Pages

22 April 2010

Dulu-Kini-Selamanya MUDA

Aku tak sangka bahawa aku akan tergolong dalam golongan pelupa seperti entri aku sebelum ini. Tapi tahap ke-pelupa-an aku tidaklah seteruk kawan blogger yang aku tak kenal tu. Pada malam 22 April 2010 (malam tadi lah) aku menerima beberapa mesej dan wall post kat facebook yang mengucapkan Selamat Hari Jadi untuk aku. Saat aku menatap monitor laptop aku yang sangat berjasa ini, satu perasaan pelik dan ingin tahu timbul di fikiranku. Kenapa mereka-mereka ini mengucapkan Selamat Hari Jadi kat aku terlalu awal kerana hari lahir aku 24 April, aku bermonolog sendiri. Adakah kalendar aku salah? Tak mungkin lerana petang tadi (21 April) aku baru sahaja menduduki peperiksaan Pelbagai Sistem Tubuh dan Terapi yang macam nak membunuh soalannya. Kemudian aku berfikir-fikir lagi,kenapa?? Akhirnya aku mendapat jawapanya setelah aku melihat column profile ku di muka buku.

Information
Siblings:
Amiko Mohamado
Junaidah Awi
Mattshinodamiya Zin
Asmahani Mokhtar
Birthday:
April 22, 1989

Bithday aku 22 April rupanya. Ish malu nya memang tidak terkata. kah3

Sempena epi besday aku yang ke-21 ini, ingin aku mengucapkan ribuan,jutaan berbillio-billion terima kasih buat Tuan Haji Mokhtar bin Salleh dan Puan Hajjah Maziah binti Saleh atas jasa,kesabaran dan segala-galanya yang telah diberikan kepada anakmu yang kronik ini. Terima kasih umi kerana melahirkan saya. Terima kasih kepada mereke-mereka yang ingat dan wish haapy birthday kat aku.

Check-list untuk tahun ke 21 aku hidup :

1. Tambahkan amalan dan ilmu agama
2. Ingin menjadi anak,kakak, adik, cik anjang, kawan, STUDENT dan pharmacist yang paling terbaik (sori cg BM, tatabahasa memang lingkup)
3. Semoga aku lebih prihatin dengan keadaan orang sekeliling aku
4. Menjalankan kehidupan yang lebih normal (buat masa sekarang agak serabut)
5. Menjadi lebih 'weng'-MATANG itu sesuatu yang RUMIT




p/s: Moga-moga semuanya selamat (caption iklan keselamatan jalan raya)

21 April 2010

Bunga oh Bunga

Malam ini aku terasa sangat seronok kerana aku berjaya mengingati nama sejenis bunga yang aku rasa agak unik. Pada satu malam itu, aku teringat tentang bunga ini tapi aku lupa apa namanya jadi aku bertanya pada tok joro punye tuan sama ada dia pernah mendengar nama sejenis bunga yang pelik ini. Macam-macam nama yang aku keluarkan, sampai nama cenderawasih pun tersenarai (nama sejenis burung). Akhirnya malam in aku berjaya mengingati nama bunga tersebut iaitu BUNGA BAKAWALI dan jika anda masih ingat ada satu lagu bertajuk Bakawali yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Syura pada suatu ketika dahulu.

Bunga ini memang unik, ada orang kata ia hanya kembang tepat pada jam 12 tengah malam tapi aku tak tahu sejauh mana kebenarannya sebab aku tak pernah tunggu untuk melihat evolusi perkembangan bunga tersebut. Umi ada menanam bunga ini di depan rumah kami, dan bunga nya hanya akan tumbuh sekali setahun dan kemudian pokoknya akan mati tapi ia meninggalkan 'anak' jadi tahun hadapan akan tumbuh lagi sekali. Bunga ini sangat harum. Bayangkan, keharuman bunga ini boleh dihidu sampai ke dapur rumah aku (kat bahagian belakang rumah). Di sini ingin aku kongsi gambar bunga BAKAWALI ini dengan anda semua yang diambil dari pokok depan rumah aku.






