Pages

13 September 2010

Beraya di jalan Raya

Tanggal 11 September 2010 bersamaan hari raya ke-2, diriku telah keluar bersama-sama sahabat-sahabat dunia akhirat ku untuk menghadiri 'open house' salah seorang daripada kami berenam. Disebabkan mereka-mereka yang lain tidak mempunyai kenderaan maka aku dengan ikhlas hati menjemput mereka dirumah masing-masing (beraya teruslah kat rumah mereka-mereka itu). Dayah adalah insan terakhir yang aku jemput sebelum kami bergerak ke rumah Nadia.
Selesai makan-makan (gulai daging kambing mmg sgt besss) dan borak-borak, diriku menghantar mereka pulang ke rumah masing-masing. On the way ke rumah Mella, kami ter-stuck dalam jem yang agak teruk. Dengan perut yang kenyang, badan yang letih, diriku terus mula rasa berat mata. Mella sudah lama tidak memandu kereta dengan transmission manual dan Acah pula mengalami komplikasi yang sama seperti diriku. Sudahnya, diriku juga yang jadi driver dalam keadaan mengantuk. Memang diriku akui bahawa diriku terlelap ketika menunggu kereta di hadapan bergerak. Agak merbahaya disitu.
Untuk menghilangkan rasa mengantuk, diriku mula mencergaskan minda memikirkan perkara yang perlu dilakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Haaa!. Diriku terus menekan button lampu hazard dan kedua-dua belah signal kereta ku terus menyala. Kereta dihadapan mula bergerak dan aku tetap membiarkan kereta ku dalam keadaan free gear. Apalagi, menggelabah lah orang di belakang. Beliau mula membunyikan hon tetapi tidak diriku endahkan. Setelah dua tiga kali beliau membunyikan hon barulah diriku menggerakkan kereta. Apalagi, macam nak terbalik kereta ku dengan gelak-tawa kami bertiga. Barulah mata mula rasa segar dan diriku berjaya membawa Mella dan Acah pulang dengan selamat. Alhamdulillah.



p/s: Kalau nantuk mase drive, carilah pekerjaan yang boleh membuatkan anda tergelak sampai nak pecah perut....kah3