Pages

20 April 2011

Kad-Win

Tetiba banyak pulak entri yang terhajat untuk ditulis. Tengah hari tadi semasa aku pulang ke rumah (di rumah aku tiada emak untuk buat cucur seperti dalam iklan), cik snoopy sedang sibuk menekan-nekan keyboard laptop beliau. Khusyuk benar aku lihat room mate aku itu. Aku beli pisang goreng dari Ram's Cafe sebelum pulang tadi. Jadi aku menjemput beliau makan bersama aku. Setelah bertengkar untuk habiskan pisang goreng tersebut, cik snoopy memulakan perbualan yang agak serius.

"Orang zaman sekarang, kalau nak jemput pergi kenduri kawen, just invite guna FB je"

Kata beliau. Kata aku secara monolog pula,

"Orang zaman sekarang, kalau men FB je musti ada cite kawen"

Secara tetiba, aku teringat akan perbualan aku dan rakan-rakan Cyclonians yang lain mengenai perkara ini. Macam-macam gaya dan cara serta mekanisma penjemputan telah digunakan di kampung kami masing-masing. Ada yang pengantin pergi jemput sendiri, ada yang pengantin + parents yang datang menjemput dan ada satu mekanisma yang aku tidak berapa faham iaitu pengantin + 3 pasangan. Kalau ikut adat keluarga aku, biasanya umi dan bak yang pergi menjemput dan ada juga yang dikirimkan kepada saudara-mara dan sahabat handai yang terdekat. Melalui perbincangan dan perkongsian pengalaman kami semua, ada satu mekanisma penjemputan yang amat menarik perhatian aku.

Setakat pengetahuan aku yang 'luas' ini, kebiasaanya orang akan menggunakan kad atau jemput dari mulut ke mulut sahaja. Akan tetapi mekanisma ini sangat menarik dan COOL!!

Jemput tetamu ke majlis kenduri dengan menggunakan SURAT RASMI!!!!....Itulah yang berlaku di kawasan tempat tinggal tuan Mimi ini. Mereka akan menghantar surat rasmi siap dengan alamat, tarikh serta garis yang memisahkan alamat penerima dan pengirim. Kagum aku mendengarnya. Hanya kata-kata ini yang mampu aku ucapkan....



"Aku takkan pergi majlis kawen ko kalu aku tak dapat surat rasmi"



p/s: Agaknya surat-surat tu perlu s.k. kat SU JKKK tak?