Pages

02 February 2012

Terkenang Jua



Perjalanan malam itu agak menyeronokkan. Aku tidak pasti adakah kerana memang penerbangan itu menyeronokkan atau kerana aku sedang menuju ke Kuala Terengganu. Aku pilih sebab kedua. Tapi sebab pertama itu juga mungkin kerana tiada pramugari (dengan baju tak cukup kain) dalam kapal terbang yang aku naiki malam itu dan suara ketua pramugara itu sangat menarik perhatian aku. Macam suara Cat dalam cerita kartun CatDog. Sebenarnya aku hanya mahu ceritakan tentang perjalanan pulang aku sahaja. Tentang kampung, biarlah aku simpan untuk diri aku dahulu. Nanti baru aku share di sini.

Malam itu agak kelam-kabut kerana aku sampai agak lewat di airport. Dengan masalah barcode-scanner untuk print boarding pass hingga ke terlebih muatan di kaunter bagasi, memang mampu membuat kesabaran aku hilang.Tapi Alhamdulillah, aku dibenarkan untuk membawa 2 buah bag ke dalam pesawat dan perkara ini mampu menaikkan kembali semangat aku untuk pulang ke kampung. Kalau tidak, terpaksalah aku tinggalkan bag baju aku. Selepas selesai body checking di pintu masuk, tetiba pengawal keselamatan (atau mungkin juga polis airport) yang cantik itu mengambil kad pengenalan aku.

"Ini ic cik ke?"

"Ye, kenape?"

(mungkin wajah sebenar aku lebih cantik hingga beliau bertanyakan soalan itu. Err, ini blog aku, so biarlah aku perasan pun)

"Pinjam kejap yer"

Kemudian beliau menulis sesuatu di atas kertas yang mempunyai banyak kotak. Aku pun buat-buat ramah lah sedikit.

"Ada cabutan bertuah ke?"

"Tak, nie survey", dan diam……..

Ini mengingatkan aku akan thesis (kene italic sebab sudah menjadi masa lampau yang tidak mahu dikenang) aku yang memerlukan penglibatan subjek manusia. Setahu aku, subjek perlu tahu tentang survey yang sedang dijalankan dan beliau mempunyai hak untuk menyertai survey itu ataupun tidak. Jadi aku agak tidak puas hati kerana aku tidak diberi penjelasan mengenai survey tersebut. Tapi, mungkin kerana mereka adalah pihak berkuasa, jadi mereka berkuasa untuk menentukan bahawa subjek tidak perlu tahu mengenai kajian mereka.

KRONIK!!!



p/s: Smooth landing (atau mungkin aku tidur terlalu lena) sehingga aku tidak sedar yang aku sudah tiba di airport Kuala Terengganu.