Pages

11 October 2010

Malunyerrrr~~

Selesai tutorial Dr MJ, tiba pula masa untuk memeningkan kepala dengan tutorial Dr NA. Segala jenis ubat anti psychotic keluar dalam soalan tutorial beliau. Kami diarahkan untuk mengeluarkan sehelai kertas dan diamanahkan untuk menulis jawapan kami di atas kertas tersebut. Soalan tutorial dipaparkan melalui LCD. Dengan penuh semangat kesukanan aku menjawab 15 soalan yang tertera di skrin. Kerana aku tidak menghafal kesemua nama ubat tersebut, maka masa 15 minit yang diberikan agak lama bagi aku dan kerana tutorial kali ini bukanlah kuiz (tidak perlu hantar jawapan), aku mula menggerakkan jari-jemari aku di atas kertas jawapan aku.

Lebih kurang 15 minit kemudian, masa untuk menjawab tamat. Tetiba, Dr NA membuat satu pengumuman yang telah membuatkan aku diserang tachycardia.

"Sila tulis no. matrik dan nama anda pada kertas jawapan dan hantar ke depan"

Dengan perasaan bercelaru seperti orang yang mengalami Bipolar Disorder, aku menyerahkan kertas aku ke depan. Kemudian, seorang demi seorang pelajar BSH5 dipanggil untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Tetiba, Dr NA memanggil seseorang yang tidak ditulis namanya melainkan tulisan ini yang tercatat di atas kertas beliau.......

"Saya mahu menjadi nuklear farmacist kerana saya akan dapat cuti extra 15-hari"

Dengan perasaan penuh malu, AKU bangun dan menjawab soalan yang ditanya. Sekali lagi aku berjaya memalukan diri aku di hadapan orang ramai. Sekian, terima kasih.

Kenaikan Pangkat

Hari ini tidak seperti biasa, bangun tidur, pergi kelas, merepek dan usik-usik sahabat-sahabat di BSH5. Hari ini aku sampai kelas agak lewat. Dr MJ sudah bersiap sedia untuk meneruskan kelas tutorial beliau tetapi niat murni beliau telah terhalang kerana masalah teknikal yang dihadapi. Oleh kerana cik Mayo tiada pada hari ini, maka aku yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Carta Organisasi BSH5

Ketua Darjah
Dauz

Penolong
Wawa

Bendahari
Shah

Exco Teknikal
Zati

AJK Teknikal
~Aku~

Exco & AJK Kecerian
Semua Pelajar BSH5

Selesai membuka dan menolak segala benda, maka tutorial berjaya dijalankan dengan lancar. Itu sahaja untuk post kali ini. Aku dinaikkan pangkat dari pelajar biasa kepada AJK teknikal. Sekali lagi aku menjadi hero dalam belog aku sendiri. Sekian.

Cerita di Lebuhraya

Satu kemalangan telah meragut 12 nyawa di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara Selatan di antara Hentian Pedas-Linggi dan Tol Plaza Simpang Ampat, melibatkan 2 buah bas, sebuah van dan 3 buah kereta. MasyaALLAH, memang ngeri dan hanya ungkapan MASYAALLAH dan ASTARGFHFIRULLAH yang terkeluar dari mulut aku.

"Ya ALLAH, Engkau lindungilah aku, ahli keluarga ku serta shabat-sahabat ku dari perkara sebegini"

Foto
gambar dari Berita Harian



p/s: Menunggu Buletin Utama malam ini untuk maklumat lanjut

10 October 2010

** Buat Beliau yang Dikenali **

Aku kenal seseorang....
Seseorang yang sangat baik hatinya
Yang sangat sopan perwatakannya
Seseorang yang boleh dijadikan calon isteri
Seseorang yang sentiasa menemaniku untuk study

Aku kenal seseorang...
Dia yang sentiasa menyebut perkataan penat
Seseorang yang sentiasa membuat aku gelak dan ketawa
Yang sentiasa menghiburkan aku dengan tingkah-laku nya
Seseorang yang sentiasa 'berfikir dalam menyusun ayatnya'

Aku kenal seseorang....
Beliau yang sentiasa berada dalam doaku
Ya ALLAH, ampunilah dosa-dosa beliau
Engkau bahagiakanlah beliau,
Engkau berikanlah beliau kejayaan di dunia dan di akhirat....amiin



p/s: Beliau berjaya meng-upload video dalam FB beliau

Tiada Perasaan

Semua kerja rumah sudah beres. Praised to ALLAH. Aku sangat happy hari ini tapi aku tidak tahu mengapa aku happy yang pasti aku sangat happy.




