Pages

24 May 2011

Dunia Ini....

Hari ini merupakan hari ketiga aku berada di unit Wad Farmasi di hospital. Unit ini sangat mencabar bagi aku. Selain daripada menjalankan tugas sebagai pharmacotherapy team, kami juga bertindak selaku a part of medical team yang mana kami perlu memberi nasihat kepada doktor dalam membuat keputusan mengenai ubat-ubatan. Sepanjang tiga hari aku di unit ini, begitu banyak perkara yang aku pelajari. Bukan setakat ilmu akademi sahaja yang aku dapat tetapi aku juga telah belajar untuk lebih menghargai kehidupan yang dikurniakan ALLAH ini. Begitu banyak perkara dan pengajaran yang aku dapat di hospital ini. Antaranya adalah kejadian yang berlaku pagi tadi.

Seorang pesakit bakal menerima rawatan Insulin pen, oleh itu sebagai Pegawai Farmasi kami perlu memberi kaunseling kepada pesakit mengenai cara-cara penggunaan pen tersebut dan juga precaution step yang perlu di ambil perhatian oleh pesakit tersebut. Pegawai yang bertanggungjawab untuk memberi kaunseling kepada pesakit tersebut adalah PRP Raj. Seperti yang kita tahu, beliau bukanlah orang melayu (beliau adalah indian) dan seperti yang anda semua tidak tahu beliau bukanlah berasal dari Terengganu. Jadi komunikasi merupakan satu halangan buat beliau. Sebagai PRP yang bertanggungjawab, beliau tetap juga menjalankan tugas beliau dengan bantuan kami berempat (budak-budak Terengganu). Bagi memastikan kefahaman pesakit tersebut berada di tahap maksima, Raj telah menggunakan Bahasa Melayu hampir sepenuhnya dan se-simple-nya. Antara perbualan mereka yang memberi pengajaran kepada aku adalah.....


Perbualan pertama

Raj : Mak cik 'screw'-kan jarum ni kat hujung pen.

(Mak cik itu nampak konpius dengan perkataan 'screw-kan' jadi kami membantu Raj untuk meng-translate ke loghat Terengganu )

Kami : Mok cik pulah jarung tu kat ujung pen,deh.

Mak cik : Hooo...senang ngak. Bereh-bereh.


Perbualan kedua

Raj : Mak cik bersenam tak kat rumah?

(Mak cik itu juga kelihatan konpius dan Raj meminta bantuan kami)

Kami: Mok cik exercise dok dumoh?

Mak Cik: Mok cik exercise sambil wak-wak keje rumoh gitu lah.

(Raj kelihatan sangat konpius dan kagum ketika itu)


Pengajaran dari kejadian di atas adalah, kita perlu belajar untuk membiasakan diri dengan keadaan persekitaran. Selain itu, kita harus bertanggungjawab dalam menjalankan tugas kita dan mengetepikan segala halangan. Paling utama, kita harus berani untuk mencuba sesuatu yang baru kerana ianya akan membuat dunia kita dipenuhi dengan warna-warna kehidupan.