19 April 2010

Beast Feeding

Aku baru sahaja habis mentelaah tentang ubat-ubat yang memang dicari dan sangat glamour dikalang orang yang ingin kuruskan badan iaitu mereka yang mempunya masalah obesiti. Ada tiga jenis ubat yang aku belajar (ada banyak lagi ubat yang available tapi dalam notes ada 3 jenis je) iaitu Orlistat, Sibutramine dan Phentermine. Seperti mana yang kita tahu (kalau tak tahu, boleh lah jadikan ini sebagai info) semua ubat mempunyai side effect, interactions dan contraindication. Salah satu contraindication Orlistat adalah breast feeding dimana ubat ini tidak boleh diberikan kepada wanita yang menyusukan anak. Bila aku terbaca fakta ini, satu memori manis dan memalukan telah menerjah minda aku yang tengah 'weng' ketika itu kerna terlalu banyak nama ubat yang perlu dihafal dan difahami. Kejadian ini berlaku pada tahun 2009, semasa aku berada di tahun 2-sem 1 sesi 2009/2010 di BSH3, UKMKL.

Group aku kene present tentang MMR (Mumps, Measles dan Rubella ) vaccine dan presentation immunologi ini dikendali dan dinilai oleh Dr Hesham. Aku kene present tentang alternatif pencegahan lain selain vaccine yang available dan ada satu point aku tentang breast feeding women. Nak dijadikan cerita, aku ni memang ada masalah nak sebut perkataan breast feeding. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Semasa aku present tu, entah macam mana aku boleh tersebut 'beast feeding' aku pun tak tahu. Apa lagi, budak-budak yang dengar tu terus lah gelak dan semestinya Cyclonians gelak bagai nak rak sebab mereka tahu yang aku memang tak boleh sebut perkataan itu dan mereka memang sangat alert pasal ni. Aku dengan muka innocent dan untuk cover malu,terus membetulkan sebutan aku dengan bantuan cik uniquegurl7 yang duduk di barisan kedua dalam BSH3. Selesai sahaja presentation, aku balik ke tempat dan seraya itu juga cik mimi-loren berkata kepada aku...

'Kau ni memang teruk. Kera di hutan disusukan, anak dirumah dibiar kelaparan'

Saat itu juga aku sedar bahawa aku ini memang seorang mencinta haiwan kerana sanggup memilih kera daripada anak sendiri.

p/s: Kepada mereka yang tidak memahami..Kera di hutan disusukan, anak dirumah dibiar kelaparan = Beast feeding

18 April 2010

"Keluarga Saya"

Sesungguhnya tidak ku ketahui bahawa karangan seperti ini wujud.Entah dari mana mereka mendapat karangan ini, aku sendiri tidak dapat memastikannya. Enjoy!!







p/s: Kepada bakal-bakal ibu, jangan cerita tentang ex-bf anda kepada anak-anak =p

Rezeki

Tadi umi call aku. Biasalah, beliau memang tak boleh nak sorok rasa gembira beliau tu. Of course lah, mak mana yang tak happy bila anak-anak beliau bakal menjadi ayah dan ibu. Alhamdulillah, tahun 2010 ni sahaja kami telah menyambut 2 orang baby lelaki dan bakal menyambut kehadiran 4 lagi orang ummat Muhammad yang bakal menjadi khalifah di Bumi ALLAH ni dan mewarnai kehidupan kami.

Baby yang pertama ialah Izz Humaidi bin Amran yang dilahirkan di Hospital Putrajaya pada 3 Januari 2010 dan beliau adalah pembuka kepada kedatangan orang baru dalam keluarga kami untuk tahun 2010. Pada tanggal 11 April 2010 baru-baru ini pula, seorang lagi putera telah selamat dilahirkan walaupun ibunya tersangat lah kecoh sampai satu hospital dengar suara beliau menjerit

" NURSE!!! SAYA NAK BERANAAAAAKK!!!!!"

