Pages

04 June 2011

Kahwin dan Kenduri

Hari ini jiran sebelah rumah aku mengadakan majlis kenduri kahwin anak beliau yang ketiga. Hari ini juga rumah aku ada kenduri kahwin secara tidak langsung. Ini kerana ada seorang pelanggan umi aku yang menempah nasi minyak sempena perkahwinan anak beliau. Hari ini jalan di sekitar Kuala Terengganu jem yang teramat. Seolah-olah seluruh rakyat Kuala Terengganu keluar untuk menghadiri kenduri. Dari rumah aku untuk ke Manir biasanya akan mengambil masa selama 5-7 minit sahaja tetapi pada hari ini, ia mengambil masa sehingga 20-25 minit. Hebat bukan?? Itu masih belum dikira segala penunjuk arah yang mengahalang lampu isyarat lagi. Di persimpangan Manir, para tetamu perlu berhenti seketika untuk melihat senarai majlis kenduri yang diadakan di sekitar mukim tersebut. Aku tidak berkesempatan merakam suasana itu. Niat dihati ingin keluar ronda-ronda kawasan kampung malam ini tetapi terasa malas pula kerana budak-budak-budak-budak-budak telah pulang ke rumah masing-masing. Jadi, aku hanya mampu menulis entri ini di rumah ditemani nyamuk kerana aku sekarang sedang lepak di atas bumbung rumah aku. Kalau aku rajin, aku akan upload gambar di sini.

"SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT SEMUA PENGANTIN BARU DAN BAKAL PENGANTIN BARU"


KRONIK!!!




p/s: Langit dipenuhi bintang malam ini