Pages

09 May 2010

.:||macam-macam ada||:.

Macam-macam perkara telah berlaku sepanjang aku berada di kampung. Selesai sahaja pilihan raya kecil Hulu Selangor yang dimenangi oleh pihak Barisan Nasional, pilihan raya kecil Sibu pula menyusul. Kemudian negara digemparkan dengan berita penembakan seorang pelajar tingkatan tiga oleh seorang anggota polis apabila pelajar terbabit disalah anggap sebagai penyamun. Belum tamat perbicaraan kes ini di mahkamah, satu lagi tragedi sama terjadi apabila seorang anggota polis menembak seorang mat rempit yang tidak bersenjata di Negeri Sembilan. Bencana alam gempa bumi di Utara Sumatera serta penyekatan rakyat Malaysia olehh pihak kastam dipintu masuk Thailand telah mewarnai kolum luar negara setiap akhbar tempatan. Kehangatan sukan badminton terus dirasai dengan ketibaan kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber yang bakal diadakan di Stadium Bukit Jalil dari 9 hingga 16 Mei 2010. Semoga skuad badminton negara dapat merampas kembali Piala Thomas yang telah diambil oleh Indonesia pada tahum 1970. Tidak ketinggalan juga Piala Dunia Afrika yang bakal dilangsungkan pada 11 Jun hingga 11 Julai 2010. Siapakah yang bakal merampas gelaran juara dari Itali pada tahun ini? Kita nantikan debarannya. Dalam dunia hiburan pula, kehangatan dan bahang ABP masih lagi terasa dimana Dato' Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dan baru-baru ini satu lagi anugerah berprestij telah dilangsungkan iaitu AIM di PWTC.

Semua perkara ini masih hangat diperkatakan dan akan terus menjadi memori dalam setiap insan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung seperti penggantung bendera-bendera parti politik, makcik cleaner PWTC, abang pembaiki bumbung Stadium Bukit Jalil serta mereka-mereka yang menggantung poster Piala Dunia di seluruh dunia. Aku pula tetap begini dan akan terus begini. Malas memberi ulasan atau komen dalam setiap insiden yang terjadi diluar dari Kampung Paloh Sungai Kiat tercinta. Masih setia menemani incik Iqbal Danish minum susu diatas riba ku sambil jari kanan ku menekan kekunci laptop bagi menghabiskan entri ini.

AKU TETAP AKU