Pages

12 May 2010

Hari-hari ku : Episod V

Entri kali ini tidak seperti 'Hari-hari Ku' yang lain dimana post-post yang lain aku hanya masukkan gambar. Kali ini aku ingin menulis tentang sesuatu. Sudah dua malam aku tidak cukup tidur. Semuanya gara-gara incik Iqbal Danish yang suka berjaga malam. Agaknya beliau bercita-cita ingin menjadi 'Pak Guard' apabila besar nanti. Beliau akan tidur di waktu siang dan mula berjaga dari pukul 11 malam hingga pukul 3 pagi. Agak letih disitu kerana beliau mahu seseorang menemani dan bercakap-cakap dengan beliau. Disebabkan ibunya telah letih dan beliau memang tidur awal biasanya, maka aku terpaksa menemani incik Iqbal Danish. Semua benda aku cerita kepada beliau. Aku beritahu beliau tentang kehidupan ibu beliau sebelum berkahwin dan betapa kroniknya ibu beliau ketika itu. Aku agak terkejut dengan respon incik Iqbal Danish apabila beliau mula tersenyum dan gelak-gelak serta menunjukkan tanda seperti ingin bercakap sama dengan aku. Mulut beliau terkumat-kamit seperti mengatakan sesuatu tetapi tidak aku fahami. Malam tadi aku bercerita kepada incik Iqbal Danish tentang Paracetamol kerana ayah aku ada menyuruh aku membeli Panadol pada petang itu. Seperti biasa, incik Iqbal Danish hanya tersenyum dan gelak-gelak serta menunjukkan tanda seperti ingin bercakap dengan mulut yang terkumat-kamit. Fahamkah anda wahai incik Iqbal Danish?

Malam tadi aku tidur pukul 3 pagi juga seperti malam sebelumnya. Bukan kerana aku bermain dengan incik Iqbal Danish tapi aku 'menjaga' beliau sambil buat movies marathon dengan kakak-kakak aku termasuk emak incik Iqbal Danish. Tersangatlah emo dua orang kakak aku itu sehingga menjerit-jerit dan teresak-esak menonton GIJoe, Prince and The Frog serta Cloudy chances with meatballs. Bahagian mana yang sedih, aku pun tidak pasti. Pagi itu tentulah susah hendak bangun dari tidur kerana pukul 3 pagi baru habis movie, duduk bersembang pulak lepas tu. Dalam pukul 4 pagi jugalah kami tidur malam tadi. Lagi teruk dari bermain dengan incik Iqbal Danish

-AKU TETAP AKU-


Incik Iqbal Danish yang mantop


Incik Muayyad Naufal pun nak menyibuk gak


Kiss ke gigit ni??