Pages

11 April 2011

Suatu Ketika Dahulu

Ketika aku sedang nyenyak tido malam tadi (malangnya harapan hanya tinggal bantal & selimut), aku mimpikan sesuatu. Akan tetapi aku tidak ingat apekah mimpi aku itu dan dalam entri nie tiada satu kejadian pon yang berkaitan dengan mimpi aku tu.

Pada suatu ketika dahulu, aku dibesarkan di sebuah rumah yang terletak di tengah-tengah Kampung Paloh Sg Kiat yang amat tenang dan permai. Aku mempunyai ramai kawan. Kawan- kawan aku terdiri dari laki dan pompuan. Biasanya kami jarang bermain permainan yang menunjukkan sifat keperempuanan seperti masak-masak, kawen-kawen,mak-mak apatah lagi membuat jamuan 'hi-tea'. Kami lebih minat untuk bermain bola sepak, bola tembak rusa, bola tampar dan segala jenis bola kecuali bola mata.

Masih aku ingat pada pokok ciku di tengah-tengah padang di hadapan rumah aku. Poko ciku itu merupakan port untuk aku dan geng-geng aku lepak. Memang syoiiikkk tak hengat. Pokok ciku itu jugalah yang menyebabkan bahagian celah kaki aku antara jari kelingking dan jari manis (kaki pon panggil jari manis ke??) terkoyak. Semuanya akibat paku yang terpaku di dahan pokok tersebut. Sebelum bermain, kami akan memanjat poko tersebut dan susuk di port masing-masing sambil membincangkan apakah permainan yang bakal kami anjurkan pada petang itu.

Kami juga akan melakukan aktiviti makan-makan pada setiap petang lepas asar. Ianya dinamakan sebagai Majlis Makan Bersaing. Aku juga kurang pasti kenapa iainya dinamakan sebagai 'bersaing'...Mungkin kami makan beramai-ramai maka ia dinamakan sebagai 'bersaing' (saing=kawan dalam bahasa Terengganu)....Mungkin juga kami digalakkan untuk 'bersaing' dalam menghabiskan makanan kami. Kebiasaanya aktiviti ini dilakukan di rumah jiran-jiran aku kerna rumah mereka mempunyai lambo (beranda) dan seingat aku tidak pernah sekali pun aktiviti ini dilakukan di rumah aku kerana tangga di rumah aku kat dalam rumah (tak ble tgk pemandangan...huhuhuhu).

gambar sekadar hiasan (syok nye mandi sungai)


Masih banyak aktiviti-aktiviti di zaman bujang yang aku alami. Tetapi aku tulis dalam entri yang lain la pulak. Syoik gak mengimbau kenangan lame nie...KRONIK!!!!




p/s: Penghantar SMS???