Baby lelaki yang seberat 2.5kg itu telah diberi nama Iqbal Danish bin Adid Shazreen, anak kepada kakak aku yang ke-6 yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada bulan Jun tahun lepas. Bulan Mei nanti lagi seorang baby akan keluar untuk mengucar-kacirkan rumah nenek dan atuk serta bilik cik anjang beliau. Adoiiyyaaiii. Kemudian bulan Julai dan Ogos lagi 2 orang anak kecil bakal melihat wajah auntie-auntie dan uncle-uncle mereka yang 'weng' nie. Dan yang terakhir atau penutup untuk tahun 2010 adalah baby kakak aku yang ke-7 yang bakal dilahirkan pada bulan Disember ni. Alhamdulillah, syukur atas kurniaan dan rezeki yang diberikan kepada kami. Semoga anak-anak ini menjadi khalifah yang bakal memberi kesejahteraan dan kemajuaan kepada agama Islam, keluarga En Mokhtar, bangsa Melayu or Cina (adik ipar aku keturunan Cina), negeri Terengganu dan Perak (abg Edy orang Perak) serta negara Malaysia.


Izz Humaidi bin Amran pada hari kedua beliau menghirup oksigen sendiri


Iqbal Danish bin Adid Shazreen



p/s: Jangan tanya bila aku nak kahwin, okey!!!

Lihat Rambutku, Rampingkan~


Malam tadi aku tidur agak lewat. Memang lewat rasanya, lepas subuh baru aku tidur. Dalam pukul 4pg tadi ada seseorang telefon aku meluahkan perasaan tension dan keresahan beliau terhadap seseorang. Sebagai seorang pendengar yang setia (setia la sangat) aku mendengar masalah beliau dengan bersungguh-sungguh dan cuba memberi sedikit nasihat. Tak tahulah nasihat aku itu bisa diguna dan dipraktik atau tidak tapi beliau menerimanya dengan hati terbuka (pandai je aku buat assumption..hehe). Disebabkan itu, aku bangun agak lewat tadi. Trimas buat cik uniquegurl7 kerna tolong kejutkan aku melalui panggilan beliau. Okey, mari kita kembali ke pangkal jalan. Sebenarnya rentetan dari kejadian diatas mengingatkan aku kepada satu kejadian apabila aku duk syok menyisir ranbut aku pagi tadi.

Kejadian ini berlaku disebuah bilik di sebuah rumah yang terletak ditengah-tengah bandar Seksyen 7, Shah Alam a.k.a rumah kak long. Ketika itu aku sedang menyisir rambut aku bila cik Amna Zahira masuk kedalam bilik.

Cik anjang yang baik : Kak Amna dah mandi?

Amna Zahira : Dah, mandi dengan kakak tadi. Tadi Kak Amna ketuk bilik cik anjang, cik anjang tak bukak pun.

Of course ler, aku tengah bersiram kot masa tu. Kemudian dia menyambung seraya melihat ke arah rambut aku.

Amna Zahira : Cantiknya rambut cik anjang. Tengoklah rambut kak Amna ni, macam orang gila kan??

Terkejut aku mendengar pengakuan ikhlas cik Amna. Biasanya beliau tak mengaku yang rambut beliau sebenarnya kerinting. Beliau selalu cakap rambut kak Hasya kerinting tapi tak sedar rambut dia lagi hebat kerintingnya. Kami juga selalu panggil beliau 'Mak Som' yang dalam Hikayat Putera Shazlan tu. Sometimes tu beliau marah gak tapi kebiasaannya beliau layan je. Beliau menggelarkan cik lang beliau senagai 'Shazlan'. Kalau beliau tak puas hati dengan kakak aku, beliau menjerit lah

"SHAZLAAAAAAAAAAAAAAAAAN!!!!!!!!!!"



Cik Amna yang pakai baju kuning tu



Kak Hasya si baju hijau


Mak Som-lakonan Abby Abadi



p/s: Kepada mereka yang mempunyai masalah atau keresahan, banyak2 bersabar dan berdoa kepada ALLAH supaya dikuatkan iman dan ketaqwaan.

Proton-pump Inhibitor (PPI)


Kepala sudah semakin pusing macam restoran berputar KL Tower. Maybe sebab sudah mengantuk kot atau mungkin juga pening dengan lecture notes yang masih belum diselesaikan tanggungjawabnya. Lagi satu jenis drug yang ingin dikongsi disini iaitu Proton-pump Inhibitor (PPI). Drug jenis ini digunakan untuk menghalang rembesan asid dari parietal cell dalam perut kita sekaligus mengurangkan risiko gastric ulcer.