06 October 2010

Rasa Nak Tidur tapi Tak Mengantuk

Mari kita recall apa yang berlaku pada hari ini. Pergi kelas, dengar lecture, tidur dalam kelas, dengar presentation, merepek, usik-usik manusia di sekeliling aku, dan makan. Itulah perkara yang aku lakukan pada hari ini.

Malam ini aku berjaya siapkan kerje sekolah aku iaitu Structure Elucidation dan bakal menyusul adalah report lawatan ke Hospital Putrajaya dan Agensi Nuklear Malaysia. Semoga aku berjaya menghabiskan semua kerja sekolah aku pada malam ini.




Tiada apa-apa yang menarik berlaku pada hari ini kecuali aku berjaya mengingati anti arrhythmia drugs. Mereke terdiri daripada Quinidine, desopyramide, Lidocaine dan sebagainya. Banyak sangat ubat yang dikatakan berkesan untuk mengubati penyakit ini dan aku yang lemah ini tidak mampu untuk mengingati semua itu. Ada orang berpendapat bahawa ubat-ubat moden ini hanya akan membawa kepada masalah yang lebih teruk. Contohnya, jika anda mengambil ubat untuk menurunkan tekanan darah anda, anda berkemungkinan besar akan mendapat tekanan darah rendah yang keterlaluan. Maka mereka berpendapat bahawa semua ini adalah rekaan dan propaganda semata-mata dan apa yang perlu kita lakukan apabila sakit adalah dengan kembali kepada Yang Maha Mengetahui. Tetapi ingatlah, bahawa semua ubat yang diambil, dibeli, diberi secara percuma mahupun di offer sebagai sample adalah salah satu cara kita berikhtiar daripada mengharapkan pertolongan dari Yang Maha Berkuasa tetapi tidak berusaha.


"AKU ADALAH SEORANG MAHASISWI DAN AKU MESTI MENELAAH"


p/s: Aku telah menemui kad bank aku tetapi tetap tidak boleh digunakan kerana aku telah membatalkannya semalam. Terima kasih.

05 October 2010

Terasa Nak Muntah

Hari ini suasana di BSH5 agak membosankan bagi aku. Hanya satu jam kelas yang berjaya dijalankan pada hari ini di BSH5. Kelas pada pukul 10 & 11 pagi terpaksa dibatalkan gara-gara kesilapan teknikal yang membezakan seorang hamba dengan Penciptanya. Disebabkan suasana kelas yang terlalu 'kondusif' bagi aku untuk meneruskan kewajipan aku sebagai seorang pelajar, aku telah menghabiskan masa aku hanya dengan merepek dan merapu entah apa-apa. Agak menyesal disitu. Kalau aku tahu kelas pada pukul 10 & 11 pagi terpaksa dibatalkan, sudah tentu aku tidak menghadirkan diri ke BSH5 pada pagi ini. Lagi sekali fenomena yang membezakan seorang hamba dengan Yang Maha Mengetahui dapat dilihat disini.

Pada sebelah petangnya, aku ditugaskan untuk membuat presentation dan aku tidak membuat apa-apa persedian langsung pada sebelah malamnya. Apa yang lebih memalukan adalah, aku telah tersalah point a.k.a tidak memahami kehendak soalan. Aku menjawab seperti seorang penghidap Schizophrenia yang kebiasaannya tidak menjwab soalan yang ditanya (percakapan yang tiada kaitan). TAHNIAH WAHAI AKU!

Selesai sahaja presentation, kami menuju ke Kedai Makan Aliya untuk mengisi perut. Cik uniquegurl serta mimi loren juga menyertai kami. Bosan makan di cafe, kata mereka. Kemudian aku kembali pulang ke rumah untuk meneruskan kehidupan dan kewajipan aku sebagai seorang pelajar.


"AKU ADALAH SEORANG MAHASISWI DAN AKU PERLU MENTELAAH"


p/s: Kredit to Cik Snoopy yang telah memberi idea utuk title post kali ini. Beliau loya-loya dan terasa nak muntah. Lapar agaknya.