Pages

15 May 2010

Lembu & Tanduk

Pagi tadi aku kena membantu incik Asyraf Alauddin menyiapkan kerja rumah Sains beliau mengenai ciri-ciri dan pengelasan haiwan. Hebat betul budak-budak zaman sekarang, baru darjah 3 sudah belajar Sains dalam bahasa Inggeris pulak tu. Zaman aku muda-muda dahulu, darjah 4 baru didedahkan dengan subjek Sains itupun dalam bahasa Melayu. Pemboleh ubah dimalarkan, dimanupulasi dan macam-macam terms Sains dalam bahasa Melayu yang aku pelajari. Berbalik kepada incik Asyraf Alauddin, dalam buku aktiviti beliau ada satu soalan mengenai haiwan yang mempunyai tanduk yang berbunyi,

These animals have horns except a _______.
a. hornbill b. buffalo
c. goat d. cow

Dalam banyak-banyak jawapan, boleh pulak beliau jawab 'cow'. Lysis hepar aku mendengar jawapan beliau kerana setiap hari beliau akan melalui padang yang dipenuhi dengan lembu bertanduk ketika pulang dari sekolah. Dengan penuh kesabaran, aku bertanya...

"Abang ingat tak lagu yang atuk biasa nyanyi kalau dia jumpa lembu?"

"Lagu lembu patah tanduk tu ek?", beliau menjawab.

"Yela...Cuba beritahu cik anjang lembu apa yang tidak bertanduk?", aku membalas.

Belum sempat incik Asyraf Alauddin menjawab, incik Afiq Adli yang khusyuk mewarna buku Ultraman beliau menyambut soalan aku.

" Lembu yang patah tanduk la takde tanduk sebab tanduk dia dah patah"



~SELAMAT HARI CHE-E-GU~


p/s: Sila beri metafora yang bersesuaian dengan level ke-kronik-an anak-anak anda dalam menyelesaikan masalah mereka.