages

26 January 2012

The Last Word....for this semester

Masih berada di luar Kuala Terengganu. Malam ini aku akan berangkat pulang ke tanah air, ke sisi mereka yang dicintai dan dirindui. Selepas sekian lama tidak pulang ke kampung gara-gara thesis (mostly) dan juga segala tanggungjawab yang perlu aku tunaikan. Tapi, aku rasa aku tidaklah begitu bersungguh-sungguh menunaikannya. Anyway, masa viva hari itu, examiner aku ada bertanyakan perasaan aku tentang all this thesis stuff. Of course la aku jawab dengan penuh bersopan santun dengan menggunakan ayat berikut :

"Over-all, saya suka dan enjoy buat thesis ni"

Sebenarnya, mahu sahaja aku jawab macam ni:

" Thesis memang hebat kerana ia mendorong saya untuk melakukan perkara yang belum pernah saya lakukan sebelum ini

1. Berbuka (puasa Ramadhan) dengan minum air cincau dari mesin gedegang di kawasan lab

2. Stay dalam lab sampai pukul 10 malam

3. Menjadi hantu di kawasan lab (mak guard tu ingat aku nie hantu)

4. Solat isya' di surau T1BE

5. Memandu ke UKM Bangi dan sesat

6. Melalui jalan 'Siri Seram Pembunuhan Kejam Medikal'

Paling utama adalah....

Gelaran anak derhaka yang dilabelkan oleh adik-beradik saya "


Just wonder macam mana reaksi examiner aku kalau aku jawab macam ini.


KRONIK!!!




p/s: Tahniah buat mereka yang sudah berada di kampung



11 January 2012

Fasa Kehidupan


Aku sepatutnya berada di Fasa 'memimpin dan dipimpin' sekarang. Tapi entah mengapa aku rasa yang aku masih berada di Fasa 'dipimpin' dan masih tidak mampu untuk 'memimpin'. Begitu banyak yang perlu aku pelajari tentang Bumi ini dan manusia yang berjalan diatasnya. Tetiba terasa seperti mahu kembali ke zaman itu where people would say "That's why they're called as KIDS" bila aku buat sesuatu perkara.

KRONIK!!!


p/s: Rindu betul pada pemilik tangan-tangan di atas............

10 January 2012

Rindu pada.....

Baru sahaja selesai membaca buku Diari Mat Despatch (1st book). Aku sudah membeli kesemua 4 buku Diari Mat Despacth akan tetapi aku mengambil masa yang sangat lama untuk menghabiskan 1 buku tersebut (lagi 3 menanti). Mungkin cara penulisannya tidak dapat memikat hati aku. Isi dalamnya sangat mengagumkan, tapi. Konklusinya, buku ini memang sangat sesuai untuk mereka-mereka yang ingin muhasabah diri (dengan menulis diari).

Petikan dari buku Diari Mat Despatch by Bahruddin Bekri

"Lelaki itu bukan berjenis secara semula jadi tetapi lelaki itu dapat memilih sama ada dia mahu menjadi lelaki yang jenis bagaimana"

Jadi, aku ini manusia yang jenis bagaimana?

Not a natural reflection

KRONIK!!!



p/s: rindu mula menerjah....owwhh~~~