Pages

16 April 2011

Gaya Penulisan

Sekarang aku sudah memasuki fasa 'Aplikasi' dalam pengalaman aku sebagai seorang pelajar Fakulti Farmasi UKM. Jika mengikut Bloom's Taxonomy, bagi pelajar Fakulti Farmasi, fasa yang perlu dikuasai pada Tahun 1 dan 2 termasuklah fasa menghafal dan memahami. Apabila aku memasuki Tahun 3, aku perlu mengaplikasi maklumat dan pengetahuan yang aku kutip sepanjang 2 tahun aku belajar.

Apa yang ingin aku perkatakan disini adalah mengenai masa yang diperuntukan kepada aku untuk berada di Fakulti Farmasi UKM ini. Hanya tinggal 2 semester sahaja lagi untuk aku meluangkan masa bersama mereka-mereka yang berada di Fakulti ini termasuklah para pensyarah, pegawai sains, pembantu-pembantu pejabat dan juga makcik cleaner yang halau kawan-kawan aku kerana beliau ingin mengemop lantai.

Oleh sebab itu, kebanyakan entri aku dalam blog ini akan berkisarkan kehidupan aku sebagai pelajar di Fakulti Farmasi UKM ini. Aku akan kurang memberi komen tentang kejadian yang diluar dari bidang aku sebagai seorang pelajar (padahal aku memang malas nak ambil tahu pun). Aku juga akan kurang meng-post sebarang bentuk ilmu tambahan seperti 'How to grow a Cow' mahupun 'Mengapa anda perlu mandi setiap hari'. Aku ingin mengingati semua kejadian sepanjang aku berada disini sebab aku hanya akan jumpa kawan-kawan aku ni selama 4 tahun ini sahaja.



"LEARN, LOVE, LAUGH"



KRONIK!!



p/s: Apa salah aku sehingga aku dipukul di bahu???