PPI ni macam passport yang dah tamat tempoh dan akan inhibit proton-pump yang bertugas sebagai pegawai kastam untuk membenarkan migration K+ dan H+ untuk keluar masuk melalui sempadan sel. Migration kedua-dua proton ini akan menyebabkan peningkatan kadar jenayah yang akan dilakukan oleh Histamine (dirembes dengan banyak) membawa kepada kerosakan dinding GIT. Struktur PPI terdiri daripada 2-pyridylmethyl, benzimidazole ring dan sulfinyl group. Contoh PPI yang available kat market adalah omeprazole,esomeprazole, lansoprazole, pantoprazole dan rabeprazole.

PPI yang available ni semua dalam keadaan inactive bermaksud ia perlu di-aktif-kan di dalam badan orang yang mengambilnya. Akan tetapi ia bukanlah prodrug kerana tiada sebarang enzyme diperlukan untuk reaction tersebut. 2 Nitrogen atom akan di-protonated-kan dan di-arrange-kan untuk membentuk disulfide bond antara sulfinyl group dan receptor. Keadaan berasid perut kita membantu proses ini.

Sehubungan itu, dilampirkan hasil seniku yang kedua di atasa kertas tisu tentang drug ini. Entah kenapa kertas tisu ini membuat aku lebih berkobar-kobar untuk menulis. Rasanya aku patut kemukakan cadangan untuk jadikan kertas tisu ni sebagai answer script aku...keh3 =p


SAR of PPI


Activation of Omeprazole


p/s: Malasnya aku nak baca H-antagonists...huhuhu...sowi la gamba senget, cam kepala tuannya skang

NSAIDs, Analgesic and Drug for Gout Treatment


Aku baru sahaja selesai memeningkan kepala dengan membaca nota NSAIDs, Analgesic dan ubat untuk gout treatment. Agak seronok juga buat reversion dengan tajuk ni sebab dulu pernah buat assignment tentang tajuk ni jadi aku sudah ada sedikit info tentang semua drug ni. Senang la sikit nak faham. Tapi aku pun tak tahu kenapa aku guna material ni sebagai tempat untuk aku membuat nota aku sendiri. Sebenarnya aku malas nak ambil kertas kat atas rak tu walaupun rak tu cuma atas kepala aku je. Kebetulan benda tu memang sudah tersedia di atas meja study aku (terlebih ambil masa lap air yang tumpah tadi) jadi aku guna je la kertas tu....KERTAS TISU!!! Inilah hasil seni yang telah aku cipta selama 1jam setengah aku study tadi.




p/s: Sori lah kalau korang tak nampak atau tak boleh baca apa yang aku tulis. Untuk info lanjut, sila refer lecture note Dr Hesham yerr (untuk Rx2 je la)

17 April 2010

Adakah......Mungkinkah......Itu,itu,itu.....


Kejadian ini memang agak memalukan dan annoying (kepada orang yang terlibat lah~). Semalam pada pukul 3.30ptg, aku ada paper Pensterilan dan Aseptik. Paper ni dijalankan selama 2jam, jadi masa tamat adalah pada 5.30ptg. MasyaALLAH soalan memang TERSANGAT SUSAH boleh dikatakan tahap kesusahan drug hydrophilic nak merentasi blood brain barrier. Tapi alhamdulillah aku berjaya mengharungi dengan penuh ketabahan dan kesejukan (kebetulan aku duduk betul2 depan air-cond). Dalam ke-khusyuk-kan pen aku menari di atas answer booklet kerana ketika itu jam telah menunjukkan pukul 4.30ptg dan aku tergesa-gesa menulis kerna aku sangka masa tamat pada pukul 5ptg, tetiba satu bunyi telah mengganggu aku. BUNYI TELEFON!!!!!

Dalam hati aku memang dah sumpah serenah sapa punya telefon lah tu agaknya. Mengganggu betul!! Akak lab yang menjaga peperiksaan mula menyelongkar bakul dimana semua handset pelajar diletakkan (tak semua sebenarnya, aku nmpak ada budak yang simpan enset ye lam poket). Setelah menyelongkar, beliau berjaya men-senyap-kan telefon itu. FUHHH~~lega.

