Pages

01 May 2011

Putus Tunang

Pagi semalam aku ke PJ bersama cik Mayo untuk memutuskan pertunangan aku dan tunang aku. Dengan berbekalkan keazaman dan kesungguhan en Taj, kami berjaya sampai ke bangunan Green Packet tersebut dengan selamat dan jayanya (tak sesat). Alhamdulillah. Malangnya, dek kerana ketidaksetiaan aku terhadap tunang aku yang tidak bernyawa itu, aku telah didenda untuk membayar RM299 termasuk bil bulanan. Memandangkan aku ini merupakan insan yang tidak begitu kaya, maka aku perlu meminta pertolongan dari umi untuk mendepositkan sedikit duit ke dalam akaun bank aku. Umi bersetuju untuk menolong aku (Alhamdulillah) tetapi hanya selepas pukul 11 pagi dan ketika itu jam aku menampakkan pukul 1030 pagi. Terpaksalah aku dan cik Mayo menanti saat yang dijanjikan itu.

Bagi memenuhi keperluan syarat yang ditetapkan, aku dan cik Mayo bercadang untuk ke Midvalley. Sebelum itu, aku singgah sebentar di BHP (aku tak jumpa Petronas disaat itu) dan dengan bangganya aku mengangkat pump minyak tanpa membuat bayaran terlebih dahulu. Owh malu dan blurr betul aku ketika itu. Kemudian kami menuju ke arah Midvalley. Satu masalah juga bila sudah sampai di Midvalley itu. Aku tidak tahu dimana tempat parking motor di sana. Yelah, fisrt time kot aku ke Midvalley dengan en Taj. Maka, aku end-up dengan memeningkan kepala aku dan memalukan cik Mayo di sekitar tempat parking kereta. Terima kasih buat abang jaga kerana mengembalikan kami ke pangkal jalan.

Selesai makan di KFC, kami meneruskan perjalanan ke Green Packet untuk selesaikan kes pertunangan aku ini. Setelah menunggu beberapa belas atau puluhan minit, nombor aku dipanggil 'sekali'. Lagi sekali aku ulang 'sekali'. Sudahlah aku blurr ketika itu, maka dengan mudahnya aku terlepas nombor. Jadi, aku menghadap para juri dan hakim yang bakal mendengar kes aku ini bagi menuntuk keadilan diatas ke-ter-lepas-an nombor aku yang dipanggil senyak 'sekali' itu. Setelah selesai mengisi borang sebanyak dua kali dan menyerahkan wang denda, segalanya selesai dengan tandangan aku yang agak unik itu. Maka, terputuslah sudah tunangan aku dengan P1Wimax pada hari Jumaat bertarikh 29 April 2011. Sekian.

KRONIK!!


p/s: Dapat diskaun dari akak P1 sebanyak RM99