Ada tiga orang chef lelaki baru di rumah umi aku hari ini. Habis dapur dikerja mereka. Petang tadi kami beramai-ramai masuk dapur untuk membuat kuih puteri mandi. Apalagi, si budak-budak-budak itu mulalah mahu menyibuk sama. Malas mahu melarang, biarlah mereka belajar masak-masak. Ini adalah hasil kerja tangan mereka.
Sebelum

Selepas
Aku bercadang ingin mengambil gambar hasil kuih puteri mandi yang budak-budak-budak itu buat tapi malangnya, tiada satu biji kuih yang terhasil. Hanya penat mengemas yang dapat aku rakamkan. Tapi tidak mengapa kerana aku seronok melihat mereka bermain-main di dapur. Biarlah penat sedikit, tidak mengapa asalkan anak-anak itu gembira. Habis sudah kuih puteri mandi. Kalau rajin, esok nak makan donat pula. Beli sajalah, malas nak uli tepung.......
KRONIK!!!
p/s: Sedih sebab LI dah nak habis......huhuhu =(