Pages

10 November 2010

Brain Decaying

Baru tersedar.....
Aku perlu berusaha dengan gigih....
UNTUK MENDAPATKAN CUTI RADIASI SEBANYAK 15-HARI!!!!

Blog Updating

hmmmm~~....tiada apa yang ingin ditulis
Esok paper last n last nite aku berada di 14-8 sebulum kembali sambung pengajian on 19/11
Paper kul 3.30 dan berakhir pada jam 5.30
FARMASI NUKLEAR------------------->>>> SAYA SAYANG n SUKA SAMA KAMUUUUU~~~

05 November 2010

KLCC dan Parking-lot-nya

Hari ini,seperti hari-hari sebelumnya, bangun tidur, tunai kan segala kewajipan kepadaNya, mandi, makan, study, me-weng-kan diri, main-main. Ada satu perkara yang berlaku pada hari ini tetapi jarang sekali berlaku pada hari-hari lainnya. Hari ini aku telah ke KLCC bertemankan en TAJ untuk mencari sesuatu yang bagi aku sangat penting untuk menunaikan segala janji dan niat yang ingin aku kotakan.

Bergerak ke KLCC dalam pukul 2.30ptg dan pulang ke rumah 14-8 pada jam 4.00ptg. Begitu banyak masa dihabiskan disana bukanlah kerana aku sengaja menghabiskan masa tersebut. Aku sebenarnya telah tersalah aka tidak menjumpai tempat parking. Aku keliru dengan keadaan parking lot di KLCC dan ini menyebabkan aku berlegar-legar di tempat parking selama 5-7minit. Alhamdulillah kerana aku berjaya mencari jalan pulang dan kredit to 'abang guard' juga kerana aku berjaya meng-konfem-kan kedudukan parking 3C melalui beliau.

Segala barang yang diperlukan telah berjaya dibeli. Tinggal sekarang adalah, bagaimana mekanisma untuk menghulurkan barang-barang tersebut kepada orang yang berhak. Masih dalam siasatan dan perancangan tentang mekanisma tersebut. Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Missing-in-Captured

Since ada 'someone' komen kat post aku Luv U Guyz 4-Eva, jadi aku perlu letak satu gambar baru bagi menggantikan wajah 'someone' itu yang missing-in-captured

Cuba teka siapakah 'someone' itu??...hehe

~BLURRR~

Bila hati mula berbicara
Mulut dan seluruh anggota terdiam
Mula memikirkan 'apakah betul kata HATI?'
Jika betul, apa yang perlu dilakukan?

Aku mula terfikir
Adakah setiap langkah yang aku ambil
Keputusannya datang dari AKAL dan HATI
Yang dikurnia oleh Ilahi

Mungkin betul kata mereka
Keputusan kerana NAFSU dan TERBURU-BURU
Akan menyebabkan aku terus HANYUT
Apabila ianya tidak menepati hukum Mu

Aku berdoa semoga keputusan yang dibuat adalah BETUL
Berteraskan AKAL, HATI dan IMAN
Agar aku sentiasa dibawah lindungan Mu
Pimpinlah aku wahai Yang Maha Bijaksana

04 November 2010

Luv U guyz 4-eva

Inilah wajah mereka-mereka yang sentiasa membuat aku tersenyum apabila aku terasa kecewa. Trimas wahai kawan-kawan ku. Semoga persahabatan kita di rahmati ALLAH.

Anak-anak Jati TERENGGANU


Cyclonians



"Semangat 14-8"



TEMAN.....

Maafkan aku jika aku tidak sempurna
Maafkan aku jika aku tidak bisa menjadi yang terbaik buat mu
Maafkan aku jika membuat kau terluka
Maafkan aku jika membuat kau kecewa

Aku tidak bisa membuat dirimu bahagia
Tetapi aku cuba untuk menjadi yang terbaik buatmu
Ingin aku merawat luka mu
Tetapi tidak bisa aku lakukannya
Kerana aku adalah aku

Maafkan aku bila aku berdiam diri
Bukan bermaksud ingin membawa diri
Tetapi aku tidak tahu dari mana harus ku mula
Kerana aku bukanlah seorang pujangga yang pandai berkata-kata

Aku mungkin bukan seorang teman yang mampu membuat kau bahagia
Aku mungkin seorang teman yang selalu membuat kau terluka
Aku hanya ingin melihat kau gembira
Aku harap dapat melihat engkau kembali dengan senyuman yang sentiasa membuat aku bahagia

Maafkan aku wahai teman