Pages

19 September 2010

Back to KL

Malam tadi tidur di k1 di bilik Cik Dudu. Mulai sekarang aku sudah tidak boleh menggelarkan cik Dudu dengan nama cik Dudu sebab cik Dudu sudah tidak seperti cik Dudu yang sepatutnya mendapat panggilan cik Dudu.

Kami (Mimi Loren, Farah, Lily and *cik Dudu yang bukan lagi cik Dudu*) makan-makan di ex-bilik cik Syima. Macam-macam ada, dari nasi berlauk (lauk yang dimakan ngan nasi himpit) hinggalah potato chips semua dihidangkan. Aku makan bagai nak rak. Semua aku makan. Sedaaaaaaapp~~

Oleh kerana aku takut untuk balik dan tidur seorang diri di plaza rah bertemankan kenangan-kenangan bersama house-mates aku maka aku bermalam di bilik *cik Dudu yang bukan lagi cik Dudu*. Sudah lama tidak aku beraya di k1. Kali terakhir aku beraya di k1 adalah pada tahun 2009 (setahun je pun...hahaha). Harapan aku untuk raya tahun ini adalah aku boleh beraya di k1 lagi pada tahun hadapan.



p/s : Gonna miss all the MOMENTSSSSS we had in k1 especially masa kita buat video 'Beraya di UK.....................M'