Pages

29 September 2010

Hari ini

Hari ini ada workshop Analisi Farmaseutikal II. Workshop ini bukanlah seperti bengkel membaik pulih kenderaan mahupun instruments lab yang rosak. Workshop ini dijalankan bagi 'memutuskan' urat mata dan otak aku. Sepatutnya workshop ini dijalankan di BSH3 dimana kelas pelajar Tahun Dua dijalankan setiap hari. Akan tetapi, kami terpaksa berpindah ke Makmal Farmaaseutikal di tingkat 2 kerana pelajar Tahun Dua mempunyai kelas Farmakologi pada pukul 2 petang.

Structure Elucidation sangat seronok sebenarnya jika anda memahami konsepnya. Kesimpulannya, aku dan Cik Bapooh berjaya meng-elucidate 4 structure mengikut cita rasa kami. Habis sahaja workshop, kami menunaikan solat Asar di T1BE dan mengambil van untuk ke Plaza Rah sebelum 'mara' ke kedai RMT. Di hadapan T1BE, kelihatan beberapa buah khemah telah didirikan. Tiba0tiba aku terdengar satu suara, "Ada orang nak kawen kot", kata suara itu. Agak pelik, kerana tiada tanda-tanda seperti pelamin akan diletakkan disitu melainkan tiga kerusi sofa VIP dan satu rostrum ucapan diletakkan di atas pentas. Apa yang merungsingkan aku adalah, pelajar tersebut sangat yakin dan bersungguh-sungguh dalam mengusapkan kata-kata. Sekian.


p/s: Kunci almari aku hilang. Tak ada baju untuk ke kuliah esok =(