Pages

02 May 2011

Failed

Betul kata orang, anak merupakan salah satu ujian dan dugaan dari Allah. Seriusly, aku baru sahaja diuji dengan dugaan ini semalam. Memang sangaaaaaaat mencabar kesabaran dan jiwa kacau aku yang memang sedia kacau ini. Aku masih ingat kata-kata cik Mashi ketika melihat gambar aku bersama anak-anak kecil dan rasanya semua sangkaan cik Mashi sangat salah.


"ececy! asma da bole kawen. complete!"



Semalam, kakak aku mintak tolong jagakan Iqbal Danish atas alasan beliau ingin mencari rezeki. MasyaAllah, Allah sahaja yang tahu bagaimana si Iqbal itu menangis sepanjang ketiadaan mak beliau. Sudahlah beliau hanya mahu berdukung dengan aku sahaja. Terasa seperti bertambah-tambah muscle lengan aku ini (kalaulah betul ~_~). Siyesli, terasa seperti mahu menjerit sahaja tetapi entah mengapa tidak terkeluar pula suara aku. Mungkin aku marah bukan sebab geram tapi aku marah sebab beliau sudah seperti mahu pengsan. Sampai dengan aku sekali terasa ingin menangis. Alhamdulillah, Iqbal berhenti juga menangis selepas terasa letih dan bukanlah kerana aku pandai memujuk beliau.

Pada sebelah malamnya pula, lebih kurang pukul 11.30malam, abang ipar aku dan kak long aku terpaksa keluar untuk mengambil kereta. Oleh itu, aku terpaksa menjaga Izz Humaidi kerana anak kecil berambut kerinting itu telah terjaga dari tidur. Lagi sekali, kesabaran dan keteguhan kalis bunyi telinga aku teruji. Menangis pula budak kecil ini. Puas aku memujuk tapi masih juga beliau ingin mengeluarkan suara beliau yang halus dan sopan itu. Lastnya, berhenti juga Izz dari menangis setelah aku memasang cerita Karate Kid dan lagi sekali aku tidak memujuk.

Kemudian, lebih kurang pukul 1245 pagi, aku terasa mengantuk dan ingin masuk tidur. Oleh itu, aku perlulah mengejutkan Amna Zahira dan Maisarahasya untuk tidur bersama dengan aku. OK!!. Si Amna start menangis pulak sebab ingin tidur bersama mama beliau. Sampai dalam bilik beliau masih lagi menangis. Alhamdulillah beliau berhenti menangis setelah aku buat-buat tidur. Aku rasa itu bukanlah teknik memujuk tetapi bagi aku itu merupakan teknik malas nak layan.

Apa yang dapat aku pelajari dengan insiden di atas?..Aku memang fail memujuk dan menjaga anak-anak kecil. Nampak gayanya aku memang tidak layak untuk berkahwin apatah lagi mempunyai anak....kih3


KRONIK!!!



p/s: Nak cari GUiT tapi masih belum berjaya =(