Selang beberapa minit kemudian, telefon itu berbunyi lagi dan lagi sekali aku naik geram. Rasa nak langgar je belakang kereta tu. Owh ayat ini tiada kaitan rupanya. Dengan serta-merta Prof Fuad dan Dr Fern mencari-cari sumber bunyi itu dan sekali lagi mereka berjaya men-silent-kan keadaan. Sekali lagi telefon itu mengeluarkan bunyi yang annoying itu dan ketika itu jam telah menunjukkan pukul 5ptg. Kemudian Dr Fern mengangkat telefon yang annoying itu dan seraya itu juga aku mata ku bertentang dengan gadget tersebut.

'Erk! Adakah......Mungkinkah......Itu,itu,itu.....'

Yea!! Memang sah, itu adakah TELEFON AKU!!!!!!!!!!

Memandangkan masa masih bersaki 30 minit dan aku yakin bahawa 'alarm' yang aku set tanpa sengaja itu akan berbunyi lagi jika tidak dimatikan. Dengan muka slumber dan tak bersalah aku menuju ke arah Dr Fern dan berkata,

Aku yang tak bersalah : Err, Dr sebenarnya telefon saya yang bising tadi. Sowi2

Dr Fern : Owh, I dah matikan tadi. Tapi tak tahu lah kot-kot diye bunyi lagi.

Aku yang tak bersalah : Takpe-takpe, saya cabut je bateri terus. Hehe.

Dr Fern : Bagus gak tu, kesian dak-dak depan nih.

Pabila aku menuju ke tempat duduk,aku dapat melihat mereka yang di depan cam dah kumat-kamit mulut mereka. Mesti diorang bengang dengan aku dan telefon ku yang kesian itu. Dengan itu, aku ingin menyusun 10 jari MEMOHON 1000 KEAMPUNAN DAN KEMAAFAN kepada mereka yang terganggu konsentrasi pada hari itu. SORRY SANGAT SANGAT SANGAT.


'SELAMAT MAJU JAYA'

Inilah telefon ku yag kesian itu...huhuhu

14 April 2010

Untitled

Kehidupan ini
Diwarnai dengan kesusahan
Diterangi dengan kesengsaraan
Dipenuhi dengan dugaan

Jangan berputus asa
Mengubah persepsi
Mencipta satu inspirasi
Menjadi diri sendiri

Kesakitan
Mengajar kita berusaha
Mengubah segala-galanya
Mendekatkan kita kepada Yang Esa

Kegembiraan
Jarang bertandang
Jangan biar ia hilang
Jika hidup selalu girang..........
SEGALANYA LEBIH SENANG!!!!!



13 April 2010

~Dem@M~

Sekarang adalah musim demam. Demam Piala Dunia, demam Piala FA (NS menang), demam H1N1 dan yang paling menggerunkan adalah DEMAM PEPERIKSAAN. Ingin aku berkongsi tips-tips sepanjang menjalani rawatan untuk demam ini.

1. Jangan minum air reverse osmosis (RO) kerana air ini dikhuatiri akan menyebabkan anda diarrhea, nausea dan vomiting kerana tahap ke-steril-an nya diragui.

2. Jangan merewang ke bilik kawan-kawan anda kerana anda akan tertekan melihat mereka study.

3. Sila check jadual peperiksaan anda supaya anda tidak tersalah tempat peperiksaan dan anda akan mengalami ke-malu-an yang sangat besar apabila anda menceritakan perkara tersebut kepada rakan sejawat anda.

4. Kepada mereka yang mempunyai kenderaan, anda dinasihatkan supaya jauhkan diri anda dari kenderaan anda (kecuali ada kepentingan) kerana anda mungkin tidak dapat pulang untuk menduduki peperiksaan kerana anda sesat setelah merewang entah ke mana.

5. Gosok dan sediakan pakaian anda sehari sebelum hari peperksaan kerana baju anda yang berkedut seribu akan menganggu konsentrasi orang di belakang anda.

6. Anda disarankan untuk melihat nombor meja anda yang tertulis di atas meja supaya anda tidak berlari hingga ke belakang barisan kerana anda lewat masuk ke dewan peperiksaan sedangkan meja anda di barisan hadapan sekali.

