Pages

07 May 2010

the call

Pukul 745 pagi tadi aku menerima satu panggilan dari satu nombor yang tidak bernama. Agak pelik aku rasakan kerana nombor itu nombor luar (bukan nombor Terengganu). Jadi aku menjawabnya tanpa memberi salam. Bimbang jika panggilan itu dari rakan-rakan Chinese ku. Sebaik sahaja aku menjawab, manusia yang membuat panggilan itu terus berkata-kata tanpa memberi salam.

Aku : Hello

Dia : Asma, program tu pukul berapa ek? 1030 ke?

Aku : Ah? Program ape? Err...sape ni?

Dia : Ni D***h. Ni Asma Farmasi kan?

Aku : A'ah

Tutt!Tutt!Tutt!

Panggilan itu telah diputus dengan begitu sahaja. Mungkin manusia itu telah tersedar bahawa dia tersalah menekan nombor. Ada ramai Asma dalam Fakulti Farmasi dari tahun 1 hinggga tahun 4. Aku rasa dia mahu menelefon Asma tahun 1 tapi tersalah tekan nombor aku pulak. Sebenarnya aku memang mengenali budak ini kerana dia pernah menjadi Exco 3 aku dalam satu program. Aku tidak kisah atau marah jika dia tersalah nombor dan mengganggu hidup aku di pagi-pagi buta ini. Apa yang membengangkan aku adalah dia langsung tidak meminta maaf dari aku sudahlah tidak memberi salam. Lagi satu, dia langsung tidak menghormati aku sebagai senior dia kerana mengikut firasat aku yang kronik ini, dia menyimpan nombor aku dengan nama 'Asma'. Sepatutnya letaklah 'Kak Asma' ke, bukankah aku ini pelajar tahun 2 dan dia baru tahun 1. Aku terus naik geram, rasa nak langgar je belakang kereta tu!!!!