Pages

28 April 2011

Kala Bulan Mengambang

Hari ini merupakan peperiksaan untuk kertas terakhir aku untuk semester ini. Selesai sahaja menjawab soalan-soalan yang ditujukan kepada aku, terus aku menuju ke arah en Taj yang setia menanti aku dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 11.15 pagi. Kemudian, aku dan en Taj bergerak ke BSH3 untuk mendengar taklimat LI kemudian, aku meneruskan perjalanan ke PWTC bersama cik Mayo, tuan Mimi dan tuan Myraz.

Aku rasa diri aku agak weng pada hari ini. Aku menjadi lebih weng dan ngeng serta kronik apabila aku mengetahui buku GUiT tiada di IKLBF. Pada malamnya, kami pergi dinner di Ram's Cafe. Ke-weng-an aku masih lagi wujud ketika itu. Sebenarnya, aku rasa pada hari ini semua orang seperti sedang melepaskan diri dari belenggu peperiksaan. Cik Mayo tak habis-habis mencipta pantun, tuan Mimi pula mencalah tanpa kaitan manakala tuan Myraz hanya mampu gelak dan kadang-kadang turut menyambung pantun yang dikemukakan oleh cik Mayo. AKU??....aku tetap weng dengan kata-kata dan dunia aku sendiri.

Kemudian aku sedar. Ini mungkin merupakan dinner terakhir kami untuk semester ini. Aku cuba untuk mengingati setiap wajah, senyuman dan kekerutan di dahi setiap orang yang berada di meja tersebut. Jam 3.30 ini pula, aku baru sahaja selesai berborak dengan cik snoopy tentang hari-hari di zaman kanak-kanak. I'm going to remember that also. Thanks guys for every single memory you've brought to me.



THANK YOU !!!!!!!!!!!!!!


p/s: Nak cari GUiT kat MPH MidValley