Pages

01 March 2010

.:Masa Itu Ibarat Pedang:.

Rase nye sudah tersangat lama diri ini tidak menjenguk dan menulis blog ni. Minta maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Kalau ada org bertanya aku tentang hari/minggu yang paling anda 'mess-up', minggu ni adalah top-of-the-list. Sangat bz dengan Festival 1Malaysia, program motivasi anjuran PMFar dan dinner kolej. Not to mention all of the assignment and lab report yang masih belum dijamah.

Memang benarlah apa yang disabdakan oleh Baginda, lapang sebelum sempit. Memang diakui bahawa diri ini tergolong dalam pencuri masa dan bila masa yang dicuri itu dirampas, mula lah nak menggelabah sampai tak cukup oxygen nak bernafas. Bagi mereka yang suka mencuri waktu, janganlah diamalkan sangat kerana ianya akan membawa kemudharatan dan kesulitan kepada anda.

'MASA ITU IBARAT PEDANG, JIKA KAMU TIDAK MEMOTONGNYA MAKA IA AKAN MEMOTONG KAMU'

Sekadar renungan dan peringatan. Sekian