Pages

09 May 2011

Erk!!....Kenapa dia??

Hari ini merupakan hari ke-2 aku LI. Pagi-pagi lagi selepas aku selesai parking kereta, aku mendapat SMS dari cik Mimi Loren yang berbunyi lebih kurang macam ni....

"Selamat berkhidmat untok negeri ko"

Trimas cik Mimi Loren. Hari ini agak seronok walaupun aku hanya lunch dengan roti telur yang aku masak pada pukul 5 pagi tadi. Hari ini aku masih di bahagian Pengeluaran. Bahagian itu terdiri dari dua unit iaitu aseptik dan non-aseptik. Semalam aku belajar beberapa perkara di unit aseptik. DI HSNZ, mereka menyediakan perkhidmatan Total Parenteral Nutrition (TPN) dan Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR) di unit aseptik. Seronok ber-LI di unit ini kerana aku boleh tengok macam mana mereka menyediakan TPN dan CDR. Tetapi aku tidak dibenarkan masuk ke dalam clean room. Just observe dari luar. Keseronokan itu timbul apabila kami tidak mengetahui apakah yang berlaku di dalam clean room tersebut dan bahan apakah yang mereka gunakan. Aku dan Qilah akan mula berteka-teki dan merepek serta merapu di dalam bilik itu. Harap-harap mereka tidak mendengari kami.

Hari ini pula aku diletakkan di unit non-aseptik dimana product gelenikal dihasilkan. Mesin compounding krim mereka rosak hari ini. Jadi, aku hanya boleh meng-re-pack methyl salicylate cream ke dalam bekas 15g. Seronok berada di unit ini kerana semua orang sangat ramah dan aku dapat belajar tentang clinical pharmacology dari seorang PPF di sini. Aku sangat kagum dengan beliau kerana beliau sangat suka membaca walaupun umur beliau sudah menghampiri umur untuk pencen. Lagi satu yang senorok ialah, aku disergah oleh seorang akak PPF yang menyangka aku sebagai senior aku yang satu batch dengan Farid Saroni. Dan akak tersebut mengenali Farid Saroni dan Due. Owh, sungguh tidak boleh blah.........



KRONIK!!!!!


p/s: Belajarlah walaupun anda hanya seorang pencacai tahi