Pages

06 October 2010

Rasa Nak Tidur tapi Tak Mengantuk

Mari kita recall apa yang berlaku pada hari ini. Pergi kelas, dengar lecture, tidur dalam kelas, dengar presentation, merepek, usik-usik manusia di sekeliling aku, dan makan. Itulah perkara yang aku lakukan pada hari ini.

Malam ini aku berjaya siapkan kerje sekolah aku iaitu Structure Elucidation dan bakal menyusul adalah report lawatan ke Hospital Putrajaya dan Agensi Nuklear Malaysia. Semoga aku berjaya menghabiskan semua kerja sekolah aku pada malam ini.




Tiada apa-apa yang menarik berlaku pada hari ini kecuali aku berjaya mengingati anti arrhythmia drugs. Mereke terdiri daripada Quinidine, desopyramide, Lidocaine dan sebagainya. Banyak sangat ubat yang dikatakan berkesan untuk mengubati penyakit ini dan aku yang lemah ini tidak mampu untuk mengingati semua itu. Ada orang berpendapat bahawa ubat-ubat moden ini hanya akan membawa kepada masalah yang lebih teruk. Contohnya, jika anda mengambil ubat untuk menurunkan tekanan darah anda, anda berkemungkinan besar akan mendapat tekanan darah rendah yang keterlaluan. Maka mereka berpendapat bahawa semua ini adalah rekaan dan propaganda semata-mata dan apa yang perlu kita lakukan apabila sakit adalah dengan kembali kepada Yang Maha Mengetahui. Tetapi ingatlah, bahawa semua ubat yang diambil, dibeli, diberi secara percuma mahupun di offer sebagai sample adalah salah satu cara kita berikhtiar daripada mengharapkan pertolongan dari Yang Maha Berkuasa tetapi tidak berusaha.


"AKU ADALAH SEORANG MAHASISWI DAN AKU MESTI MENELAAH"


p/s: Aku telah menemui kad bank aku tetapi tetap tidak boleh digunakan kerana aku telah membatalkannya semalam. Terima kasih.