Pages

02 February 2012

Jalan-Jalan Mati



Sedang meneliti tiket pulang ke 'sana'. Dalam delima mahu memilih jalan darat atau udara. Jalan udara dua kali ganda harganya berbanding jalan darat. Tetapi mampu menjimatkan masa aku selama 6 jam dan paling utama aku tidak perlu solat dalam perjalanan. Tetapi tiket yang murah itu jatuh pada tarikh 15 Feb. Terasa seperti lambat pula. Niat di hati ingin pulang 13 atau 14 Feb.

Kalau ambil jalan darat pula, aku mungkin mampu mengelakkan diri dari solat dalam perjalanan dengan mengambil tiket malam. Tiket juga murah dan aku tidak perlu risau akan tarikh kerana harga tiketnya sama sahaja. Tetapi, jika aku mengambil tiket malam aku akan sampai pada subuh keesokan hari. Ini yang melemahkan semangat aku, sebenarnya.

Harus berbincang balik dengan 'lelaki itu' tetapi terasa malas kerana aku sudah tahu jawapan beliau.

"Pilih je lah yang mane kamu rasa senang"

KRONIK!!!

""The road not taken...by us"


p/s: 'Patah kaki' dan tidak mampu berjalan (terpaksa pinjam 'tongkat' lelaki itu)