Pages

01 May 2011

New ZzZ-land

Aku baru sahaja mendaftarkan diri aku keluar dari rumah 14-8 pada jam 930 pagi tadi dan aku tertinggal al-Quran aku di rumah yang sentiasa dikunjungi bunyi blow-an motor dari mat-mat rempit yang sempit itu. Memandangkan semester II Tahun 3 ini telah tamat, aku akan mula ber-praktikal di HSNZ kemudian meneruskan perjalanan sebagai pelajar biasa yang sentiasa membaca Yahoo! News serta Google Reader beliau.

Oleh itu, aku akan banyak bercerita mengenai kehidupan aku di kampung serta aktiviti yang aku lakukan sepanjang LI dalam belog aku ini. Kemudian, catatan aktiviti digital aku ini akan berkisar tentang kehidupan aku sepanjang menyiapkan thesis yang sangat menyeronokkan itu. Terasa seperti ingin berguling atas karpet sambil meniru gaya ular menyusur tiap kali aku memikirkan perihal LI serta thesis ini. Semoga aku berjaya menghadapinya dengan penuh keseriusan disamping memenuhi perut aku dengan makanan.

Kesian. Sekian.


KRONIK!!!


p/s: Masih memikirkan tarikh yang sesuai untuk menjejakkan kaki ke Kg Paloh