7. Pastikan anda mandi sebelum ke dewaan peperiksaan kerana bau anda yang menusuk kalbu akan menybabkan hidung orang di sekeliling anda rosak.

8. Pastikan anda memadam lampu apabila tidur kerana lampu anda yang menyala akan menggelisahkan rakan anda kerana mereka fikir anda sangat rajin study.

9. Jangan main mercun yang boleh menyebabkan jari anda putus kerana anda tidak dapat menulis dengan jari anda yang telah putus ataupun kaki kerana hanya kasut tertutup dibenarkan dan jika anda membuka kasut untuk menulis dengan kaki maka anda dikira tidak memakai kasut tertutup, mahupun mulut anda sebab anda tidak dibenarkan makan atau minum didalam dewan, jika anda menggunakan mulut, habuk serta debu di pen anda akan masuk kedalam mulut dan anda disabitka kesalahan makan ketika peperiksaan dijalankan.

10. Jangan bermain dengan bahan mudah terbakar kerana anda boleh mengakibatkan asrama anda terbakar sekaligus dewan peperiksaan juga akan terbakar dan peperiksaan terpaksa ditangguh ketika musim cuti. Ini akan MENYUSAHKAN ORANG LAIN!!!!!!

SELAMAT MAJU JAYA

Near Death Experinces

Near Death Experiences (NDEs) adalah satu perasaan dimana seseorang itu akan merasa seperti beliau berada di alam lain (meninggal dunia). Beliau akan nampak satu cahaya yang sangat terang, melihat rohnya meninggalkan badan atau berjumpa dengan saudara terdekat yang telah meninggal dunia.

Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan, para saintis merumuskan bahawa sindrom ini berkait rapat dengan kepekatan Carbon Dioxide (CO2) di dalam sistem peredaran darah. Akan tetapi, pathophysiology sindrom ini masih tidak dapat dijelaskan. Seorang psychologist dari Anomalistic Pscychology Research Unit dari University of London mengatakan bahawa peningkatan kepekatan CO2 dalam sistem peredaran darah boleh menyebab symptom seperti NDEs. Dipercayai bahawa CO2 boleh menyebabkan brain dysfunction (merosakkan kebolehan otak untuk mentafsir impuls) membawa kepada Near Death Experiences.

sumber : National Geographic News

12 April 2010

Cantiknya~

Aku pun tak tahu kenapa aku letak gamba ni dalam blog aku. Even entrinya pun aku tak tahu nak letak tajuk apa. Sekadar mengagumi tentang keajaiban alam ciptaan ALLAH







Bila Hati BERKARAT

Abdullah Bin Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya hati-hati ini akan berkarat sebagaimana besi berkarat apabila terkena air”
Baginda s.a.w ditanya, “ Ya Rasulullah apakah penggilapnya?” Rasulullah bersabda:
Banyakkan mengingati mati dan membaca al-Quran.”
(Hadith riwayat Baihaqi)

Dosa yang banyak dan tidak mengingati ALLAH akan menyebabkan kita terus leka dan akan menggelapkan hati kita. Dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati dapat membantu kita membersihkan hati yang berkarat. Hati ini ibarat cermin yang akan memantulkan cahaya makrifat seseorang hamba. Jika kabur sekeping hati, maka cahaya makrifat itu tidak dapat dipantulkan dan begitulah sebaliknya. Lantaran itu keinginan untuk melakukan melakukan kebaikan tidak wujud lagi dalam hati yang berkarat, sebaliknya hati itu hanya akan cenderung kearah keburukan. Semoga ALLAH S.W.T menyelamatkan kita daripada keadaan seperti itu.

Keadaan ini telah di bayangkan oleh Al–Quran dalam surah Al-Mutaffifin, ayat 14 yang bermaksud:

“Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.”

Dalam satu hadith yang lain Rasulullah s.a.w bersabda,

“ Aku meninggalkan dua penasihat, satu yang berkata-kata dan satu lagi yang diam. Yang berkata-kata itu ialah Al-Quran yang mulia dan yang diam itu ialah mengingati mati.”

