Today is my first time being alone di rumah di kampung, melawat Masjid Kristal yang terletak di belakang rumah aku sahaja, melihat aktiviti car drifting yang sangat cool serta first time aku solat Maghrib di pasaraya di Kuala Terengganu. Kenapa????........Semuanya kerana MEREKA!!!!!!
*Tak perlu tengok sampai habis.....buat sakit telinga je*
(Berdekatan dengan kampung aku)
Aku keluar dari rumah lebih kurang pukul 5.10 petang. Oh, aku pergi Masjid Kristal pagi tadi dengan sepupu aku. Biarlah cerita Masjid Kristal habis di sini. Malas nak taip. Sekarang berbalik kepada kejadian petang tadi. Aku berhajat untuk mencari barang dapur (instant je) memandangkan aku bakal bersendirian untuk beberapa hari. Start enjin kereta dan aku terus menuju ke kedai Pak Din (Mydin). Masuk sahaja kedai Pak Din, aku terus bertukar fikiran apabila melihat keadaan di dalam kedai tersebut yang penuh dengan hamba-hamba ALLAH. Jadi aku buat keputusan untuk ke Pesta Buku Teerengganu di Terengganu Trade Centre (TTC) yang terletak di belakang kedai Pak Din. Agak lama aku di sana sehingga aku tidak sedar jam telah menunjukkan pukul 6.40 petang. Ya ALLAH!!!......Macam mana nak balik ni?
Kebiasaannya, setiap petang Jumaat lebih kurang pukul 6.30 petang, budak-budak motor yang tidak matang fikiran mereka itu akan keluar dan menguasai jalan raya. Mereka akan berkeliaran di sekitar bandar Kuala Terengganu terutamanya kawasan kampung aku sebelum berkumpul di traffic light yang terpilih pada minggu tersebut. Aku juga tidak tahu kenapa mereka berkelakuan seperti itu memandangkan aku bukanlah salah seorang dari manusia dalam video di atas (Alhamdulillah). Mungkin mereka bertazkirah sebelum Maghrib. Itulah pendapat aku. Tak elok buruk sangka kepada orang lain. Apa yang pasti, aku agak takut untuk pulang ke rumah kerana aku bersendirian. Jadi, lebih baik aku pulang selepas Maghrib. Alhamdulillah aku selamat sampai ke rumah dan mampu untuk menulis entri ini.
Buat anak-anak Melayu terutamanya yang beragama Islam yang terlibat dengan aktiviti seperti dalam video di atas, aku doakan semoga anda semua mendapat hidayah ALLAH sebelum nyawa anda di angkat untuk bertemu Nya.
KRONIK!!!
p/s: Puas hati membeli buku hari ini!!!!!!!