Pages

26 January 2012

The Last Word....for this semester

Masih berada di luar Kuala Terengganu. Malam ini aku akan berangkat pulang ke tanah air, ke sisi mereka yang dicintai dan dirindui. Selepas sekian lama tidak pulang ke kampung gara-gara thesis (mostly) dan juga segala tanggungjawab yang perlu aku tunaikan. Tapi, aku rasa aku tidaklah begitu bersungguh-sungguh menunaikannya. Anyway, masa viva hari itu, examiner aku ada bertanyakan perasaan aku tentang all this thesis stuff. Of course la aku jawab dengan penuh bersopan santun dengan menggunakan ayat berikut :

"Over-all, saya suka dan enjoy buat thesis ni"

Sebenarnya, mahu sahaja aku jawab macam ni:

" Thesis memang hebat kerana ia mendorong saya untuk melakukan perkara yang belum pernah saya lakukan sebelum ini

1. Berbuka (puasa Ramadhan) dengan minum air cincau dari mesin gedegang di kawasan lab

2. Stay dalam lab sampai pukul 10 malam

3. Menjadi hantu di kawasan lab (mak guard tu ingat aku nie hantu)

4. Solat isya' di surau T1BE

5. Memandu ke UKM Bangi dan sesat

6. Melalui jalan 'Siri Seram Pembunuhan Kejam Medikal'

Paling utama adalah....

Gelaran anak derhaka yang dilabelkan oleh adik-beradik saya "


Just wonder macam mana reaksi examiner aku kalau aku jawab macam ini.


KRONIK!!!




p/s: Tahniah buat mereka yang sudah berada di kampung