Oleh itu, marilah kita sama-sama menyucikan hati kita demi mencapai kebahagian kehidupan di dnia dan di akhirat.

Sekian. Sekadar renungan dan peringatan.

08 April 2010

|| Patient's Compliance ||

Patient's compliance adalah perkataan yang sentiasa dititik beratkan oleh seorang pegawai Farmasi, tidak kira dari skop hospital atau industri. Perkataan ini melambangkan sejauh mana pesakit mereka mematuhi dan memahami arahan untuk mengambil ubat. Di Malaysia, kesedaran tentang pentingnya pengambian ubat mengikut sukatan dan waktu yang ditetapkan amat rendah. Ada antara rakyat Malaysia (even pelajar Fakulti Farmasi sendiri) yang tidak pernah menghabiskan sukatan Anti-biotic mereka. Ini akan membawa kepada masalah rintangan bakteria tersebut terhadap ubat yang dibekalkan. Tetapi dalam entri aku kali ini, aku ingin berkongsi satu cerita mengenai seorang pesakit yang sangat mematuhi sukatan dan waktu pengambilan ubat beliau.

Pada satu senja yang permai, seorang cucu memasuki bilik neneknya untuk melihat keadaan neneknya yang baru sahaja lepas menjalani pembedahan mata. Dilihatnya nenek tua itu sedang berbaring di atas katil. Tiba-tiba si nenek bangun dari pembaringan dan segera menuju ke tandas. Si cucu yang dari tadi melihat gelagat neneknya hanya mampu berdiri kaku dengan penuh tanda tanya. Sebaik sahaja si nenek keluar dari tandas, terus si cucu bertanya kepada neneknya. Maka bermulalah perbualan antara mereka berdua.

Cucu yang prihatin : Nape tok (tok adalah panggilan nenek di Terengganu) tetiba je bangun ke tandas? Tak tahan nak buang air ke?

Tok : Eh, tak adelah. Tadi nenek TERTITIS ubat mata tu 2 TITIS tapi doktor cakap letak 1 TITIS je.

Cucu yang prihatin : Jadi apa kaitannya dengan kunjungan tok ke tandas?

Tok : Owh, tok pergi cuci mata dulu. Ni nak letak ubat tu 1 TITIS balik macam yang doktor suruh tu.


p/s : Tiada manusia yang tercedera pada hari kejadian hanya sebilangan kuman dan bakteria yang meninggal dunia setelah mendengar ketawa yang sangat kuat oleh si cucu tersebut.

04 April 2010

Everything is all about the LIFE............

'LIFE' is a documentary series shown in Discovery Channel to reveal and share with the audience the AMAZING part of the Earth. This 10 series show will be played in Discovery Channel every Sunday at 8pm starting from 21 March 2010.







p/s: OMG, I'm craving for this show

02 April 2010

.:CAMPING:.

Tengah hari tadi kak long call bertanya samada aku akan bertandang ke rumahnya atau tidak. Tiba-tiba terasa skema pulak ayat aku kali ini. Mungkin penangan buku Diari Mat Dispatch yang aku baca di bilik Wawa malam tadi. Buku ini menggunakan bahasa Melayu yang standard (walaupun ianya sebuah diari) kerna watak utamanya akan menduduki peperiksaan Bahasa Melayu Tinggi. Cukuplah mengenai mat dispatch, kembali kepada panggilan kak long tadi.

Kak long memberitahu aku bahawa cik Amna tiada di rumah kerna dia sedang mengikuti program anjuran Tadika beliau untuk dua hari. Aku sangat terkejut apabila kak long memberitahu aku bahawa cik Amna sedang ber-camping di Tadika beliau. Setahu aku, cik Amna ini memang tidak boleh berpisah dengan mama beliau. Sehinggakan aku ajak tidur sebilik dengan aku pun beliau tidak mahu. Padahal bilik mama beliau hanya sebelah bilik aku sahaja. Rindu kata nya.

"Kak Amna rindu mama laa. Kak Amna nak tidur ngan mama". Itulah alasan yang biasa beliau beri.

