Pages

19 May 2011

Pelajar Prihatin

Baru-baru ini seluruh Malaysia telah menyambut sambutan HARI CIKGU iaitu pada 16 Mei. Masih ingat akan suasana sambutan hari cikgu di sekolah aku setiap tahun. Ketika di bangku sekolah yang diperbuat dari kayu (skoloh rendoh), biasanya aku akan bawakan hadiah untuk cikgu-cikgu terpilih manakala sewaktu zaman aku menduduki kerusi plastik pula, aku biasanya hanya akan sediakan kad ucapan buat cikigu-cikgu aku. Kebiasannya, cikgu kelas merupakan cikgu yang mendapat hadiah paling terbanyak. Pada tarikh keramat 17hb Mei 2011, kami medapat berita dari kakak ipar aku yang memegang jawatan cikgu biasa di sekolah beliau. Ini adalah kandungan SMS beliau.

" Adam bowok mug gi skoloh mareng. Bajet nok wi kat cikgu kelas ye tapi ye dop wi kat cikgu kelas ye. Adam bagi kat guru beso. Ye kate, sian guru beso tak dop org wi adioh ke ye"


Owh sungguh prihatin anak saudaraku itu. Tapi betul juga kata beliau, mana ada orang bagi hadiah kepada guru besar. Kalau ada pon, jarang-jarang-jarang sangat. Di kesempitan masa ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI CIKGU kepada semua cikgu-cikgu di Malaysia.

Dedicated specially to:

Cikgu Mokhtar bin Salleh
Teacher Baei
Cikgu Junaidah
Cikgu Juhaida
Cikgu Juliana

&

Semua Cikgu di:
Tadika Bawah Surau
Tadika Yayasan Islam (caw. Setiu)
SK Pusat Chabang Tiga
SMKA Sheikh Abdul Malek
Fakulti Farmasi, UKM


KRONIK!!!


p/s: Hari ini balik awal =)