Pages

27 August 2012

Lama

Orang lama
Tinggal sorang-sorang
Di rumah lama
Diajak ke mari
Direnung nya lama
Semuanya kerana
Memori & kenangan lama



















KRONIK!!!




p/s: Ayyad kene febrile seizure lagi =(

23 August 2012

Ready, Get Set, GO!!!!!!

Aku rasa aku masih belum bersedia untuk melangkah ke step seterusnya dalam fasa kehidupan aku. Aku juga belum bersedia untuk berpisah dengan mereka. Hari Sabtu ini rumah nenek akan mula kekurangan ahli. Semua orang sudah mula kembali ke pejabat dan aku juga perlu menyelesaikan segala tanggungjawab aku yang baru sahaja aku terima semalam. Anyway, aku ingin mengucapkan TAHNIAH wahai AKU atas tawaran tersebut.


MEREKA!!!!!!


Irshad Darwish tanpa baju raya


Baju Enyel ni aku yang jahit..BANGGAnye =p


KRONIK!!!


p/s: Alhamdulillah it is official but my heart is still not ready for that

21 August 2012

Berkenalan

Cuti raya ini aku membawa anak-anak saudara aku pergi jalan-jalan explore kawasan rumah atuk mereka. Mereka tersangatlah happy sebab first time tengok jantung pisang secara live, sentuh buah terung direct dari pokok, makan buah rambutan yang dipetik sendiri dan merasa buah 'setor' yang sangat sedap jika dijeruk. Sedang kami seronok ber-explorasi tetiba, Muayyad Naufal menjerit agar kami beredar.

Ayyad : Anjang lari-lari ada katak hijau. Besaaar!!!!
Aku : Mana-mana???!!!! (Risau gak sebab kate orang, air kencing katak pisang ni bahaya)
Ayyad : Tu kat pokok tu! Banyaaak!!!! Besaaar!! (sambil tunujk ke arah pokok betik)
Aku : Ni buah betik la bukan katak. (Adeeeh)
Ayyad : Bukan betik warna kuning ke??
Aku : Yang ni putik lagi.
Ayyad : Hah?!! (konpius kot sebab tak pernah tengok betik putik)

Jeritan Muayyad Naufal memang mengejutkan kami tapi tetap tidak mematahkan semangat mereka yang tinggal di luar Terengganu ni. Sekarang ni tiap-tiap hari nak pergi explore kawasan rumah atuk sebab nak petik buah rambutan dan Izz Humaidi nak tengok ayam. Kesian.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN


KRONIK!!!


p/s: Tepon aku kene culik so, xde gambo utk post ini..........

01 August 2012

Alhamdulillah

Status Daftar : Konvokesyen/Tamat Pengajian

Syukur.Terima kasih buat semua yang menyokong & mendoakan aku terutamanya UMI & BAK. Sekarang aku menjadi supir sepenuh masa untuk mereka.


"Kejadian memalukan pada malam itu"

KRONIK!!!



p/s: Bangganya dapat pakai baju jahitan sendiri raya tahun ini =p