Pages

05 October 2010

Terasa Nak Muntah

Hari ini suasana di BSH5 agak membosankan bagi aku. Hanya satu jam kelas yang berjaya dijalankan pada hari ini di BSH5. Kelas pada pukul 10 & 11 pagi terpaksa dibatalkan gara-gara kesilapan teknikal yang membezakan seorang hamba dengan Penciptanya. Disebabkan suasana kelas yang terlalu 'kondusif' bagi aku untuk meneruskan kewajipan aku sebagai seorang pelajar, aku telah menghabiskan masa aku hanya dengan merepek dan merapu entah apa-apa. Agak menyesal disitu. Kalau aku tahu kelas pada pukul 10 & 11 pagi terpaksa dibatalkan, sudah tentu aku tidak menghadirkan diri ke BSH5 pada pagi ini. Lagi sekali fenomena yang membezakan seorang hamba dengan Yang Maha Mengetahui dapat dilihat disini.

Pada sebelah petangnya, aku ditugaskan untuk membuat presentation dan aku tidak membuat apa-apa persedian langsung pada sebelah malamnya. Apa yang lebih memalukan adalah, aku telah tersalah point a.k.a tidak memahami kehendak soalan. Aku menjawab seperti seorang penghidap Schizophrenia yang kebiasaannya tidak menjwab soalan yang ditanya (percakapan yang tiada kaitan). TAHNIAH WAHAI AKU!

Selesai sahaja presentation, kami menuju ke Kedai Makan Aliya untuk mengisi perut. Cik uniquegurl serta mimi loren juga menyertai kami. Bosan makan di cafe, kata mereka. Kemudian aku kembali pulang ke rumah untuk meneruskan kehidupan dan kewajipan aku sebagai seorang pelajar.


"AKU ADALAH SEORANG MAHASISWI DAN AKU PERLU MENTELAAH"


p/s: Kredit to Cik Snoopy yang telah memberi idea utuk title post kali ini. Beliau loya-loya dan terasa nak muntah. Lapar agaknya.