Pages

11 October 2010

Malunyerrrr~~

Selesai tutorial Dr MJ, tiba pula masa untuk memeningkan kepala dengan tutorial Dr NA. Segala jenis ubat anti psychotic keluar dalam soalan tutorial beliau. Kami diarahkan untuk mengeluarkan sehelai kertas dan diamanahkan untuk menulis jawapan kami di atas kertas tersebut. Soalan tutorial dipaparkan melalui LCD. Dengan penuh semangat kesukanan aku menjawab 15 soalan yang tertera di skrin. Kerana aku tidak menghafal kesemua nama ubat tersebut, maka masa 15 minit yang diberikan agak lama bagi aku dan kerana tutorial kali ini bukanlah kuiz (tidak perlu hantar jawapan), aku mula menggerakkan jari-jemari aku di atas kertas jawapan aku.

Lebih kurang 15 minit kemudian, masa untuk menjawab tamat. Tetiba, Dr NA membuat satu pengumuman yang telah membuatkan aku diserang tachycardia.

"Sila tulis no. matrik dan nama anda pada kertas jawapan dan hantar ke depan"

Dengan perasaan bercelaru seperti orang yang mengalami Bipolar Disorder, aku menyerahkan kertas aku ke depan. Kemudian, seorang demi seorang pelajar BSH5 dipanggil untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Tetiba, Dr NA memanggil seseorang yang tidak ditulis namanya melainkan tulisan ini yang tercatat di atas kertas beliau.......

"Saya mahu menjadi nuklear farmacist kerana saya akan dapat cuti extra 15-hari"

Dengan perasaan penuh malu, AKU bangun dan menjawab soalan yang ditanya. Sekali lagi aku berjaya memalukan diri aku di hadapan orang ramai. Sekian, terima kasih.