Pages

15 September 2010

Konvoi Raya

Beraya, berborak, makan-makan dan me-weng-kan diri bersama kawan-kawan sekolah menengah memang sangat menyeronokkan apatah lagi apabila sudah 4 tahun tidak bersua. Pada tanggal 13 September 2010 bersamaan raya ke-4, aku keluar beraya bersama-sama rakan sekolah menegah ku yang lebih kurang 3-4 tahun tidak ku jumpa. Agak melampau jarak masa itu tetapi itulah hakikat yang perlu anda percayai. Perjalanan kami bermula dari rumah Nurul Asma (my very-very-very best friend) hingga ke rumah terakhir yang kami lawat iaitu rumah Kak Na (seniorku) yang melangsungkan perkahwinan beliau pada hari tersebut.

Lebih kurang 11 orang yang menyertai konvoi ini dengan menaiki 4 buah kereta. Kami masih seperti dulu. Tiada yang berubah. Masih bising, happy go lucky, gila-gila dan yang sama waktu dengannya. Mampukah aku melihat mereka dalam keadaan 'unmatured' seperti pada tanggal 13 September 2010, pada tanggal 13 September 2015??....Semoga ALLAH memberkati kehidupan dan persahabatan kita semua.






p/s: Dapat hadiah buah dokong dari Mard......Thanx!!!