Kak long cakap cik Amna sangat excited nak pergi ber-camping hinggakan tidur malam pun bermimpi pasal camping. Malam sebelum camping tu dia sudah siap galas beg, nak test samada beg tu berat atau tidak. Siap ada check list, tapi satu benda pun kak long tidak faham apa yang cik Amna Zahira tulis. Kata kak long lagi, Tadika cik Amna sudah lengkap dengan khemah serta set up untuk aktiviti mereka. Nampak macam kem Khidmat Negara pun ada (siap dengan baju askar). Bayangkan budak umur 4 tahun pergi berkhemah dan menjalani latihan ala-ala askar, mesti cute. Bagi aku ini satu cara untuk mengajar beliau supaya lebih berdikari dan belajar untuk lebih matang (kononnya). Jadi aku harap cik Amna tabah menghadapi dugaan, cabaran dan kerinduan yang bakal beliau tempuhi. GOOD LUCK CIK AMNA ZAHIRA!!!!!

p/s: Sori kak long, cik anjang tidak dapat bertandang ke rumah anda untuk minggu ini. HUHUHUHU =(

01 April 2010

Titiwangsa??

Habis sahaja kuiz AF yang sangat 'menghiburkan' yet 'mengerikan', aku menemani rakan ku yang sentiasa setia duduk disebelah incik kipas dalam BSH3 untuk membeli tiket pulang ke kampung. Sebenarnya aku berasa sangat bersalah terhadap beliau kerna mengganggu beliau malam tadi sampai pukul 3pg. Sowi yer kepada beliau yang berkenaan itu.

Kami singgah ke cafe kerna beliau belum breakfirst, jadi aku menemani beliau makan kuih yang berharga RM1.00 (2 burger M'sia, 1 kuih yang tidak ku kenali nama nya). Kemudian kami melintasi pondok abang guard untuk ke stesen monorel Chow Kitt. Dalam perjalanan, aku memberitahu beliau sesuatu yang amat menggembirakan hati beliau sehingga beliau kelihatan seperti ingin terbang ke awan sambil menabur kelopak2 bunga ros ke seluruh pelusuk alam.

Aku : Ko tau tak stesen Pudu tak jadi tutup. Ari tu aku terbace kat signboard mase aku duk syok dating ngan En. TAJ.

Beliau : Eh betul ke??!! Klu camtu aku nak balik hari nie lah. Beli tiket petang ke? Okey gak. Nape ko tak gitau aku awal-awal?

Beliau sangat happy dan kami meneruskan perjalanan kami. Sebelum ke stesen monorel, kami singgah sebentar ke 7-11 kerna beliau ingin mengeluarkan duit. Selesai sahaja keluarkan duit, kami terus bergerak ke stesen Chow Kitt menuju Titiwangsa untuk membeli tiket di Pekeliling. Beliau belanja tiket monorel aku kerna aku tidak membawa dompet ketika itu. Sampai je Pekeliling terus kami menuju ke kaunter tiket.

Beliau : Bang, tiket Kuala Lumpur - T***K I***N hari ni ade?

Abang kaunter : Pukul 11pg, 12tgh hari. Setiap 1 jam ade.

Beliau : Hmmm...petang sket ade tak?

Abang kaunter : Pukul 6

Beliau : Ok2...lagi satu, tiket dari T***K I***N - KL, 3 haribulan, kul 10pg.

Abang kaunter : Okey, RM20+
(aku lupa berapa harga tiket nya tapi memang separuh harga tiket aku balik kg untuk sehala, okey!!)

Kemudian kami bergerak ke stesen Titiwangsa dan lagi sekali beliau belanja tiket monorel aku.

Beliau : TITIWANGSA dua

Akak kaunter : ????

Beliau : TITIWANGSA dua!!!...eh, salah Chow Kitt dua

Aku: KAH!!KAH!!KAH!!KAH!!

Aku kat belakang macam dah nak tergolek-golek gelak. Akak kaunter tu tersengih-sengih tahan gelak. Anyway, aku berterima kasih kepada beliau kerna dapat menceriakan hati aku yang sangat sedih ini kerna tidak dapat pulang ke kampung. TQ!!



p/s: Semua dialog adalah rekaan semata-mata kecuali bab Titingwasa. Semua orang nak balik kampung......Cah, nak balik gak!!!!!!!